| 2 comments ]
1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Lauk telur dadar dengan sayur kangkung untuk berbuka puasa. Masih juga tak habis sepanjang aku tak sihat ni.

2. Apakah benda paling penting dlm hidup kamu?
Kepercayaan

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
Masjid Cordoba, di Sepanyol. Tempat bekas pemerintahan Islam abad ke-12.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Hubungan apa ni? Kawan? Sampai bila-bila. Kekasih? Masih tiada pengisi ruangnya.

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
Tidak. Aku tak memikirkan tentang cinta lagi. Tuggu hatiku akan terbuka untuk kali yang seterusnya pula.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
Aku tak ingat kali terakhir aku ke restoran. Kali terakhir yang aku ingat adalah semasa di Lapangan Terbang Labuan. Nasi lemaknya sedap tetapi mahal lah pula.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Fluid Mechanics & Thermodynamics. Kedua-duanya aku beli serentak.

8. Apakah nama penuh kamu??
Mohd Fadzrul Hisyam bin Badarudin

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
Kalau hal minta duit, aku minta pada papa terus. Tak ada orang tengah. Kalau nak minta izin ke mana-mana atau minta barang, aku minta pada mama. Hehe... biasalah... gunakan pengaruh politik keluarga....

10.Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
Aku nak jumpa Nelson Mandela. Aktivis anti-apartheid yang berjaya mengikis kekuasaan penjajah British di Afrika Selatan.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
1. Ammar
2. Ain
3. Maisarah
4. Azri
5. Faisal
6. Nana
7. Tya
8. Komeng (Syed Affendy)

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
Ya. Kadang kala jika malas, aku menyuruh mesin basuh untuk membasuhnya.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
Seluruh tapak bersejarah di Eropah hingga ke China.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
1. Suka makan waffle. Kalau sesiapa nak rasuah dia, rasuah dengan waffle. Benda lain tak jadi.
2. Sangat suka Sepanyol.
3. Sangat meminati Iker Casillas. Jarang ada perempuan yang meminati penjaga gol. Biasanya pemain tengah yang diminati.
4. Suka berlari, menyepak, berebut, mencuri, dan sangat tahan sakit. Buktinya di padang futsal.
5. Pastinya seorang perempuan. Bukannya lelaki dan pastinya dia cenderung untuk terpikat kepada lelaki. Bukan jantan.

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
1. Malaysia FA, Perak FA, dan Manchester United.
2. Proton, Lotus Cars, BMW, dan Audi.
3. Hewlett Packet, Dell, Acer, BenQ, Lenovo, Toshiba, dan Vaio.
4. Blackberry dan iPhone.
5. Golden Screen Cinemas, Tanjung Golden Village dan seangkatan dengannya.
6. Brunswick, Ebonite, Columbia, Storm, Elite, Dexter. Sila google jika mahu tahu lebih atau klik di SINI.
7. MiG-29N Fulcrum, Sukhoi Su-30MKM, C-130 Hercules, Antonov An-225, Airbus A380, varian Boeing 747.
8.

16. Pelukan atau ciuman??
Pelukan untuk menunjukkan care dan ciuman untuk menunjukkan sayang dan cinta.

17. 8 buah buku yang paling baru di baca??
1. Fluid Mechanics.
2. Thermodynamics.
3. Electrical Technology.
4. Dynamics.
5. Gas Turbine Performance 2nd Edition.
6. Nota kuliah
7. Astro Guide
8.

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
1. Coldplay - Viva La Vida
2. Plain White T's - 1,2,3,4
3. James Blunt - You're Beautiful
4. James Blunt - Tears And Rain
5. Michael Learns To Rock - Take Me To Your Heart
6. Boyzone - When You Say Nothing At All
7. Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes
8. Boyzone - Father And Son

19. Mari men'TAG' 8 orang lain...
Aku nak cuti dari tag orang sekejap.

2 comments:

  1. wah.hisyam.anda mmg byk tahu ttg nad.nak tabik spring beskal sket.hua3

    ReplyDelete
  2. hehe..xde la byk mane pon point nk dberi tahu...hehehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.