Meletup!

Semalam merupakan hari yang istimewa kepada anggota rumahku apabila diberi tahu bahawa hampir semua kelas dibatalkan kecuali Fluid Mechanics yang bermula pada jam 2 petang hingga 3 Petang. Mereka pun merancang untuk tidak mengadiri terus diri mereka di UMP Kuala Pahang. Seronok sakan mereka semua ini. Sehinggakan bersorak-sorak di awal pagi.

Aku pula agak teragak-agak untuk tidak pergi ke kelas tersebut kerana perjalanan pergi dan balik masing-masing mengambil masa sejam. Sedangkan masa kuliah itu hanyalah sejam. Ini menyebabkan masa perjalanan lebih panjang daripada masa kuliah. Namun begitu, aku pergi jua dengan niat pertama aku adalah untuk menghantar laporan makmal kepada pensyarah aku. Kemudian, dapat juga aku perbetulkan niat aku agar aku datang untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang boleh aku peroleh.

Ah, kalau aku bercerita tentang aku pergi ke Kuala Pahang, apa kaitannya dengan tajuk pos ini iaitu Meletup? Ada kaitannya.

Apabila rakan sekelas aku tahu bahawa cuma ada satu sesi kuliah sahaja, masing-masing merancang untuk mengambil bas tengah hari - iaitu satu-satunya bas yang disediakan pada tengah hari ke Kuala Pahang dari Gambang. Maka, kami memperjudikan ruang dan harapan untuk ke sana kerana kami pastinya perlu berebut dengan pelajar yang sememangnya naik pada masa itu.

Perjudian itu nampaknya terhasil apabila semuanya naik bas yang sama dan menyebabkan terlebih muatan dari jumlah tempat duduk. Maka, adalah yang bersila di lantai dan ada yang berkongsi tempat duduk.

Semasa dalam perjalanan, aku cuma melelapkan mata sahaja. Tiba-tiba, bas berhenti di sisi jalan. Aku tertanya-tanya apa yang sudah berlaku. Rupa-rupanya sebiji tayar sudah pancit. Namun begitu, terpaksalah bas itu meneruskan perjalanan daripada berhenti di bahu jalan yang sibuk dan menanggung risiko kemalangan yang lebih teruk. Bas meneruskan perjalanan dengan kelajuan yang sentimental. Untuk mengelakkan tayat kedua mengalami lebihan tekanan.

Semasa sudah tinggal dalam 3 kilometer sebelum masuk ke UMP Kuala Pahang, tiba-tiba... 'Pom!' tayar kedua telah pecah dan menyebabkan pergerakan bas sudah tidak stabil dan 'berlenggang-lenggang'. Nampaknya, bas betusl-betul terpaksa berhenti. Bas ganti tiba dan kami menukar bas untuk meneruskan perjalanan ke UMP Kuala Pahang.



Kedua-dua tayar pecah.



Kami tiba setengah jam lewat dari jadual perjalanan yang sepatutnya. Perancangan untuk aku makan tengah hari, aku batalkan.

Apa pun, suatu yang menyeronokkan semasa di dalam kuliah Fluid Mechanics. Pensyarah yang menggantikan En. Basirul, iaitu En.Azizuddin menyatakan sesuatu yang menarik di dalam kelasnya iaitu:

Lecture notes - No need
Slide Notes - No Need
Text Book - No need
Assignments - No need


Apa yang diperlukan hanyalah hadir ke kelasnya dan ikut sesi pembelajaran yang ditentukannya. Memang mudah. Salin sedikit nota, kemudian terus menjawab soalan latihan.

Siapa lagi ada pensyarah sedemikian rupa? Sila angkat tangan.

*****
Nota Kaki:
1. Mengikut pengalaman aku, lebih lima kali tayar motosikal aku pecah (kepada En. Azri, motosikal lama ya. Bukan yang baru ni). Inilah pengalaman pertama menghadapi tayar bas pecah.
2. Mungkin disebabkan insan-insan yang makan tengah hari yang telah menyebabkan berlakunya tekanan tambahan kepada tayar.
3. Kepada yang suka meneka, roda bahagian manakah yang mengalami keadaan sebegini?

Post a Comment

8 Comments

  1. if bro yg menjadi lecturer... sure ade assignments... cuma xperlu note ke slide ke..just dgr bro bercakap n bercerita...

    kebarangkalian apa yg bro ckp dlm kelas masuk dlm final... untuk extra mark... perlu wat kertas kerje untuk diri sendiri dalm course yg bro ajar... sekdr untuk dikongsikan dalam kelas... (mane tahu kot2 korg akan dtg jd lecturer ke..

    ReplyDelete
  2. SalaAm..

    Hmm.. Nampak macam tayar bahagian belakang bas di sebelah kanan. Sebahagian daripada pintu kecemasan telah menyibuk ke dalam gambar tu... Huhu..

    ReplyDelete
  3. ces...nk mengata aku makan nasi byk ler tu..

    aku makan sket jela..
    sbg breakfast je pon ..
    len la org lain kan..
    haha..
    breakfast pon dh mcm lunch,,

    ReplyDelete
  4. Purplez >> 2 la pasal...rituh dh soh cari tayar sime tyres, skali dia g office sime darby la... 2 pasal xdpt tayar beru..hehe

    Framestone >> hurm...bagos gak idea tuh... boleh dipraktikkan...

    Hawa >> Salah...cuba lagi...hehe

    Fatiehah >> eh, terasa ke? hehe... alah...skali skala join yg sental byk2 2 pon ape salahnye...hehe

    ReplyDelete
  5. bdk x mkn byk cam nurul hahaWednesday, August 19, 2009 8:39:00 pm

    hahaha... sudah2 la nurul... tgk badan pun tawu dh ko ni jnis mkn byk.. no wnder la tayar pcah... ko nek bas 2 rpenye hehehe...

    pape pun... aku sme skali TIDAK MNYUMBANG KPD PECAHNYE TYR BAS ARI TU K...?? HEHEHE...

    ReplyDelete
  6. hek eleh..
    cari pasal pulak si kenit..ahakz..
    ko tu mkn byk..kalu mkn sket pon, ko amik kari byk..xke same tu...ko menyumbang kpd keberatan bus melalui LEMAK2 yg ada.. ('_^)

    ReplyDelete
  7. u've been tagged...
    lalalala...
    http://shureko-san.blogspot.com/

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)