| 1 comments ]
Hari ini, aku agak kecewa dengan laptop aku. Bukan laptop, tetapi windows aku yang sudah corrupted. Perkara ini sudah terjadi kepada laptop aku. Bukannya aku tak boleh format semula laptop aku, tetapi segala perisian yang telah aku letak di dalam laptop aku adalah semuanya penting dan memerlukan aku berusaha untuk mencari semula nombor lesen perisian yang telah aku gunakan.

Masalah laptop aku adalah windows tak dapat boot semula walaupun aku telah membuat sedikit pengubahsuaian pada BIOS laptop aku. Kali ini, masalah ini semakin serius di kala pemain DVD aku pula sudah lama tidak boleh membaca segala data dalam CD mahupun DVD. Cara yang terbaik mungkin boleh aku lakukan ialah dengan menanggalkan cakera keras (hard disk) dari laptop aku dan pasangkan pada laptop atau komputer lain sebagai cakera keras hamba (slave hard disk).

Akibat daripada masalah pemain DVD akulah yang menambah kegusaran aku. Aku bukannya tak boleh membuka cakera keras itu sendiri, tetapi akan menyebabkan warranty seal akan rosak. Ini menyebabkan warranty akan terbatal kerana aku telah merosakkannya. Kalau aku mahu menghantar ke kedai pula, pastinya akan menyebabkan mereka mengecas aku sebanyak sekurang-kurangnya RM40. Jaminan laptop aku bukanlah kepada pekedai tetapi kepada pengilang. RM40 adalah satu jumlah yang besar bagi aku.



Kekasih siapakah ini yang sesat di dalam laptop aku?



Apakah yang perlu aku lakukan? Aku tidak memiliki pembaca disket (floppy disk) untuk reboot secara tradisional dalam langkah-langkah menyelesaikan masalah ini.

Masalah ini juga telah menemukan aku dengan musuh aku yang paling aku benci, iaitu skrin biru (blue screen) yang sememangnya menyusahkan aku sejak aku mengenali apa itu komputer. Masalah skrin biru ini lebih kritikal daripada dc input laptop aku rosak dahulu. [Azri dan Ustad tahulah kisah ini, menyebabkan aku hampir rugi RM1400]

Buat masa ini, aku hanya bergantung kepada sistem operasi (operating system) tambahan yang ada dalam laptop aku iaitu Ubuntu. Sistem operasi inilah yang membantu aku menyelamatkan semua data dan fail-fail penting aku yang ada pada partition C. Ini sajalah yang mampu aku lakukan. Jika aku melakukan sesuatu yang drastik seperti membaiki installation Windows aku, ataupun format semula laptop aku, akan menyebabkan aku kehilangan segala bookmarks, cookies, dan banyak lagi data penting yang berkaitan dengan internet.

Kepada yang membaca post ini, aku ingin meminta pertolongan kamu untuk membantu aku menyelesaikan masalah ini. Tolonglah berikan apa-apa cadangan untuk menyelamatkan semua yang penting di dalam laptop aku sebaik yang mungkin. Jika tiada apa yang boleh dilakukan, langkah terakhir (last resort) bagi keputusan aku adalah dengan menghantar sahaja ke kedai dan perlu mengeluarkan RM40 untuk bayarannya. [pastinya orang itu takkan kisah akan segala isi perut partition C aku].

*****

Nota Kaki:
1. Aku belum mahu menggunakan Windows Vista kerana ada hardware untuk laptop aku ini tak compatible dengan sistem operasi Windows Vista walaupun ia mampu menanggung operasi Vista Ultimate.
2. Aku masih tak ada pitis untuk membeli laptop baharu. Jangan bagi cadangan membeli laptop baharu. Ingat aku anak orang kaya? Lainlah kalau kamu nak taja aku.
3. Aku kecewa ini berlaku kerana aku tak boleh membuat direct online dengan menggunakan Yahoo! Messenger, Skype pula tiada versi yang boleh digunakan oleh versi Ubuntu aku.
4. Aku boleh hidup tanpa laptop, tetapi orang lain yang tak mampu meneruskan hidup dengan laptop mereka jika aku tiada laptop/desktop. Pelik? Inilah hakikatnya.



Apa kata kamu cuba ikut arahan yang dia bagi ini.



1 comment:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.