| 0 comments ]
Yang sebenarnya, aku dijemput untuk menerima anugerah ini pada bebrapa hari lalu. Namun begitu, kelewatan ini berlaku akibat daripada kesibukan aku di siang hari dan juga keperluan untuk menunggu giliran pos yang perlu dihantar ke dalam blog aku. Walaupun begitu, aku meletakkan pos ini terlebih awal daripada pos-pos lain yang dijadualkan akan disiarkan dalam masa terdekat ini kerana aku perlu melakukan beberapa perubahan dalam pos tersebut.

1) Copy logo "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.



Anugerah yang kuterima.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
- Anugerah ini dari Hawa, junior aku di KMKN. Gemar meninggalkan komen di pos-pos aku yang agak dan sangat kontroversi. Sila klik di SINI untuk melawat ke blognya.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
1. Aku sukakan komputer, gajet, kereta, kapal terbang, roket, satelit, angkasa lepas, alam sekitar, dan wanita yang mempunyai nilai kesopanan dan berambut panjang mencecah/melepasi bahu.
2. Mengikut rekod, aku pernah ada 2 teman wanita berlainan bangsa (bukan dalam satu masa yang sama) dan pernah ditolak sebanyak 5 kali.
3. Aku belajar mengukuhkan kemahiran bahasa Melayu dan Inggeris melalui rujukan kamus dan tersaurus serta praktikal dalam aktiviti harian.
4. Jumlah kemalangan jalan raya yang pernah aku terlibat adalah sebanyak 3 kali; 2 kereta, 1 motosikal; 1 menyebabkan kecederaan serius, 1 tidak melibatkan kecederaan, 1 hampir melibatkan kemalangan maut.
5. Aku suka berimaginasi, tetapi aku tak pandai mentafsirkan imaginasi aku kepada lukisan/hasil kerja seni kerana aku tak pandai melukis.
6. Aku minat untuk mempelajari pelbagai ilmu praktikal dan teori.
7. Aku tak makan taugeh, tauhu, dan produk soya kecuali kicap. Aku juga kurang makan makanan berminyak dan kacang.
8. Empat perkara dan satu ekstra (4 + 1) yang perlu ada pada aku setiap kali aku keluar rumah iaitu jam tangan, cermin mata, dompet dan telefon bimbit manakala ekstra adalah wang yang cukup.
9. Aku mula meminati seluar jeans sejak aku berumur 19 tahun.
10. Rekod 'jenayah' aku yang paling buruk adalah semasa di sekolah menengah dengan menyebabkan mata demerit sebanyak 30 telah dikenakan kepada aku dalam satu malam oleh satu kesalahan. Untuk tambahan, aku pada masa itu adalah Ketua Asrama, Ketua Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Badan Dakwah dan Tarbiyah, dan orang penting dalam sekolah serta antara individu yang dipercayai oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar.

Insan yang akan aku anugerahkan anugerah ini adalah sesiapa sahaja yang membaca blog ini. Kalau kamu tak ambil, yang lelaki akan menjadi khadam aku seumur hidup, yang wanita akan menjadi gundik aku seumur hidup. Haha....

*****
Nota Kaki:
1. Agak geram dengan pengurusan bas yang lewat untuk menghantar aku dan kawan-kawan aku balik ke UMP Gambang. Bas yang sepatutnya bertolak pada 5 petang tergendala sehingga jam 6.15 petang dan masih ada lagi yang baru bertolak dari UMP Pekan ketika pos ini ditulis.
2. Kepada yang suka mencadangkan aku mencari awek pada pos aku yang sebelum ini, sila cadangkan calon yang sesuai untuk aku jadikan sebagai kekasih aku dangan memenuhi syarat utama yang aku nyatakan dalam fakta no. 1.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.