| 11 comments ]
Pernahkah kamu disoal oleh makcik-makcik, sepupu-sepupu, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan sebagainya adakah kamu sudah ada teman lelaki atau teman wanita? Dalam bahasa moden sekarang, boyfriend ataupun girlfriend. Pastinya pernah. Mana yang tak ada pasangan, pastilah akan menjawabnya dengan jujur, manakala yang sudah ada, belum tentu jawapan mereka itu jujur. 'Tidak' yang mereka jawab hanyalah untuk menutup rahsia sahaja.

Begitulah yang sentiasa berlaku kepada aku. Tiap kali ada sahaja perbualan dengan golongan-golongan yang aku sebut di atas tadi, jawapan yang selalu aku jawab ialah 'tak ada'. Itulah jawapan sebenarnya, namun ada pula di kalangan mereka ini tak mahu mempercayai jawapan aku itu.

Sudah, kalaupun aku jawab ada, siapalah girlfriend yang nak aku tunjukkan? Maria Sharapova? Siti Nurhaliza? Aku pun tak tahu siapa yang nak aku jadikan girlfriend bayangan aku itu. Untuk memudahkan cerita, aku jawab sahaja 'tak ada'.

Kalau sibuk bersembang dalam golongan-golongan yang aku sebut tadi, situasi perbincangan adalah berbeza mengikut golongan itu sendiri. Di sini, aku nak kongsi beberapa pengalaman aku dalam berbualan dengan golongan-golongan yang berbeza ini.

*****

1. Makcik-makcik (termasuk ibu saudara, kawan-kawan mama, jiran-jiran dan sebagainya)
a) Situasi: Di rumah kampung, bersama ibu saudara
Arul, sekarang ni dah ada tak girlfriend? Yang sipolan-sipolan bagi tahu hari tu, siapa? Takkan bukan girlfriend kut?

b) Situasi: Di majlis perkahwinan sesiapa sahaja, bersama makcik-makcik, jiran, dan sebagainya. *Legend: M = Makcik, A = Aku*
M: Aik, datang sorang je ke?
A: Tak eh, ade mak, adik pun datang sekali.
M: Tak, bukan tu, sorang je ke? (Bahasa double meaning je ni... aku ni bengap sikit dengan bahasa macam ni)
A: (Fikir lagi apa maksud makcik ni)...aku diam sahaja. Tak tahu maksud soalan makcik tu.
M: Umur berapa sekarang?
A: 20, tengah belajar lagi.
M: Oh, ok lah tu. Dah ada girlfriend ke belum? Bila nak kahwin? Takkan datang sorang-sorang saje kat sini?
A: (Aku baru faham maksud datang sorang-sorang) Oh, hehe... tak ada girlfriend lagi. Calon isteri pun belum ada lagi... nanti-nanti la nak fikir kahwin... maklumlah, kena cari duit dulu... perempuan sekarang dah tak pilih lelaki handsome... hehe (sambil sengih kerang busuk)
M: Erm... iyalah tu. Rugi tak cari girlfriend sekarang... nanti melepas...
A: Tak apalah, makcik. Dah biasa melepas pun. (sambil berfikir, ingat nak cari girlfriend macam cari ikan di pasar?)

c) Situasi: Dalam rumah, kawan-kawan mama datang, suasana senior citizen bersembang, anak muda tak boleh campur. Aku di meja komputer buat-buat tak dengar perbualan mereka. *Legend: M1 = Makcik1, M2 = Makcik3, MA = Mama*
M1 = Anak Kak Syam (Nama pendek mama - Nursyamsiah kepada Syam) ni belajar kat mana?
MA = Kat UMP, buat ijazah... engineer.
M1 = Wah, baguslah... nanti dah dapat kerja, mudah la nak dapat duit utntuk kahwin.
M2 = Alah, tak payah tunggu kerja, sekarang pun dah boleh cari dah. Kalau tak pun, dah kerja luar negara, boleh bawa balik calon isteri dari Amerika ke, UK ke, Arab ke...

d) Situasi: Di kedai runcit, aku nak membayar barang yang aku beli. *Legend: M = Makcik, A = Aku*
M = Ha, Boboy... lama tak jumpa. Buat apa sekarang? (Nama Boboy ni, makcik ni yang bagi. Entah kenapa nama ni yang dia pilih)
A = Sekarang tengah belajar lagi, kat UMP, buat ijazah. Tapi skang ni cuti....
M = Oh... so, cuti ni nak buat apa?
A = Entahlah, tak tahu nak buat apa lagi. Duduk lepak kat rumah saja kot. Tengoklah macam mana nanti. Mungkin kawan dari Kanada nak datang sini nanti...
M = Oh... lah, keluarlah mana-mana... bercuti dengan girlfriend ke... isi masa lapang ni...
A: Ish, saya manalah ada girlfriend... nak bawak bercuti sekali...
M: Bohonglah tak ada! Tipu ni... ni mesti ada dah ni...
A: (aku diam sahaja... bayar apa yang patut) Betul tak ada... ok lah, terima kasih...(lalu meninggalkan kedai tersebut)

2. Sepupu-sepupu (terutama dengan sepupu perempuan)
a) Situasi: Di rumah mak long, bersama 3 sepupu perempuan dan 1 sepupu lelaki. *Legend: SP1 = Sepupu perempuan1, SP2 = Sepupu Perempuan2, A = Aku*
SP1 = Arul, camne blaja skang? Ok tak?
A = Ok aje kot... kekadang tuh pening-pening gak nak follow up.
SP1 = Lah... kalau pening, ape susah, cari la girlfriend sorang... ajak study sekali ke...
SP2 = (Tiba-tiba menyampuk) A-ah... takkan Arul tak ada girlfriend kot?
A = Ish, apalah pulak... mane ade mase lah girlfriend-girlfriendni... mane ade... single lagi la...
SP2: Eleh, bohong la... dah macam ni pun tak ada girlfriend lagi?
A = Taknak percaya sudah... dah... dah... tukar topik!

3. Kawan-kawan
a) Situasi: Bersembang di YM. *Legend: K = Kawan, A = Aku*
K: Alo, bro! Pe cer skang?
A: Besela...camni je... mantain macho jer...
K: Hek eleh...poyo je ko neh... gf pe cer? Chat?
A: gf mane lak neh? mane ade ag la... still solo mollow hang tau?
K: Eleh... kate je macho... gf pun tarak...
A: Lantak la nak kate pe pon... ko nak ribut pesal?
K: Alah... ko neh... muke ok dah...takkan awek sorang pon xlekat?
A: Ko ingat mcm kat funfair ke main cedok itik trus dpt? Itik 2 pon, silap2 cedok, adiah patung pon tarak la...
K: Ok...ok... pesal xde gf ag? Ko neh demand sgt kot... asik nak yg cun je... alah...mmbr ko si *** tu pon cun pe...adjust la dier...
A: Hatok hang... ingat senang-senang ajer?

b) Situasi: Dalam perbualan telefon. *Legend: K = Kawan, A = Aku*
K: Aloo...pekabo?
A: Haha...cam beser le... masih gagah macam dulu...
K: Bagus...bagus... ha, pe cer ko ngan si *******? Dah dapat tackle dia ke belum?
A: Oit, gile ke ape ko neh... kan dia dah ada boyfriend... ko pun tau kan... aku lewat bape hari je pon...
K: A-ah...kan... sian kat ko... xpe... ko cari yg lain... kat u ko, mst rmai pompuan kan?
A: Haha...meh aku cite sket kat ko... dari sumer tuh, tolak separuh yg dah tak available, tolak separuh yg sangat muslimah...aku tak layak utk diorang, tolak separuh lagi yang memang nekad taknak couple, tolak lagi setengah yang sedang dalam proses tukar status... yang tinggal... bape sangat lah...
K: Haha...sian ko... suruh parents ko carikan untuk ko aje la...haha
A: Haha...yang tu, last resort aku...

*****

Walau apa pun kepercayaan mereka kepadaku, aku tetap menjawab bahawa aku masih lagi tidak mempunyai girlfreind.

Buat apa nak malu? Ini adalah kebenaran. Namun begitu, aku tetap percaya, untuk mendapat jodoh yang baik, kita perlu mencarinya. Ia takkan datang melayang kepada kita. Nanti sahajalah aku cari jodoh aku.

Aku tetap ingat pesan mama, di Deli Country di Berjaya Megamall 28 Jun 2008, jam 5.25 petang, "Dah masuk universiti, belajar elok-elok. Bukan mudah nak masuk universiti. Ramai lagi yang berharap nak belajar. Mama dulu tak dapat pergi Turkey sebab tak ada duit nak sambung belajar ke sana. Mama tak nak anak-anak mama tercicir dalam pelajaran. Mama sekarang ni, walaupun tak dapat jadi doktor, mama syukur sebab bahgia dengan papa. Kamu ni nanti nak kahwin, kena ada keja kukuh nak sara anak orang. Kamu kena belajar betul-betul. Kat universiti ni, belajar dulu. Dah kerja nanti, barulah boleh fikir nak cari girlfriend. Masa tu, carilah sesiapa pun, mama tak halang. Mama nak kamu jadi contoh kepada adik-adik. Kepada Anjang, Fendi, Fuad dan Adik. Nanti, kamu dah berjaya, diorang akan ikut jejak langkah kamu. Mama setakat diploma, papa pun, walaupun engineer, bukan keluar dari universiti. Dia engineer TUDM, itupun dah kira bagus sebab dapat iktiraf dari USA dan India. Tak lama lagi, papa pun dah nak bersara. Nanti, bila kamu dah dapat kerja, papa dah boleh berhenti kerja. Masa tu, kamu dah boleh tanggung pelajaran adik-adik kamu. Nak harap duit pencen papa, tak cukup. Adik-adik kamu tu, tanggungjawab kamu nanti. Kamu kena tunjuk contoh baik kepada adik-adik kamu. Kalau boleh, buat adik-adik kamu lebih berjaya dari kamu. Nanti kalau kamu dah berjaya nanti, kamu juga yang bahgia dengan keluarga kamu. Mama dan papa tumpang gembira saja kalau anak-anak dah berjaya. Kamu boleh beli rumah besar, kereta besar, dan kamu boleh dapatkan apa yang kamu nak yang papa dan mama tak dapat nak bagi dari kamu kecil dulu. Itu sahaja mama harapkan, harap kamu berjaya nanti. Kalau apa yang kamu tak dapat sekarang, kamu boleh dapatkan nanti, dengan usaha kamu sendiri."

Inilah kata-kata keramat yang aku terima. Walaupun aku dilihat sentiasa gembira, ceria dan kadang kala dilihat seperti mampu mengatasi segala masalah aku, tetapi amanat yang aku terima ini haruslah aku tanggung. Bukan untuk diri aku sahaja, tetapi juga untuk adik-adik aku.

Ya, aku sememangnya terasa bebannya kerana aku adalah anak lelaki sulung dalam keluarga aku, tetapi ini bukanlah alasan untuk aku menyerah kalah. Inilah cabaran yang perlu sentiasa aku ingat dan aku semat dalam fikiran dan hati aku agar aku tak lalai. Aku hanya akan berasa lega apabila dapat melihat adik-adik aku dengan keluarga mereka sendiri dalam kebahagiaan. Mungkin mengambil masa lagi 30 tahun, tetapi... inilah tugas aku. Jika tidak, masakan Tuhan mengutuskan aku sebagai anak sulung dalam keluarga ini.

Nampaknya, semua persoalan mengapa aku masih single terjawab. Maaflah kepada sesiapa yang pernah aku lukakan hati kerana layanan aku kepada kamu ketika kamu cuba untuk memberi 'syarat cinta' kepadaku. Aku bukanlah manusia zalim.

Ya, aku tetap ada keinginan seperti kawan-kawan aku yang lain. Aku juga ingin berasa seperti ada seseorang yang sentiasa ada menemani aku seperti ada seseorang yang menemani kawan-kawan aku. Aku juga pernah jatuh hati kepada seseorang, dan aku juga pernah menyakiti hati orang. Aku juga ada keinginan untuk menyayangi dan disayangi.

Namun, keinginan itu harus aku ketepikan dahulu. Ada amanat besar perlu aku selesaikan dahulu. Amanat penting untuk masa depan aku dan adik-adik aku.

11 comments:

  1. jujur kamu ni
    p/s: bagus3.hehe
    ya lah kn, nape org len ssh sgt nak caya eh yg org single itu sememangnya single?
    hoho
    p/s: boleh x kalo anggap je itu hanyalah joking2 n guro2 n topik2 utk berbual je?
    hehe
    tp..jgn lambat2 sgt..
    hehe
    sama2 lah kita berdoa..
    agr dpt jodoh secepat mungkin.hek3(gile r!!)
    p/s: boleh d kire salah 1 tips tuk lone ranger x?hee

    ReplyDelete
  2. huhu agk pyh bl mnjadi harapan keluarga

    ReplyDelete
  3. @PurPlez
    2 la pasal... ble kate single ag, xnak caye...ade lak, ble kate dah ade...bleh lak kate...xyah ler cintan2 neh...blaja la dulu...pelik...haha

    besenye layan aje lah conversation camtuh... skali skala buat kepale masuk air...ape salahnye...hehe

    tgk le secepat mane yg akan dpt...hehe

    buleh jadi gak nih...hehe... sape ag lone ranger? angkat tgn!

    ReplyDelete
  4. @sciatic
    ni bukan kepayahan...cuma cabaran...
    tak tahu akan berjaya atau tak...kena tunggulah apa hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  6. HEhe..soklan tersebut memang x melepas lg2 pada usia gangsa camni..biasa2 kan diri la ye hisyam dgn soklan cepumas..nt da lama sket naek lak soklan bila nak kawin, da ade anak lom? ha usikan mental namanya ni..huhu..xpe, hisyam tetap pendirian tue baik2, skang study dulu, amanat ibu hisyam kena genggam..

    ReplyDelete
  7. SalaAm..

    Itulah dugaan kalau umur dah cecah 20.. Syam lelaki, mungkin orang setakat tanya girlfriend saja. Kalau perempuan lagi galak ditanyanya.. HaWa pun selalu juga kena soalan macam tu.. Lebih-lebih lagi dalam keluarga besar kami, Hawa cucu sulung.. Adik-beradik atuk selalu cakap HaWa dah layak kahwin.. Kawan-kawan tak kurang juga.. Sebab HaWa pernah ada crush dengan budak kelas masa form 5 dulu dan diorang nampak budak tu sesuai dengan HaWa.. Tapi HaWa anggap benda tu tak serius. Diorang pula sampai sekarang masih tanya pasal budak tu kat HaWa macamlah HaWa ni bini dia..

    Sekarang ni pun bila dah masuk u, kawan2 selalu tanya, tak jumpa calon ke kat sana?? Macamlah masuk u tu tujuannya mencari calon suami/isteri. Nampak gayanya pandangan masyarakat terhadap u ni dah macam nak memesong kepada mendaftar di syarikat cari jodoh pula.. Penat juga telinga..

    Apa yang HaWa buat?? Senang.. Pulangkan balik soalan tu pada orang lain dalam keluarga kita yang tak kahwin lagi. Kalau HaWa, ada 3 orang mak saudara yang tak kahwin lagi, jadi HaWa jawab, tak mahu langkah bendul. Tunggu Mak Su kahwin, baru HaWa kahwin.. Tapi kalau HaWa kahwin dulu dari diorang, mesti grand..Huhu.. Cucu sulunglah katakan.. (Ops.. Merapulah pulak..)

    Haha.. Sudahlah fikir fasal kahwin. Belajar lagi baik.. :)

    ReplyDelete
  8. @Nadzirah
    Hehe...2 le yg payah nak jwb tuh...hehehe...
    mahal sgt soklan tuh...

    ReplyDelete
  9. @HaWa
    Erm...actually... cikgu saya memerangkap kaunsellor pernah ckp kat sy and hampir semua student dia....
    kalau nak cari bakal pasangan hidup, time kat universiti lah tempat nye...

    terutama perempuan...lecturer (juga memerangkap ustaz) sy pernah cakap dlm lecture, sebaik-nya perempuan kalu nak cari pasangan kena time 1st year...kalu x... akan mendapat nasib yg same mcm andartu...

    slh sorg lecture sy pon dah agak berusia...tp dia masih lom kahwin. Mati-mati kami ingat dia dah 'Puan'.

    Ini adalah sebahagian ingatan dari kaunsellor dan ustaz...

    bagi lelaki, mungkin lebih sesuai untuk mengukuhkan kewangan diri dahulu...

    bagi perempuan... itulah yang mereka cakapkan... bukan mereka berdua sahaja... ramai lagi yang beri pendapat yang sama...

    ReplyDelete
  10. ceit, pandai cakp camtu, tapi bila aku kata aku single, ko xak caya lak..hahaha..ini tidak adil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...rilek r. Ko spesies buaya tembaga mcm mana org nak percaya ko single. Hahaha...

      Delete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.