| 2 comments ]
Lama sungguh aku tak menambah pos baharu dalam blog ini. Bukannya apa, kebelakangan ini, aku amat kesibukan. Erm... apakah perkataan 'amat' itu sesuai untuk pernyataan sebenar aku? Baiklah, pernyataan sebenar ialah aku sibuk kebelakangan ini.

Kesibukan ini telah menjadi antara halangan kepada aku untuk menghantar pos-pos baharu. Tambahan pula, dengan halangan lain iaitu ketiadaan idea baharu untuk tajuk pos baharu aku.

Abaikan pernyataan aku di atas. Aku bukan nak kata aku ini sibuk, cuma nak memperkatakan tentang tidur.

Sesiapa yang telah mengenali aku, aku bukanlah seorang yang gemar untuk tidur siang. Kebanyakan masa siang aku diisi dengan aktiviti-aktiviti sama ada berkualiti ataupun tidak. Namun, aku tetap jarang tidur siang.

Namun, sejak kebelakangan ini, untuk lebih spesifik lagi sejak aku tidak sihat, banyak juga masa siang aku dijadikan waktu tidur.

Pada hari pertama aku tidak sihat, aku telah menelan dua biji paracetamol dan malam itu juga terus aku tidur awal pada pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Hari pertama aku ambil ubat yang diberi doktor, selepas sahur aku tidur pada pukul 6 pagi dan aku bangun semula pada pukul 1.30 tengah hari.

Semasa hujung minggu aku pulang ke rumah, selepas sahur aku tidur pada pukul 6 pagi hingga 3 petang. Kemudian sambung semula tidur pada pukul 3.30 petang hingga 6 petang.

Apabila aku pulang ke kolej aku, selepas sahur aku tidur pada pukul 6.30 pagi dan bangun pada pukul 2 petang.

Ada banyak lagi masa yang aku gunakan untuk tidur panjang kerana masalah kesihatan.

Yang terbaru, malam tadi aku tidur pada pukul 8 malam dan hanya sedar dari tidur pada pukul 5 pagi. Isyak aku pun pukul 5 pagi lah.

Di sebalik banyak masa tidur aku, ada juga waktu tidur aku tak digunakan dengan sebaiknya.

Antara aktiviti aku yang memesongkan waktu tidur aku adalah bersembang maya menggunakan ooVoo, melepak di kafe, dan... tiada yang lain. Dua perkara itulah yang selalu aku lakukan. Apabila aku melakukan aktiviti-aktiviti ini, aku hanya akan tidur pada pukul antara 3 pagi hingga 4 pagi. Pada pukul 5 pagi, aku bangun semula untuk bersahur dan bersiap untuk ke kelas.

Ketidak seimbangan waktu tidur aku ini mencetuskan masalah kestabilan biologi aku. Mungkin sebab masalah kesihatan aku yang menjadikan aku sebegini.

Bilakah akan berakhir?



Janganlah asyik tidur saja kerja aku



2 comments:

  1. xpe..
    tido tu bagus
    hehe
    so, tido2 lah bebanyak eh..

    ReplyDelete
  2. Terlajak tidur pun xboleh gak...
    lembam otak ni nanti...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.