Expo-Berkonvo + Solidworks + Sabut Kelapa + Egoist

Kali ini, disebabkan ada beberapa perkara yang aku nak letak dalam blog ni dengan ringkas dan padat sebelum aku meneruskan usaha menyiapkan projek aku, aku sumbatkan sekali semuanya macam sardin.

Kemudian, ikut suka korang lah nak komen apa. Aku pun ikut suka lah nak balas komen korang.

Expo-Berkonvo
Sabtu dan Ahad lalu UMP sedang sibuk dengan Expoconvo-nya. Aku tak berkesempatan pun nak melawat ke tapak Expoconvo kerana kesibukan dengan projek yang melambak-lambak. Lagi pun tak ada siapa pun nak ajak aku. Tahu-tahu sahaja dia orang dah pergi. Last-last aku seorang sahaja yang tak pergi ke tapak pameran tu. Sadisnya aku rasa... aku dipinggirkan tanpa khabar berita. Aku nak pergi bawa dirilah... isk... isk....

Namun begitu, semalam, iaitu hari Ahad aku menjejak juga kaki ke tapak pameran Expoconvo, tetapi tak jauh ke dalam pun. Sampai stall jual aiskrim oleh Persatuan Silat Cekak UMP sahaja. Itupun sebab selepas aku mencari bateri kalkulator aku yang dah wafat kelmarin di Kuantan, aku terkunci di luar bilik dan tak dapat masuk ke dalam bilik. Aku tak bawa kunci bilik bersama semasa keluar. Aku terpaksa ke tapak Expoconvo untuk mengambil kunci dari Amin, rakan sebilik aku yang ke tapak Expoconvo bersama aweknya. Tengok tu... keluar pun dengan awek. Aku tak ada sesiapa nak ajak pun....

Solidworks
Projek ni sangat membebankan fikiran. Esok lusa dah nak kena submit dan buat presentation. Laporannya tak siap lagi. Malah aku tak mulakan lagi bahagian aku kerana design yang kena assemble pun tak siap lagi.

Bahagian yang aku kena buat tu pun aku dah tak ingat aku kena buat bahagian apa. Kena tanya Ally semula ni. Buruk perangai.



Amatilah antara masalah design kumpulan aku yang perlu diperbaiki dengan segera.



Sabut Kelapa
Ini alkisah berlaku semata-mata projek Fluid Mechanics yang mengkehendakkan aku dan kumpulan aku serta kumpulan-kumpulan lain untuk membuat buoyancy vessel yang bahasa Melayunya pun aku tak tahu nak bagi nama apa. Kumpulan aku rancang nak sumbatkan sabut kelapa sekali. Untuk apa... kasi terapunglah. Namapun buoyancy vessel, bukan submarine vessel atau sinking vessel.

Semalam aku pulang ke rumah semata-mata kerana sabut kelapa. Alang-alang tu, aku bermalamlah untuk satu malam. Pagi tadi aku kupas sabut kelapa yang liat ni. Pakai tangan tu. Kalau hari-hari aku kupas kelapa pakai tangan, sah 'katang' aku nanti. Hahaha....

Egoist
Haa... ini aku nak cerita sedikit tentang ego aku. Tapi sebelum itu, ego sebenarnya bagus. Sebab tu Tuhan ciptakan perasaan ego. Namun, ego aku ini bukan nak samakan ego aku dengan ego Tuhan. Aku tak layak. Walaupun ego ini baik, tetapi boleh menjadi tidak baik apabila disalah erti dan disalah gunakan. Masalahnya sekarang, baru tadi aku salah guna ego aku.

Semasa pulang ke UMP, aku memecut 90 km/j di jalan yang had lajunya 80 km/j. Tiba-tiba adalah motosikal Honda EX5 memintas aku. Sudahlah ada pembonceng sekali. Boleh pula lintas aku. Dengan aku yang terego dan dihasut syaitan yang direjam, lalu aku memecut sehingga 110 km/j dan memintas motosikal itu tadi.

Dalam benak fikiran aku boleh pula berkata "padan muka kau... makanlah asap aku puas-puas," walaupun motosikal aku tak mengeluarkan asap.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini yang sungguh bongkak kepada hambamu yang lain. Ampunlah dosaku kerana termakan dek hasutan syatian yang sentiasa membisik-bisikkan teling umatMu agar menjauhi dari ajaranMu.

Post a Comment

6 Comments

  1. aku nak komen......
    mmmmmmmmm...
    akhirnya aku dapat baca blog kau....
    ha3

    ReplyDelete
  2. haha.ego2.prob jugak kalu ego nie.patot syam merantau ke exponiaga tue lebih sket.ish3

    ReplyDelete
  3. jari je mari >> baguss....aku pon dah follow blog ko...

    byk sangat nak pikir >> katang tuh badan mcm arnold scwarzenager...

    Nad >> hehe...kene pandai la kawal ego... an? an? an?

    Nak je merantau ke dalam sket...katenye dpn chanseleri cantik design dier...tp apakan daya...banyak bnd lain nak kena buat...xde mase nak berpoye kejap

    ReplyDelete
  4. taw xpe.cuba kwl sket.b.m.i kena slalu cek.haha.pe kaitan?ngeh3

    siyes.agak cntikla.bile air trun dr tmpat yg patot trun air.kire cam fountain la.tp bile air berhenti cm x best plak.hehe

    ReplyDelete
  5. Yg fountain tuh mmg dh perasan dah... tp just nak tgk set tv3 kat sane, khemah yg katenye gempak2...
    tp xde kesempatan lak...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)