| 9 comments ]
Data ini baru sahaja aku peroleh daripada kajian dan pemerhatian aku sejak setahun yang lepas. Kadar peningkatan jumlah lelaki di UMP telah meningkat hampir sekali ganda daripada jumlah pada tahun yang sebelumnya. Apakah ini telah menjadi fenomena biasa di UMP? Ataupun mungkin juga sudah menjadi fenomena biasa di seluruh IPT di seluruh Malaysia?

Mari kita tinjau beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap fenomena ini.

*****

Jika kamu membaca petikan di atas, janganlah kamu percaya akan tajuk dan kenyataan yang telah aku letakkan pada tajuk pos ini. Semuanya tidak masuk akal dan kajian yang aku lakukan hanyalah bersandarkan 8 orang pelajar UMP sahaja - iaitu jumlah spesimen yang tidak mencukupi untuk mendapatkan satu keputusan yang kukuh.

Kalau kamu semua mahu tahu, kelapan-lapan pelajar tersebut semuanya daripada jumlah ahli rumah aku, termasuk aku sekali. Apa yang mahu aku ceritakan di sini adalah, 75% daripada penghuni rumah aku, sudah berpunya. Maksud berpunya di sini tidak termaktub kepada sudah bercouple, berpunya ini lebih kepada kemesraan dan rasa sayang yang tinggi (ultimate level of love) kepada insan yang seorang lagi.

Mungkin kamu tak hairan dengan kenyataan aku di atas, namun dari apa yang telah berlaku, beberapa ahli rumah aku yang sebelum ini sentiasa cool tanpa sibuk dengan telefon bimbit ataupun laptop sudahpun mengubah cara hidup mereka dengan menjadikan laptop dan telefon bimbit adalah perkara wajib kepada mereka.

Hal ini dapat dibuktikan dengan tempoh bersembang mereka menggunakan telefon bimbit meningkat hampir 300% dan jumlah penggunaan kredit juga bertambah sehingga 150% walaupun menggunakan pelan prabayar Celcom University Pack. Bagi yang berhubung menggunakan internet, laman yang selalu mereka lawati adalah Friendster dan beberapa laman web lain yang mampu menghubungkan mereka. Jumlah masa mereka duduk di meja komputer meningkat sehingga 70% daripada sebelum ini. Malah, mereka tetap berusaha untuk berhubung dengan menggunakan instant messenger seperti Yahoo! Messenger, Skype, mahupun ooVoo.

Ini adalah fenomena baru yang telah menimpa ahli rumahku. 6 daripada 8 ahli rumahku sudahpun berpunya! Yang masih kekal sebagai single hanyalah aku dan Syafik.

Bagaimana pula dua orang ini meneruskan hidup di kala masih single? Bagi Syafik, dia meneruskan hidupnya dengan melepak di KK1 bersama-sama Alif, Shahmi dan lain-lain. Dia juga mungkin membuat semua kerja-kerja bersama mereka di KK1. Apabila berada di rumah, Syafik lebih banyak meluangkan masa menonton drama-drama dan talkshow dari Jepun ataupun Korea. Walau apa pun yang dia tonton, yang paling aku pasti ialah dia tidak akan menonton cerita seram.

Bagaimana pula aku? Aku meneruskan hidup aku seperti biasa dengan melakukan kerja-kerja yang perlu diselesaikan (dengan syarat, aku dalam mood yang baik) ataupun melayari internet dengan membaca blog-blog yang aku minati dan blog kawan-kawan realiti mahupun rakan digital aku. Jika aku mempunyai idea untuk menghantar pos baru, aku akan menulis pos baru seperti apa yang aku lakukan sekarang. Jika aku mempunyai idea tambahan, aku akan bermain dengan perisian Adobe Photoshop untuk melakukan edit kepada gambar-gambar yang aku gemari. Berkenaan dengan telefon bimbit, seperti yang telah aku nyatakan dalam pos sebelum ini, telefon bimbit aku boleh dikatakan sebagai perhiasan sahaja ataupun sebagai syarat aku melengkapkan diri aku. Sudah lama aku tak habiskan kredit aku sebelum tamat tempoh kredit. Di kala petang tiba, aku akan berjogging (jika aku berkesempatan pada hari selain Selasa-Khamis).

Inilah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh dua orang ahli rumah aku yang masih lagi single.

Bayangkanlah, jika setiap ahli rumah aku yang sudah berpunya ini bergayut di telefon pada pagi, petang, dan malam; malah ada yang mencari port untuk privasi. Yang tak bergayut hanya melihat mereka sambil melayan lagu-lagu yang didendangkan dari laptop masing-masing. Ekstra bagi aku, sambil melayari internet dan membaca blog.

Bagaimanakah keadaan pada masa akan datang? Apakah 100% penghuni rumah ini akan berpunya? atau peratus penghuni yang berpunya akan berkurangan? Tunggu dan lihat.



Ikon ini sesuai digunakan untuk mereka yang sudah berpunya.



*****
Nota Kaki:
1. Aku kecewa kerana tak boleh buka laman web Facebook kerana masalah internet di sini. Aku merindui Facebook kerana di situ aku boleh melakukan kerja-kerja gila seperti yang telah aku lakukan baru-baru ini. Tambahan: Aku mahu tukar mesej status aku di Facebook.
2. Pagi tadi, ada seorang putera lilin duduk di sebelah aku di dalam bas semasa ke UMP Kuala Pahang. Sinar matahari jam 9 pagi pun tak tahan.
3. Ada orang sangka rumah aku ada jual top-up Maxis kerana disebabkan oleh pelekat yang dilekatkan oleh penghuni sebelum ini.
4. Laptop itu penting bagi aku, begitu juga Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga.

9 comments:

  1. 75% adalah suatu nilai yg agak banyak
    hmmm
    so..
    ape agi..
    hek3

    ReplyDelete
  2. @PurPleZ
    hah...ayat tergantung nih....
    ape ag ape???

    ReplyDelete
  3. @7203678927850333089.0
    Haa...kalu gituh, tlg le carikan utk aku...haha...

    aku nak mcm juhi chawla...boleh x?

    ReplyDelete
  4. ak pun nk jgk....!!! xmao cam juhi chawla... ak nk yg kulit cerah..!! cian ank ak nnt xmao gelap cam aku huhu...

    ReplyDelete
  5. remaining 25% T_T (tmbahan)Thursday, August 13, 2009 12:48:00 am

    oit ko silap kre la aku pun single lg la...!! huhu hehe...

    2 la bdk2 len neh.. aku pun xtao pe nk jd huhu...

    lg stu... weiii aku bkn putera lilin la juz x ska direct sunlight ja huhuhu ak dh la x cerah wuwuwuw T_T

    ReplyDelete
  6. @remaining 25% T_T (tmbahan)

    Respon kat atas >>
    banyak le ko... aku nak mcm juhi chawla ko pon nak gak... xmalu!!!

    Respon yg 2nd >>
    eleh...ngaku ajer la putera lilin....nak malu2 lak...letak gamba kang br tau

    ReplyDelete
  7. so, bile lagi ko nak berpunye...

    kalo xda gadis2 kat UMP tuh, maknyah kat lorong kunyit tuh banyak kot...

    hehehe

    ReplyDelete
  8. @4488772079634989210.0
    Ape barang lorong kunyit... xmasyuk la... diorg xcukup sifat....

    aku tggu sape yg nak rekemenkan aku kat sesiapa... ato pon rekemenkan diri diorg sndr...haha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.