| 9 comments ]
Apa? Aku sokong? Ya, aku sokong. Bukan kerana apa, untuk kebaikan aku juga. Apalah yang seronok sangat kalau teman serumah ada kekasih? Sudahlah semalam aku berbuka puasa keseorangan di rumah. Kalau mereka keluar berseronok, aku pula tak ada sesiapa pun untuk aku berseronok bersama-sama.

Aku mengerti kebarangkalian yang akan berlaku. Jika mereka ada aktiviti masing-masing, aku tak boleh ikut. Maklumlah, privasi katakan.... Namun begitu, aku tak nak lihat pada negatifnya situasi ini. Jom lihat di bahagian positif.

Antara kebaikan yang aku terima adalah dapat makan percuma! Home made cook lah pula. Maklumlah, kalau masing-masing dah ada girlfriend, pastinya girlfriend mereka akan masakkan sesuatu untuk kawan-kawan aku. Kalu dah masak tu, takkanlah sedikit pula, kan? Mestilah banyak. Jadi, yang selebihnya, pasti aku akan dihulur dengan makanan dari rakan-rakan aku dan dalam masa yang sama, mempromosikan kemahiran girlfriend mereka. Tugas aku... mudah sahaja - makan, habiskan, dan pujilah girlfriend mereka pandai masak.

Kejadian ni baru sahaja berlaku semalam apabila aku tamat perjumpaan wataniah, aku balik ke rumah dengan penatnya. Masuk sahaja ke bilik, Amin menghulurkan makanan kepadaku. Setengah bekas puding yang banyak dan sedap. Langkah kanan aku pada malam itu. Aku habiskan puding itu dengan gembiranya apabila Amin membenarkan aku menghabiskannya.

Si Azrul pula, menjerit kepadaku, "Syam, kalau kau nak kek awek aku buat, masuk bilik aku tau!"

Untung aku malam tadi! Azrul menambah lagi, "Amin, ko ingat awek ko je ke pandai masak?"

Dalam suasana ini, adanya persaingan sihat siapa yang lebih pandai memasak. Jadi, aku pun mencadangkanlah kepada mereka supaya meminta girlfriend masing-masing masak suatu menu dan aku akan menjadi hakim untuk menentukan siapa yang lebih pandai memasak. Kalau mereka yang menentukan sendiri, pastilah mereka akan menyokong girlfriend sendiri, kan? Maka adalah baik kiranya aku yang menjadi hakim. Kalau aku tak puas hati, aku akan menentukan keputusannya sehingga aku dapat membezakan kualiti masakan dalam menu masakan yang berbeza-beza.

Dah habis cakap pasal makan, ini pasal keluar rumah pula. Memanglah bosan jika duduk berseorangan di rumah, tetapi bagi aku kalau rumah ni tak ada penghuni lain, lebih baik aku balik ke rumah aku di Kuantan. Lagi best, ada internet dengan kelajuan yang menggiurkan dan aku akan seronok melayari internet sepuas-puasnya.

Kemudian, segala assignment, pastinya aku dapat selesaikan dahulu. Untuk bahagian mereka, aku dah tak perlu risau. Lantak merekalah kalau nak siapkan awal atau lewat. Asalkan bahagian aku dah selesai dan aku takkan terjerumus dalam kancah ketegangan menyiapkan assignment saat akhir.

Apabila mereka keluar berdaring, adalah sangat memudahkan urusan harian aku. Kiranya aku memerlukan 1001 keperluan, aku cuma perlu telefon dan membuat order kepada mereka tanpa perlu aku keluar ke pasaraya. Pastinya mereka akan membantu aku yang memerlukan. Betul tak?

Apa pun, yang penting ialah sekiranya aku berkenalan dengan mana-mana perempuan dan dapat dikesan oleh rakan serumah aku. Mereka tak akan ganggu privasi aku kerana mereka kena jaga diri masing-masing. Pendek kata, tak ada persaingan lah. Mereka yang aku kenal pun bukannya nak buat jadi girlfriend pun, sekadar jadi kawan untuk berseronok pun jadilah. Aku kan masih bebas. Ibarat bahasa dalam dunia sukan, aku ini masih free agent, tidak terikat dengan kontrak dari mana-mana kelab.

Lupa nak bagi tau, Syafik, rakan serumah aku yang juga masih tak ada girlfriend pernah bagi tahu yang dia sukakan perempuan yang lebih tua kerana mereka matang dalam pemikiran mereka. Jadi, aku sokong sahaja dia. Aku tak kisah sekiranya aku perlu berbuka puasa berseorangan, atau makan tengah hari berseorangan, atau keluar ke bandar berseorangan atau segala aktiviti aku berseorangan. Aku sudah menjelaskan kepadanya, jangan risaukan aku. Agak bosan berseorangan, aku pulang sahaja ke rumah aku di Kuantan.

Kalau dah sampai mereka menghidangkan nasi minyak, aku juga yang untung. Haha... tetapi bila tibanya aku pula yang menghidang, ramailah pula yang nak aku hidangkan. Sekali ganda jumlah rakan serumah aku.

Aku pula apa cerita? Ah, jangan risaukan aku. Laptop aku masih berfungsi dengan baik. Haha.... Oh, girlfriend ke? Aku ingatkan... haha... tak apa, jangan risaukan aku. Nanti-nanti adalah orangnya tu. Cuma aku tak tahu siapa. Kamu pun tak tahu siapa.

Ada sesiapa yang nak jadi calon atau nak mencalonkan orang lain untuk aku? Sila hantarkan borang pencalonan ke emel aku. Untuk bantuan, sila telefon aku. Tak kisahlah nombor Celcom aku tau nombor Hotlink aku. Asalkan bukan waktu aku tidur, waktu aku dalam kelas, bukan waktu aku menyiapkan assignment dan bukan waktu aku makan. Untuk maklumat secara langsung boleh jumpa aku di mana-mana sahaja kamu menjumpai aku hatta di dalam parit.

*****
Nota Kaki:
1. Budak wataniah yang baru daftar ramai juga yang comel-comel. Ish... jahat betul aku ni! Pimpin mereka, bukan mengorat mereka!
2. Terima kasih Hotlink kerana melanjutkan tamat tempoh kredit aku ke tahun 2013. Tak perlulah aku risau untuk top up setiap minggu.
3. Aku tak nak girlfriend yang macam Jennifer Lopez ataupun Angelina Jolie, bak kata Iwan, yang sedang-sedang saja.
4. Aku ada kupon makan percuma di restoran berdekatan apartment mewah di Teluk Cempedak. Siapa nak ikut aku?

9 comments:

  1. waaa
    best3~
    sambil2 selam xsalah kot nak minum air sikit :P
    sederhana adalah terbaek~
    huhu

    ReplyDelete
  2. wah2..post entry kali ni.ai, x kan x terusik kot hisyam..member sume da de gf..hisyam bile lg?hua3

    ReplyDelete
  3. tp,sy pulak lain tau...
    hari2 kene tadah telinge dengar cerite kwn sy ngan pakwe...

    nk2,cerite gaduh ngan pakwe sbb lmbt bals msg..gaduh hal yang remeh temeh...

    sape blh komen???

    ReplyDelete
  4. Purplez >> huhu...boleh je nak minum air...tapi xnok le camtuh...xbest...

    btol...sederhana tuh bagus...

    Nad >> haha... terusik? diog ade gak tanye, bile la syam nak ade gf... xkan nak berkepit ngan laptop je...haha... tp still xde jwpn...

    Salmihah >> ha...2 le antara punce nape sy xde gf...bende kecik pon leh jadi gadoh...ni lak bnd basar...huhu

    ReplyDelete
  5. 2 la syam huhuk cian kan jd jejaka single dlm umah neh ak sokong owg2 kat ats neh rse nk gak ade gf tgk sume org ade... hehe...

    spe nk jd gf ak agkat lptop...!!!

    (nurul, pinjam ayt ko haha.. plzzz girl sje k..?? yg laki2 ngade agkat 2 watpe..?? huh)

    ReplyDelete
  6. kupon makan percuma???
    nk ikut ah..hehe

    ..(^_^)..

    ReplyDelete
  7. >> kucai..

    dh angkat dh ni lap top..haha...;p

    ReplyDelete
  8. huhuhu... terharunye sy..

    ade gak yg sudi m'agkat lptop wuwuwu

    T_T

    thnx miya_anayo. awk mmberikan sy sb utk terus idop ats mke bumi ni huhuhu...

    he3..

    ReplyDelete
  9. Kucai >> haha...ko pon, cepat2 sdiakan bahan pertandingan, aku nak judge...haha...

    Miya >> nak ikot??? leh jer...

    p/s: leh lak korang bchatting kat sinih...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.