| 12 comments ]
Sejauh manakah tahap sempadan sosial kamu? Sejauh manakah tahap aktif sosial kamu? Pastinya, jawapan bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Mungkin hanya sedikit dan mungkin ada yang luas sempadan sosialnya.

Dalam revolusi dunia tanpa sempadan dan kehidupan bermasyarakat dan berkomuniti, hubungan sosial adalah penting dalam kehidupan kita. Siapa yang menafikan hak bersosial seseorang, semestinya dia adalah bukan manusia. Manusia perlu bersosial, dan dengan bersosiallah setiap manisia dapat mengenali antara satu sama lain.

Ramai yang memandang perkataan sosial dan bersosial ini adalah perkataan negatif. Malah, ada yang mengganggap bersosial adalah sesuatu perkara maksiat! Tahap pemikiran inilah yang perlu kita elak. Sealim-alim manapun manusia, dia tetap perlu bersosial. Janganlah peralatkan agama semata-mata untuk memaksa orang ikut kepada arahan kita sahaja. Dalam agama kita sendiri pun, sangat menggalakkan kita menjalin hubungan silaturrahim dengan orang di sekeliling kita. Hatta dia itu seorang yang berlainan agama dengan kita. Sememangnya, orang yang tidak bersosial adalah orang yang sangat rugi.

Dalam dunia sosial masing-masing, pastinya kita memulakan hubungan sosial itu dengan berkenalan. Dalam proses berkenalan itu jugalah salah seorang perlu memulakan langkah untuk berkenalan ataupun perbualan. Dengan adanya proses inilah proses socialize bermula.

Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang memulakan dahulu langkah persahabatan ini? Dan berapa ramaikah yang hanya mendiamkan diri dan hanya menjawab sekiranya ada orang yang menegur kita? dan berapa ramaikah yang hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa respon kepada orang lain dengan alasan - jangan layan orang yang tidak dikenali?

Pastinya, tak ramai yang akan memulakan langkah untuk memulakan persahabatan. Pastinya ramai yang hanya menegur sekiranya ada orang yang menegur kita.

Pasti kamu pernah menjawab soalan mengenali personaliti yang berbunyi, jika kamu berada di dalam satu parti, apakah yang akan kamu lakukan?
A) Berjumpa sahaja dengan sesiapa dengan hadirin yang ada dan bersembang seperti biasa,
B) Mencari seseorang yang kamu kenali dan sentiasa bersamanya di dalam parti tersebut,
3) Mencari satu tempat terpencil dan duduk dan diamkan diri sahaja di situ.

Inilah contoh soalan untuk menguji tahap kesosialan kita.

Pernahkah kamu memulakan bicara dalam satu proses perkenalan? Aku pernah, cuma tak selalu. Kebiasaannya, aku lebih gemar mendiamkan diri dan hanya memberi respon sekiranya ada usaha untuk mengajak aku ke dalam lingkaran perbualan mereka. Namun begitu, aku telah pun perasan akan hal sedemikian. Aku telah menyedari bahawa aku telah banyak merugikan peluang untuk menambah kenalan yang sepatutnya aku peroleh pada masa itu.

Dengan itu, aku telahpun mengubah tetapan minda aku agar sentiasa mencuba untuk memulakan langkah perkenalan, walaupun banyak perkara yang cuba untuk menghalang aku.

Tahukah kamu bahawa orang yang hanya mampu menghalang diri kita adalah diri kita sendiri? Kitalah yang melakukan sabotaj kepada diri sendiri. Tahap keyakinan kita menentukan sama ada kita akan berjaya atau tidak.

Dalam memulakan perbualan, janganlah kita memikirkan sangat tentang perasaan malu untuk memulakan perbualan. Janganlah kita cetekkan pemikiran bahawa perempuan tidak boleh memulakan perbualan. Janganlah kita membantutkan usaha untuk melakukan usaha untuk mencari kenalan baru.

Suka aku untuk membangkitkan hal berkaitan dengan cara pemikiran lapuk, iaitu perempuan tidak boleh memulakan perbualan ataupun perempuan tidak boleh memulakan sesi perkenalan. Sememangnya, sesiapa yang memikirkan cara ini adalah salah sama sekali. Sedangkan Siti Khadijah yang memulakan langkah untuk bertemu dengan nabi Muhammad S.A.W. Siti Khadijah jugalah yang melamar nabi Muhammad S.A.W untuk berkahwin dengannya. Apakah ini menunjukkan perempuan tidak boleh memulakan perbualan dan persahabatan? Dalam konteks sebenar, tak ada istilah perigi mencari timba. Mana-mana pun boleh jadi perigi, mana-mana pun boleh jadi timba. Tak kisahlah kita ini perempuan ataupun lelaki, janganlah tersekat dengan ajaran yang menghalang hak kita bersosial.

Pernah dalam satu situasi yang mana aku dan seorang lagi kawan aku cuba untuk berkenalan dengan seorang perempuan ini. Sememangnya, dia ini adalah seorang yang baik budi pekertinya. Namun begitu, respon yang dia berikan amatlah mengecewakan. Dia melarang untuk kami berkenalan dengannya dan menyatakan bahawa adalah haram sekiranya dia berjumpa dan berkenalan dengan lelaki yang bukan muhrim dengannya. Malang sungguh. Dalam agama, tak pernah langsung menyatakan bahawa orang yang bukan muhrim itu haram untuk berkenalan sesama sendiri. Kami bukanlah mahu lakukan apa-apa pun, langsung tak ada niat jahat pun pada masa itu!

Yang sebenarnya, perkara penting yang perlu dijaga dalam hubungan persahabatan adalah menjaga had yang telah ditetapkan. Janganlah melebih-lebih sehinggakan bersosial hingga tak kenal dunia akhirat. Janganlah dibawa sampai ke menimbulkan perkara-perkara yang buruk. Kepada yang perempuan, kenalah jaga peribadi keperempuanan masing-masing. Janganlah keluar rumah sehingga jam 3 pagi.

Aku pada masa ini, masih mencuba untuk memuakan perbualan dan persahabatan. Untuk masa ini, aku mungkin sudah boleh melakukannya kepada kawan-kawan lelaki. Cuma ada segelintir lagi masalah tetapan minda yang perlu aku hapuskan dan elak agar aku dapat memudahkan proses berkenalan. Namun begitu, aku masih belum mampu untuk memulakan perkenalan dengan perempuan - secara sendirian. Sebelum ini, aku hanya mengenali seseorang perempuan itu melalui kawan-kawan aku ataupun mengenalinya sekiraya dia adalah dalam satu organisasi ataupun kelas dengan aku. Banyak lagi tahap pemikiran yang perlu aku ubah dan aku juga perlu meningkatkan tahap keyakinan aku untuk berkanalan dengan perempuan. Tak mengapalah, biarlah aku menyesuaikan diri sedikit demi sedikit agar aku dapat menangkis segala halangan minda yang aku sendiri lakukan.

Aku tidak kisah sekiranya perempuan yang mula untuk mengenali aku. Aku boleh menerima mereka sebaiknya. Namun begitu, aku tetap menolak perempuan yang mahu berkenalan dengan aku semata-mata nak tergedik-gedik kepadaku. Aku juga tidak suka kepada perempuan yang berkenalan kepadaku secara tiba-tiba mahu bermanja-manja dengan aku. Perkara ini menyebabkan aku menjadi rimas dan maaflah kepada mereka, aku tak akan layan mereka sekrinya mereka tidak mengubah diri mereka. Aku lebih mudah menerima perempuan yang berkawan denganku dengan cara yang biasa. Bak kata orang zaman ini, cool sahaja. Tak perlulah nak tergedik-gedik sana sini dengan aku dan tak perlulah nak memaksa untuk aku menyukai mereka. Walau terdapat perasaan cinta berputik dalam hati, biarlah ia datang dengan kerelaan, bukan dengan cara paksaan dan salah.

Ingatlah, kita berkawan hendaklah dengan seramai yang mungkin. Jangan hiraukan latar belakang bangsa, agama dan geografi mereka. Biarlah berkawan dengan keikhlasan hati. Biarlah kita yang memulakan persahabatan.

Nabi pernah bersabda, jika kamu berkawan dengan tukang besi, kamu akan membawa bersamamu panasnya besi itu, dan jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, kamu akan membawa bersamamu wangiannya.



Jom kita berkawan. Ada rezeki kita kahwin.



*****
Nota Kaki:
1. Nampaknya, aku kena usaha lagi untuk mula dengan berkawan dengan perempuan. Janganlah orang lain kata aku ini playboy sudahlah.
2. Masalah berkenalan dengan perempuan yang menimpa aku tak termasuk dengan mula berkawan secara digital, iaitu melalui Facebook, Friendster mahupun melalui hantaran komen di blog. Walaupun akan berjumpa pada masa yang akan datang, aku akan menganggap dia itu adalah kawan biasa yang boleh aku bawa bersembang seperti kawan-kawan biasa yang lain.
3. Pos ini aku tulis pada pukul 4.40 pagi kerana kesukaran untuk aku tidur semula.

12 comments:

  1. guer stuju dengan kamu
    seriusly stuju.
    btw, guer tabik sama org yg brani mulakan dlu
    sebabnya
    dia ada kekuatan
    dan dia brani
    dan dia bersedia tanggung risiko
    org yg bersedia ambil risiko, adalah kuat!
    dan kat cni nmpk org tu adalah challenging person.

    ReplyDelete
  2. Betul tuh...
    tapi, kite neh sape start dlu ek??? haha

    ReplyDelete
  3. SalaAm..

    Hehe.. Tak payah dok fikir sangatlah pasal tu.. Study dulu, bina kerjaya, baru fikir pasal rumah tangga.. Zaman sekarang ni susah nak jumpa ibu bapa yang benarkan anaknya berkawan (sekalipun) dengan orang yang belum ada kerja tetap.. Susah-susah.. Kalau dulu tak ada ditengok orang pun kalau tak ada kerja eksekutif, majistret, doktor.. Orang tak kisah, asalkan berbudi pekerti..

    ReplyDelete
  4. @HaWa
    Hawa dah salah pandang dalam topik ni...topik ni bukan ckp pasal perkahwinan, tp cakap pasal persahabatan...memulakan persahabatan dan ikatan silaturrahim...bukan memulakan langkah untuk berumah tangga.

    Konteks dalam memulakan persahabatan dan memulakan langkah untuk berumah tangga adalah dua proses yang berbeza.

    Dalam dunia kini, tak kiralah seseorang itu pelajar, murid, pekerja, bos, dsb perlu ada rakan dan sahabat. Untuk mendapatkan seorang sahabat, mesti ada langkah pertama untuk membentuk persahabatan. Ini adalah lumrah kehidupan. Walau apa pun kedudukan mereka dalam masyarakat, mencari sahabat ataupun menjalinkan persahabatan adalah antara perkara wajib yang dilakukan. Jika tidak, kita akan menjadi terpencil di dalam dunia kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. btol3x...!!

    sokong sgt pe owg ats ni ckp haha... hmm zman skrg dh byk b'ubah.. pndang pgkat n drjat lebih.. cian kat owg cam aku ni la yg xde spe nak huhuhu... kalo owg nk b'kwn pun kdg2 byk cam materialistik jek.. bek xyh... xde mkneye kwn gitu.. adeh... tp 2 la.. owg cam aku.. kalo nk b'kwn bkn xnk tegur dlu.. bkn x brani cik purplez tp diri ini sorg yg PEMALU BANGAT... huhuhuhu....

    ^_^

    ReplyDelete
  6. @org yg dimaksudkan..
    aih...pesal le ramai yg off topic neh? org cakap pasal lain, lain lak yg timbul dlm kpale masing2....huh!?

    p/s: 2 org tuh ramai ke?

    ReplyDelete
  7. hahaha.. diorg kua topik.. aku lyn je la.... cam best plak... hahaha...

    ^_^

    peace 2 da world..

    salam h1n1 sume.. haha...

    ReplyDelete
  8. haha.nak gelak pun ade tgk topik ni da jd bias sebias2nye..hehe
    neway, it doesn't really matters who starts first in building a network or friendship.
    Soal keikhlasan tue yg penting.Kalu kt x ikhlas berkwn, musti x maintain lama.
    Ade certain kwn coz bermaksud.Maybe sbb tue ramai salah interprete topik ni.
    Ya, kdg2 org kata baik ada makne tue.
    Sama juga dgn berkwn. Adakala org nak berkenalan atau berkwn dgn kt atas faktor2 tertentu. Sama ada membawa faedah terpendam mahupun saje nak menambah kenalan.
    X salah berkwn antara lelaki mahupun perempuan, asalkan masing2 pandai menjaga batas2 yang telah ditetapkan agama..
    Ape lg yg ditunggu? Jom tambah kwn! (^_^)

    ReplyDelete
  9. to org yg dmaksudkn,
    kalo ye pun kamu tu PEMALU BANGAT lah katakan
    tapi
    biarlah malu tu bertempat
    hmmm
    elok sgt lah kalo ad prasaan malu
    tp biar bertempat
    tu je
    hehe

    ReplyDelete
  10. Nadzirah >> btol tuh, tp xkisah ler kwn utk tujuan ape pon. Sbb lame2 akan terpupuk gak rasa memerlukan antara satu sama lain...dlm mase tuh, pastinya segala pertolongan adalah atas rasa rela...

    apa pun jom cari kawan!

    Purplez >> haha... si 'org yg dimaksudkan' ni malu la sangat... saje je dia nak cetus kontroversi...haha

    tp, btol ckp purplez kita xpatut malu xbertempat...mecari kawan adalah 1 perkara yg baik... malah amat digalakkan dalam agama kita sndr... jadi, kpd sumer org, jgn malu2! Cepat cari kawan!

    ReplyDelete
  11. dah lama tak tggalkan trace kat blog nie...
    hihihihihihi.....
    saya xrse anda susah bkenalanan dengan ppuan...
    kalau xsilap pkenalan kte bermula dengan saudara hisyam kan....
    correct me if i'm wrong....

    ReplyDelete
  12. @anashahira
    huhu....rasenye kite bermula dengan perang mulut yg xmemihak kpd saye...alah...margin xbesar pon...haha

    the, sape tegur dlu ek? xingat ler...isk3x

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.