Projek Merdeka 2009: Kempen Berblog Dalam BM


Apa khabar Malaysia! Sekarang, kita sudahpun masuk ke bulan Ogos, bulan kemerdekaan. Sempena menjelang bulan kemerdekaan tahun ini, aku memikirkan untuk mengadakan satu Projek Merdeka 2009: Kempen Berblog Dalam BM.

Objektif kempen ini adalah untuk memupuk blogger yang terutamanya rakyat Malaysia menulis pos mereka dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara kita.

Dalam usaha kempen ini, aku mahu mengajak blogger untuk menulis dalam bahasa Melayu standard. Sebaik-baiknya, gunakanlah istilah bahasa yang telah didaftarkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berikut adalah sedikit panduan untuk menulis pos dalam bahasa Melayu tanpa menghilangkan daya menarik penulisan kamu:
1. Elakkan menggunakan singkatan yang tidak diperlukan kecuali singkatan kepada nama yang panjang.
- Singkatan yang perlu dielak (dalam kurungan adalah maksud singkatan): x (tak), 2 (itu), 4 (untuk), trimas (terima kasih), ko (engkau) dsb.
- Singkatan yang diterima penggunaannya, tetapi tak digalakkan untuk digunakan dalam setiap ayat kecuali dalam situasi tertentu: drp. (daripada), dsb. (dan sebagainya), jln. (jalan), bt. (batu), no. (nombor), dsb.
- Singkatan yang diterima penggunaannya dalam kebanyakan masa: tak (tidak), nak (hendak), 'tu (itu), 'ni (ini), kau (engkau), dsb.

2. Gunakan ejaan perkataan seperti yang sepatutnya.
- Ejaan yang dilarang: sane, nih, xblh, bile, ble, leh, xleh, chat (sihat), dsb.

4. Elakkan menggunakan istilah bahasa selain bahasa Melayu kecuali istilah itu tidak didaftarkan dalam bahasa Melayu.
- Istilah bahasa lain yang perlu dielak: try (cuba), chatting (bersembang), computer game (permainan komputer), start (mula), last (akhir), dsb.
- Istilah luar yang diterima dalam bahasa Melayu: Teknologi, info (maklumat), edit (ubah), dsb.

5. Cara untuk menggunakan istilah dari bahasa lain tanpa mengubah dalam bahasa Melayu.
- Meletakkan tanda (') pada awal dan akhir istilah, contoh: 'global warming', 'video card', dsb.
- Mencondongkan tulisan bagi istilah yang digunakan, contoh: installer, messenger, dsb.
- Menggunakan istilah luar dengan menyatakan maksud dalam bahasa Melayu (untuk memberikan kefahaman kepada pembaca bagi istilah yang selalu digunakan dalam bahasa lain tetapi tidak digunakan dalam bahasa Melayu), contoh: pengkalan data (database), kebuk pembakaran (combustion chamber), cakera keras (hard disk), salinan keras (hard copy), dsb.

6. Bagi kata nama khas, istilah kata nama khas dari bahasa lain adalah dibenarkan ditulis seperti biasa.
- Windows XP, Central Intelligent Agency, Nokia XpressMusic, Double A, dsb.

7. Bagi penggunaan istilah moden, istilah tersebut boleh digunakan selagi mengikut peraturan bahasa.

8. Dalam penggunaan tatabahasa, sebaiknya gunakan tatabahasa yang paling sesuai dalam penulisan. Jika tidak yakin, cukuplah sekadar menggunakan tatacara penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

9. Bagi dialek negeri, istilah-istilah tersebut boleh digunakan untuk penulisan, tetapi tidak digalakkan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca, kecuali dinyatakan maksud dialek tersebut.

10. Bagi penulisan dialog, penggunaan bahasa pasar boleh dipertimbangkan untuk menyatakan situasi sebenar dialog tersebut tanpa menghilangkan daya penarik penulisan dengan syarat, istilah yang digunakan yang tidak menepati penggunaan bahasa melayu hendaklah mengikut panduan nombor 5.

11. Elakkan menggunakan bahasa kesat yang melampau.

12. Penulisan yang baik adalah dipertimbangkan penggunaan istilah dan tatacara penulisan selagi ada usaha untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

*****

Kepada yang mahu menyokong kempen ini, sila ambil logo kempen ini dan letakkan dalam blog anda. Sebarkan kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Kempen_Blog_BM_200x200



* Untuk mengubah saiz imej, ubahkan kod tersebut dengan mengubah width="200" kepada saiz yang anda kehendaki. Contoh: width="175", width="150".
* Unit saiz adalah dalam piksel (pixel).

*****
Nota Kaki:
1. Blogger adalah istilah baharu yang belum didaftarkan dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Namun begitu, perkataan 'blog', 'blogger', dan 'berblog'/'blogging' diterima penggunaannya dalam perkataan asalnya tanpa perlu diubah kepada istilah lain.
2. Tertakluk kepada penulisan pos sahaja. Tidak tertakluk dalam penghantaran komen ataupun ruang sembang dalam blog. Namun, adalah lebih baik jika bahasa Melayu standard digunakan untuk komen dan ruang sembang.

Post a Comment

9 Comments

  1. hehe
    tak boleh guna singkatan lagi la ni eh?
    hehe
    p/s: penat r jari.(alasan)

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

    Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  3. Kami telah senaraikan blog anda antara blog pilihan di blog kami.

    ReplyDelete
  4. @PurPleZ
    Bukan tak boleh, boleh... cuma gunakan ringkasan yang biasa digunakan oleh DBP...guna ejaan penuh lebih baik.

    Sekurang-kurangnya untuk kempen ini, gunakan bahasa Melayu standard. Apabila sudah tamat, terpulanglah jika mahu menggunakan cara lama.

    ReplyDelete
  5. @Adeq Abang
    Bagus, sama-sama kita sebarkan kempen ni.

    ReplyDelete
  6. @GPMS Cawangan Wangsa Maju
    Terima kasih atas sokongan pihak anda. Saya amat menghargainya. Sama-samalah kita berjuang untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Bersama-samalah kita memperjuangkan perjuangan dalam satu landasan yang sama.

    ReplyDelete
  7. Wah..saya sangat kagum dengan kempen anda...hurm, adakah kempen ini boleh dimulakan sedari sekarang? atau hanya pada tarikh yang dinyatakan? yakni 15 ogos?

    ReplyDelete
  8. Nak mula awal-awal lagi bagus... Kalau boleh, pada tempoh kempen, kita gunakan bahasa Melayu standard.

    Untuk masa ini, masih lagi dalam promosi kempen.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)