| 1 comments ]
Kenal tak negara Belanda atau nama timangannya ialah The Netherlands atau Holland. Banyak betul namanya. Apa pun yang aku pasti durian belanda bukanlah asalnya dari negara tersebut. Satu lagi kepastian ialah aku baru sahaja menerima 'buah tangan' dari negara yang keluasannya hanya besar sedikit dari Pahang dan kecil sedikit dari Sabah itu.

Buah tangan yang aku terima ini bukanlah aku terima begitu sahaja tanpa ada apa-apa sebab. Sebelum aku menerima buah tangan ini, aku telahpun menempahnya secara percuma di internet. Janji yang mereka berikan adalah barang tersebut akan tiba dalam tempoh enam minggu dari tempahan dan aku menerimanya dalam minggu yang kelima. Apakah buah tangan yang aku terima itu?

Lihat gambar-gambar di bawah.



Bungkusan dari pandangan hadapan





Bungkusan dari pandangan belakang





Alamat pengirim



Sebelum ini, aku pernah menggunakan Ubuntu dalam laptop aku dengan cara menginstall di dalam Windows akibat kegagalan pemacu DVD-RW aku gagal berfungsi dengan baik untuk membuat salinan CD dan membaca CD.

Ketika aku menukarkan pemacu DVD-RW kepada yang baharu, Windows aku mengalami masalah major dan menyebabkan semuanya corrupted. Pada masa yang sama, processor AMD Turion 64x2 aku mengalami kegagalan fungsi akibat kepanasan melampau apabila sistem penyejuknya sudah mengalami kegagalan fungsi penyejukkan.

Dengan masalah yang bertimbun-timbun, akhirnya aku membuat keputusan untuk membuat servis kepada laptop aku secara total. Sistem penyejuk processor diservis dan dibersihkan, pemacu DVD ditukar, motherboard dibersihkan, pemeriksaan elektrikal, dan Windows aku diformat semula. Dalam masa yang sama, Ubuntu yang aku telah letakkan di dalam Windows juga telah dilupuskan sekali.

Sejak hari itu, aku telah menempah satu CD Ubuntu dari laman web ubuntu.com untuk mendapatkan salinan CD original dari Ubuntu sendiri. Apa yang menariknya, tempahan ini adalah percuma dan tiada kos penghantaran dikenakan kepada aku.

Selain Ubuntu, aku juga terterik dengan satu lagi sistem operasi GNU dari Linux iaitu OpenSUSE. Walaupun perisiannya adalah percuma dan dibenarkan untuk muat turun format .iso dari laman webnya, namun untuk tempahan CD, caj penghantaran dikenakan bagi setiap tempahan. Oleh itu, aku membatalkan niat untuk menempah salinan CD original dari OpenSUSE.



CD Ubuntu yang aku terima



Walaupun aku telah menerima CD yang aku tempah, namun aku masih belum mengguna semula Ubuntu dalam laptop aku kerana aku perlu mengemas setiap partition dalam laptop aku dan aku perlu membersihkan partition yang telah aku sediakan khas untuk Ubuntu agar fail-fail penting aku disimpan dengan rapi.

Sekiranya aku mengikut perancangan yang telah ditetapkan, aku akan menggunakan Ubuntu seawal-awalnya pada Hari Raya nanti.

Selamat kembali, Ubuntu. Kehadiranmu menyinari kehidupanku.



Ubuntu





OpenSUSE



*****
Nota Kaki:
1. Masih menaruh harapan kepada OpenSUSE.
2. Petang ni ada test Fluid Mechanics, seperti biasa aku masih sempat nak hantar pos baharu.

1 comment:

  1. camne nak dapatkan cd ubuntu tu? bleh bagi link? kalu guna kat virtual pc boleh kan?

    apapun, selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.