| 6 comments ]
Ini kisahnya berlaku apabila aku sudah tak dapat mengawal kemarahan aku. Sememangnya, aku adalah seorang yang sukar untuk memarahi orang lain. Namun, aku juga ada had yang aku tak mampu untuk aku halang lagi.

Salah satu perkara yang boleh buat aku menjadi seorang yang pemarah adalah kegagalan individu atau kumpulan untuk menepati masa janji mereka. Bagi aku, orang yang suka menukar masa janjinya tanpa sebab munasabah adalah orang yang tidak boleh dibuat rakan berurusan kerena mereka adalah tak berguna dalam menjaga masa. Mereka juga adalah seorang yang suka meremehkan janji dan tak menghargai masa.

Inilah yang telah berlaku semalam. Juzaili (bukan nama sebenar) telah menyebabkan aku marah tak tentu pasal kerana suka hati mengubah masa janjinya. Sedangkan 20 orang yang lain boleh sahaja menepati masa yang telah dijanjikan. Ingat dia besar sangat nak suruh orang ubah-ubah masa ikut suka dia? Jadi penunjuk arah tak bermakna boleh menukar masa sesuka hatilah! Kami yang tak tahu arah pun boleh pergi sendiri tanpa dia!

Bayangkanlah semalamnya, masa yang dijanjikan ialah 10 pagi. Kemudian, apabila aku siap-siap untuk pergi ke tempat berkumpul, tiba-tiba masa diubah kepada 11 pagi. Baiklah, walaupun aku sudah tak berpuas hati pada masa itu, aku terima sahajalah kerana rata-rata kawan-kawan aku yang lain setuju dengan masa itu.

Apabila semuanya sudah siap di tempat menunggu, tiba-tiba dia ubah kepada 12 tengah hari pula. Ini dah melebih. Mana boleh jadi! 20 orang boleh tepati masa, takkan dia seorang tak boleh! Di kala itulah aku dah tak boleh mengawal kemarahan aku. Disebabkan kemarahan itu, aku keluar berseorangan dengan kereta untuk menenangkan diri seketika. Kasihan kawan-kawan aku yang menjadi mangsa lepas geram aku.

Itupun last-last, semuanya bertolak pada 12.30 tengah hari. Tanpa si Juzaili. Aku rasakan seperti sia-sia sahaja 2 jam 30 minit yang dibiarkan berlalu semata-mata kerana perubahan masa yang tak tetap.

Apakah nilainya 2 jam 30 minit yang disia-siakan itu? Di sini, aku mahu memberi beberapa situasi:
1. Pesakit kritikal di hospital akan MATI jika rawatan lewat 2 jam 30 minit.
2. Pengeluaran di kilang industri akan kerugian dan kekurangan produktiviti jika kilang tak beroperasi dalam masa 2 jam 30 minit.
3. Mangsa lemas akan mati jika tak diberi bantuan kecemasan dalam masa 2 jam 30 minit.
4. Reaktor nuklear akan meletup jika tidak diwal rapi selama 2 jam 30 minit.
5. Sebuah syarikat tak akan mendapat kontrak jika tidak menyertai pembidaan kontrak jika lewat 2 jam 30 minit ke tempat pembidaan.
6. Negara akan kucar-kacir sekiranya menteri-menteri tidak hadir ke mesyuarat yang dijalankan selama 2 jam 30 minit.
7. Calon peperiksaan tak akan dapat memasuki dewan peperiksaan jika terlewat 2 jam 30 minit.

Banyak lagi yang boleh aku letak tetapi biarlah korang fikirkan sendiri.

Aku sememangnya tak suka berurusan dengan orang seperti Juzaili ini. Memanglah aku tak sempurna yang kononnya mahukan kesempurnaan dari orang lain, tetapi fikirlah, takkanlah nak gunakan ketidaksempurnaan diri sendiri sebagai alasan untuk menyusahkan orang lain? Kalau sekadar lewat sehingga 30 minit mungkin aku boleh terima lagi tetapi, 2 jam 30 minit? Bolehkah korang terima orang seperti ini?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Demi masa (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (3)
(Al-Asr, 103 : 1-3)


Aku dah cuba untuk bersabar, namun malangnya syaitan lebih pantas menghasut aku untuk mendidihkan lagi kemarahan aku. Astaghfirullah al-azim. Namun, nasib baiklah aku masih boleh mengawal kemarahan aku dan tidak bertindak bodoh pada masa itu.

*****
Nota kaki:
1. Dah lama aku tak pernah marah - sejak menyertai PLKN.
2. Tak baik marah-marah, muka cepat berkedut, nanti cepat tua, hormon baik untuk kesihatan kurang dikeluarkan.

6 comments:

  1. SalaAm..

    Kalau dah namanya lambat tu memang lambat. Itulah yang selalu dikaitkan dengan orang Melayu. Lebih-lebih lagi kalau dapat subspesis perempuan yang suka duduk berjam-jam depan cermin setiap kali nak keluar.

    Orang-orang yang berkenaan tu tak malukah dengan ungkapan "Janji Melayu"? Atau mereka tak pernah dengar pun ungkapan tu?

    Itulah sikap negatif orang kita. Kalau setakat setengah jam tak apa. HaWa pernah kena sampai lima jam. Mujur saja masa tu HaWa tak benar-benar serius menunggu orang tu. Sambil-sambil saja. Bayangkanlah kalau berjanji pagi, tapi sampai petang. Sakit hati tu tak terkata.

    ReplyDelete
  2. Hawa >> 2 la pasal...spatutnya xde istilah sape punye janji...

    dalam Islam pun diajar untuk menepati masa. Dalam hidup jugak diajar untuk mengurus masa. So, xde alasan la nak mempermainkan masa ni...

    Purplez >> betul tuh....kita idup bkn untk menunggu...

    ReplyDelete
  3. pembetulan utk no.7>>
    Calon peperiksaan tak PERLU memasuki dewan peperiksaan jika terlewat 2 jam 30 minit. (sebab exam entah dh bis dh pun haha)

    n add-on

    8.org yg sdg sakit perut (sbb ptut buang pe yg ptut di buang) akn TERCICIR pape yg x patut kalo xjmpe TOILET dlm mase 2 jam 30 mnit hahhaa

    ^_^

    ReplyDelete
  4. penantian...
    benar2 menyeksakan...

    layan lagu meet uncle hussin jap..
    hehe

    ReplyDelete
  5. kucai >> haha...aku mmg byk kali memulas perut pon lps tuh...hahaha

    pikir >> mmg menyiksakan...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.