Kempen Berblog Dalam BM 2009 sudah berakhir

Setelah sebulan kempen ini berjalan, akhirnya berakhir pada jam 12.00 pagi tadi. Kempen ini telah berlangsung selama sebulan iaitu dari 15 Ogos 2009 hingga 15 September 2009. Kempen ini dijalankan bersempena sambutan hari kemerdekaan negara kita yang ke-52 pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua blogger yang menyokong kempen ini dan kepada yang tidak menyertai kempen ini, aku mengharapkan agar kamu akan berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan sebaiknya.

Sepanjang kempen ini berjalan, sebanyak 23 pos ataupun entri telah aku terbitkan di dalam blog aku.

Terima kasih kepada blogger yang menyertai kempen ini. Semoga kita bertemu lagi dalam kempen yang akan datang, insya-Allah.



Logo / banner kempen



*****
Nota Kaki:
1. Kempen Tak Nak Merokok masih berlangsung.
2. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia juga sedang berlangsung.
3. Kempen 1 Suami 1 Isteri masih ada lagi ke?

Post a Comment

3 Comments

  1. Haha.hisyam punye kempen ek 1 suami 1 isteri?bertuah bakal bini hisyam nt..x yah wiso..ekeke

    Ohye, camne kalu hisyam buat kempen berblog dalam bahasa Inggeris plak?Bole nampak sket a difference dalam penulisan Hisyam and ble tgk hisyam deliver thought dalam english mind setting plak..just a suggestion.

    ReplyDelete
  2. SalaAm..

    Jangan semasa kempen saja berbahasa Melayu dengan betul sudahlah. Harap-harap berterusan..

    ReplyDelete
  3. Nad >>
    1 suami 1 isteri bkn syam punye kempen...itu Dato' Shahrizat punye...1 mase dulu la...hehe

    english? hurm...tgk le cmne nnt...hik3x

    Hawa >>
    Usaha dah dilakukan, tinggal diri individu sahaja yang nak teruskan...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)