| 0 comments ]
Jika kamu perasan sebelum ini (mungkin sekarang masih lagi ada sebelum dibuang), aku telah meletakkan satu soalan soal selidik yang berbunyi, "Soalan Serius: Layakkah Aku Menyertai MPP?"

Sepanjang dua minggu soalan ini diletak di dalam blog ini, sebanyak 58 individu telah menjawab soalan ini. Keputusannya adalah seperti berikut:

Layak
33 (56%)
Tak Layak
9 (15%)
MPP itu apa?
16 (27%)

Votes so far: 58


Berdasarkan keputusan yang diterima, 33 orang (56%) memberikan jawapan 'Layak', 9 orang (15%) memberikan jawapan 'Tidak Layak', dan selebihnya memberikan jawapan berkecuali.

Soalan ini aku timbulkan apabila banyak daripada rakan-rakan aku mencadangkan agar aku menyertai MPP. Untuk itu, aku mengeluarkan soalan ini untuk mendapatkan sedikit kepastian, adakah orang yang mengenali aku memepercayai aku untuk memegang tampuk sebagai pemimpin.

Untuk ini, mereka telah bersuara. Bagi aku, aku masih perlu mempertimbangkan keputusan ini agar aku dapat merancang sebaik-baiknya perancangan pengajian aku di universiti. Jika aku merasakan aku mampu untuk menjadi pemimpin, aku akan mendaftar untuk pencalonan MPP yang akan datang.

Kepada semua yang mengundi, aku mengucapkan terima kasih.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.