Aku dan MPP semakin hampir?

Malam tadi, semasa aku menyibuk-nyibuk menyertai kumpulan perbincangan kawan-kawan aku, aku menerima satu panggilan telefon dari salah seorang MPP UMP. Naim kut namanya. Ini semua Fatieheh punya angkara, bagi nombor aku pada dia.

Aku menerima panggilan darinya si MPP itu lalu diajaknya aku untuk menyertai satu kem yang dikendalikan oleh siapa, aku tak tahulah. Kem ini lebih kurang kem kepimpinan jugalah. Bakal-bakal pemimpin pelajar akan disumbatkan ke dalam satu kem lalu digomol-gomol dengan modul yang melambak-lambak.

Haha... zalim betul ayat aku, tetapi itulah hakikatnya, kebiasaannya kem yang aku pergi, itulah yang berlaku.

Dia mengajak aku untuk menyertai kem tersebut. Walaupun dia kata tak semestinya menjadi MPP, tetapi faham-faham sajalah... takkanlah dia nak sia-siakan orang yang dah pergi kem tersebut. Mestilah dia takkan lepaskan.

Memang benar aku pernah memasang niat untuk menyertai MPP, tetapi aku juga telah membatalkan niat aku itu untuk memudahkan urusan aku dengan pasukan SAE UMP dalam penyertaan Shell Eco-Marathon dan juga Formula SAE. Kedua-dua ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa. Aku perlu berkorban banyak masa untuk semua ini.

Apabila ditanya tentang penyertaan kem ini, perasaan ingin ke MPP muncul kembali. Maklumlah, ibarat kekasih yang terputus di tengah jalan, bertemu kembali kemudian harinya dengan perasaan yang baharu. Namun, aku tetap memikirkan keperluan aku untuk fokus kepada dua pertandingan antarabangsa tersebut.

Aku dah dalam dilema. Namun begitu, aku tetap berpegang kepada kata-kata si MPP tersebut iaitu sesiapa yang pergi kem tersebut tak semestinya akan menyertai MPP. Baiklah, aku setuju untuk masa ini. Aku nak juga pengalaman pergi ke kem yang rata-ratanya bakal pemimpin. Nak tengok perangai dan songeh mereka. Perangai dan songeh aku... macam inilah. Sengal, mengarut dan tak reti nak serius, tetapi kerja jalan juga.

Apabila tamat sahaja perbualan, aku memikirkan apakah yang akan berlaku kepada MPP sekiranya aku menyertainya. Maksud aku, kalau MPP yang sekarang ini kawan-kawan aku ada yang kata skema, terlalu religious, meluat, bagus, dan sebagainya... bagaimana pula jika aku yang menyertai MPP?

Apakah akan berlaku transformasi dari UMP Hadhari kepada 1 UMP - Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan? Mungkin juga... sekiranya tiada halangan daripada ideologi UMPianz UMP dan Pakatan UMP. Namun begitu, tengoklah nanti siapakah yang akan menjadi Yang Dipertua MPP. Pastinya dialah yang akan mencorak suasana kepimpinan UMP nanti.

Aku juga terfikir yang sekiranya aku ingin memenuhi cita-cita aku untuk menjadi pemimpin yang berkesan kepada pelajar UMP, aku perlukan satu pasukan yang aku percaya dan dibentuk dari satu gabungan yang sama prinsip, misi dan visi. Oleh itu, aku perlu membentuk satu pasukan dan aku perlu memastikan bakal pemimpin yang menyertai pasukan aku itu seharusnyalah menang dalam pilihan raya agar gerak kerja akan menjadi mudah.

Apabila ada pasukan yang kukuh ini, pastinya organisasi MPP akan menjadi kuat dan mampu bersuara lantang di peringkat kementerian dan antarabangsa. Inilah kekurangan MPP UMP sekarang. Jika lihat kepada MPP universiti lain yang mempunyai suara Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, mereka mampu bersuara hingga ke peringkat pemimpin negara untuk kebaikan masa depan pelajar.

Apakah aku akan menjadi perintis kepada wujudnya 'parti politik' mahasiswa di UMP? Tak siapa yang tahu. Banyak kerja yang perlu aku lakukan. Jika aku membentuk satu aliran, pastinya satu aliran lain diperlukan untuk mengimbangi aliran aku. Inilah persaingan sihat dalam sistem 'politik' mahasiswa.

Namun begitu, ini bukanlah konteks utama apa yang akan berlaku sekiranya aku menjadi MPP. Aku juga ingin bertanyakan kepada kawan-kawan ataupun kamu sendiri walaupun tak mengenali aku, apakah yang kamu rasa akan terjadi kepada MPP UMP sekiranya aku menyertai MPP UMP?

Silalah beri pandangan kamu dengan seikhlas yang mungkin.



Mahasiswa Aspirasi Kemajuan Negara



*****
Nota Kaki:
1. Fatiehah, kau kena belanja aku makan sebulan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Terigin gak nak dengar hisyam bg manifesto..hoho

    ReplyDelete
  2. huhu...xterfikir ag nak jadikan ape utk manifesto nnt...hahaaha

    ReplyDelete
  3. u can do it....
    just cari pengalaman je join benda2 nie...
    nak gak tgk junior2 bermanifesto sbb taun lepas dah mgharungi so nk tgk taun nie mcm ner korg2 buat lak....
    p/s:kalo kamu betul2 nk jd MPP saya skong kamu n nk jd agen kamu ley...
    :-p

    ReplyDelete
  4. Huhu....tgk le cmne nnt...
    tgh dlm dilema ag neh...sbb ade prog laen yg mmg sy nak join sgt...

    p/s: kne buat survey utk rancang manifesto nnt

    ReplyDelete
  5. Salam...ape lagi..jadi ler mpp...
    mahasiswa ump, mahasiswa peduli....

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)