| 3 comments ]
Aku pernah menyatakan sedikit pendirian aku untuk bertanding jawatan umum MPP di UMP sebelum ini. Walaupun pada asalnya aku lebih cenderung untuk bertanding untuk jawatan tersebut. Aku juga pernah menyatakan beberapa visi dan misi aku jika aku bertanding untuk jawatan itu sebelum ini.

Namun begitu, masa semakin berlalu dan pelbagai perkara telah berlaku sepanjang tempoh aku berfikir untuk membuat keputusan muktamad. Aku telah menyertai pasukan UMP SAE Team untuk bertanding di Shell Eco-Marathon dan penyertaan ini memerlukan komitmen berterusan untuk pasukan ini mencapai matlamatnya.

Keputusan aku menyertai pasukan ini telah menyebabkan aku berbelah bahagi untuk memilih antara dua. Bukannya aku tak boleh memilih kedua-duanya sekali, tetapi aku tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kedua-duanya telahpun aku tetapkan visi dan misi jika aku memegang jawatan yang aku pilih.



Yang mana satu... idaman kalbu...



Tak perlulah aku menyatakan apa misi dan visi aku bagi tiap-tiap jawatan yang aku mahu pilih, kerana pastinya akan menyebabkan korang agak bosan dengan pos ini.

Setiap pilihan ada pro dan kontra masing-masing. Jika aku memilih MPP, tujuan utama aku adalah membantu UMP meningkatkan prestasi di peringkat global di samping sentiasa mewakili pelajar untuk mendapatkan hak-hak sebagai pelajar. Aku juga telah mencanang beberapa strategi khusus untuk memenuhi visi dan misi aku jika aku memilih MPP. Namun begitu, aku adalah pelajar kejuruteraan. Untuk menjadi pekerja ataupun jurutera yang baik, aku perlu mahir dalam bidang yang aku pelajari - kejuruteraan mekanikal. Maka dengan itu, majikan pastinya tidak akan lihat sangat aku ni MPP atau memegang mana-mana jawatan kecuali aku memilih jawatan pengurusan.

Oleh sebab itulah aku memilih UMP SAE Team. Pasukan ini akan memberikan ilmu yang sangat berguna - kemahiran dan pengetahuan untuk membuat kereta - iaitu kemahiran yang dilihat oleh mereka yang mencari khidmat jurutera yang berkualiti. Jika mahu kaitkan dengan kepimpinan, pastinya aku memegang jawatan penting dalam pasukan tersebut. Tak perlu aku memegang jawatan dalam MPP kerana dalam pasukan ini juga aku boleh menunjukkan kualiti kepimpinan aku. Namun begitu, matlamat aku untuk meningkatkan prestasi dan kualiti UMP akan terbantut jika aku tidak memilih MPP.

Kedua-duanya penting, dan kedua-duanya memerlukan komitmen 150% dalam setiap tugas. Oleh itu, disebabkan aku tidak mahu dibebankan dengan komitmen 300%, aku memilih UMP SAE Team dan menolak untuk bertanding jawatan umum MPP, kecuali jika aku diberi arahan oleh orang atasan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang (highlight: bukan arahan dari Mechapro) ataupun dari pihak Chanselleri untuk aku bertanding jawatan tersebut.

Maka itu, aku memohon maaf kepada yang telah meletakkan harapan tinggi kepadaku supaya aku bertanding atas keputusan yang tidak memihak kepada korang. Aku bukanlah manusia super yang mampu melakukan tugas-tugas berat sekaligus. Aku perlu memilih satu di antara dua, dan aku telah memikirkan sedalam-dalamnya hal ini.

*****
Nota Kaki:
1. Walaupun telah menolak untuk bertanding, aku tetap memasang strategi untuk memenangkan dan mengalahkan calon-calon yang patut aku lakukan sesuatu. Inilah kuasa politik.
2. Teringat soalan kawan aku yang membuat aku berasa dilema. Jika laptop dan awek jatuh ke laut, yang mana akan aku selamatkan?

3 comments:

  1. xpe.musti ade hikmah di atas setiap pilihan kt.just be happy dgn keputusan hisyam keyh.sume ade lebih dan kurang.be positive :)

    ReplyDelete
  2. Kucai >> pe kate ko je yg btanding...aku dh buat komplot dh ngan org yg spatutnye aku berkomplot.
    hahaha

    Nad >> yup...sedeh gak lepaskan MPP sbb 2 target dari awal ag...but not all roads will be taken for our way to success. Some times, we have to let some opportunities go to get better opportunities.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.