| 8 comments ]
Seperti biasalah, pasar malam di Sungai Isap sentiasa ada pada setiap hari Sabtu kecuali hari-hari perayaan besar.

Kali ini, tak banyak stall yang buka. Jadi, aku pun berkira-kiralah nak beli apa dengan sumber yang sedikit. Menjejak sahaja aku ke dalam zon pasar malam, biasalah... ada kedai jual makanan dan pakaian menyambut kehadiran aku. Haa... lupa pula, ada satu lagi yang menyambut kehadiran aku... Ain!!!

Wah... sudah berubah nampaknya sejak aku 'menghentam' dia dengan mengatakan dia sombong sebelum ini. Kali ini begitu peramah sekali... bagus! Inilah dinamakan 1Malaysia. Rakyat Malaysia bertegur sama sesama sendiri. Haha.... Teringat lagi aku ayat yang dikeluarkan oleh Ain, "Haaaaaaiiiiiii!!! Ni aku tegur ni, nanti kata aku sombong pula... haaaaaaaiiiiiiii!!!"

Sekali dia buat aku terkedu la... tak tahu aku nak balas apa... dah lah siap lambai depan-depan orang ramai pula. Aku pun sekadar balas "haaaaiii" tanpa melambai.

Habis kisah Ain. Biarkan dia terjun bersama-sama makanan dibelinya.

Aku mencari sesuatu yang aku suka, tetapi bukan nasi ayam kerana siangnya aku dah makan nasi ayam.

Cari punya cari, aku jumpalah satu kedai ni, jual char kueh tiaw. Aku pun mintalah satu order yang pelik.

Dengan confidentnya, aku pun membuat order seperti berikut, "Kat sini boleh tak buat char kueh tiaw tak nak kueh tiaw?"

Dengan confident, aku bertanya, dengan pelik dia bertanya aku semula, "Char kueh tiaw tak nak kueh tiaw?"

Dengan confident jugalah aku menjawab, "Ya, char kueh tiaw tak nak kueh tiaw."

Kepelikan itu berlaku dalam jangka masa 30 saat apabila aku selesai memproses kata-kata aku semula aku dapati aku salah order apabila bro itu bertanya untuk kepastian kali terakhir, "Tak nak kueh tiaw, just nak taugeh, udang, dan lain-lain saja?"

Akhirnya, barulah aku sedar. Aku sebenarnya tak nak taugeh, tetapi lain pula yang aku katakan. Mujurlah tak ada awek-awek lain yang berada di sekeliling aku, sekadar bro tukang masak tu dan pembantunya sahaja.

Lalu bro itu menceritakan kepadaku, sepanjang empat tahun dia berniaga,, cuma sekali sahaja dia pernah bertemu pembeli yang betul-betul order char kueh tiaw tak nak kueh tiaw.

Dalam konteks ini, mengapakah aku boleh jadi begini? Kenapa lain yang aku nak, lain yang aku sebut?

Nampaknya, aku ada seorang yang boleh aku jadikan puncanya. Dia adalah Ain. Hahaha.... Dialah yang buat aku terkedu semasa di pasar malam lalu menyebabkan medula oblogata, serebrum dan sereblum aku mengalami konkusi tahap 3 akibat kecelaruan perpindahan data ke partition otak yang sepatutnya. Hahaha...

Apa pun, char kueh tiaw memang sedap, dan kepada sesiapa yang nak bagi aku makan atau belanja aku makan, JANGAN minta taugeh sekali. Siapa yang sengaja minta makanan yang penuh dengan taugeh, korang memang tak sayang aku. Hehehe....



Char Kueh Tiaw ni bukan yang aku order malam tadi.



*****
Nota Kaki:
1. Siapa yang tak suka taugeh? Sila angkat laptop.
2. Manchester United menang lagi, Chelsea kalah dengan Wigan, Petr Cech kena sent off.

8 comments:

  1. ha5...klakar la..klu x silap,sigmund freud ad kata..bile kite salah cakap,makneny ad sumthing yg lain len tgh ad dlm fikiran kite...

    rum8 ak pun x ske taugeh...even tergigit ekor taugeh yg sikit tu pun,dy leh loya tekak...

    pe sal ek korg xske taugeh???kan taugeh xde rse pe pun...sedap je ak makan char kuey tiow panas ngan udang besar ngan taugeh ngan kucai...(terliur lak...huhu..)

    tp,xpe ak phm..manusia itu unik...xsme sumer wlupun kembar seiras...

    ReplyDelete
  2. tgkpikirtulehpikirbcepikir >> huhu...kenape? mmg sbb taugeh xleh diterime dlm sistem badan kiteorg...kalau masuk je, akan mengakibatkan isi perut akan terkeluar...isk3x

    fadilah >> xtanye pon...haha

    ReplyDelete
  3. hahaha.kelakar tol.nad pun first time gak dgr org yg nak char kuey tiaw tp x mo kuey tiaw..hehe

    ReplyDelete
  4. haha....skang nh jumpe le orgnyer...hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha syam neh mmg pelik orgnye haha ak sebagai housemate mnyokong 100% hahaha.. ^_^

    ReplyDelete
  6. SalaAm..

    Hmm.. Benda pertama yang akan dibuat kalau menu makan malam di KMKN adalah kuey tiaw; buang taugeh.. Haha.. Tak suka! Tak suka! Kalau nak makan kuey tiaw, jangan ajak HaWa kecuali nak tunggu sampai setengah jam. Masa yang ada digunakan untuk mengasingkan tauge yang banyak terdapat dalam char kuey tiaw. Hehe..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.