| 1 comments ]
Terukkah hari ni? Sampaikan hampir semua yang dilakukan tak berjalan seperti yang dirancangkan? Bagi aku, taklah teruk sangat. Malangnya, pagi aku dimulakan dengan sesuatu yang teruk.

Apakah rasanya jikalau korang mendapat keputusan ujian yang teruk? Eh, silap! Sangat teruk! Apakah yang akan korang rasa? Mestilah rasa teruk kan? Banyak tanya pula.

Hari ni, aku mendapat keputusan ujian Matematik a.k.a Kalkulus yang dah aku ambil sebelum raya dulu. Keputusannya amatlah teruk. Nak tahu keputusannya?

6 markah sahaja lagi nak....

6 markah sahaja lagi nak....

6 markah sahaja lagi nak....

Nak apa? Nak lulus? Bukan.

Nak dapat full mark? Sampai kiamat pun aku tak dapat full mark kot.

Nak naik gred? Haha... kelakar betul.

Apa yang 6 markah lagi nak... tu? Jawapannya ialah 6 markah sahaja lagi nak dapat markah kosong.

Haa... kenapa? tak percaya ke? Percayalah. Silalah amati gambar ini sepuas hati.



Lihatlah, pandanglah, kertasku yang cantik... lalala~



Keputusan yang rata-ratanya amat teruk diterima oleh budak kuliah aku menyebabkan Miss Rozieana membuat 'extra time test' iaitu menyambung semula ujian yang dikatakan tak sempat nak disiapkan itu. Ini peluang baik untuk aku mengubah nasib.

Malangnya, kalkulator aku yang disayangi... iaitu kalkulator yang membantu aku mendapat keputusan cemerlang dalam SPM kecuali ia belot pada subjek Fizik telah gagal untuk berfungsi apabila tiada work in untuk berfungsi. Sesiapa yang tak faham bahasa kejuruteraan, work in yang aku maksudkan ialah tenaga elektrik.

Delam istilah pendeknya, bateri aku dah mati. Tak ada kuasa lagi. Tiada voltan dan arus. Rintangam dalamannya sudah mencapai had maksimum.

Maka, dengan itu jugalah aku berasa berganda-ganda teruknya. Aku tak dapat menjawab hatta satu soalan pun semasa 'extra time test' dijalankan. Maka, dengan sukapaksanya aku menutup kertas soalan dan melihat sahaja rakan-rakan aku menjawab dengan riang...menyanyi, bermain bersama...ayuh! Gila aku nak jawab soalan exponent, root dan persamaan yang amat pelik dengan jari?

Maka, dengan itu jugalah aku mengisytiharkan 'perletakan senjata' aku kepada kertas ujian itu. Apa yang aku terima, itulah yang aku kembalikan kepada Miss Rozieana.

(p/s: Miss Rozieana dapat tahu keadaan aku, dia nak tolong, namun apakan daya tak ada extra calculator pada masa itu.)

*****

Petangnya pula, agak mengembalikan kegembiraan aku dalam hidup ini. Ceh, ayat... tak boleh blah!

Setelah sekian lama, aku bertemu semula Syaie untuk membantunya membuat urusan tempahan kenderaan dari JPPH (aku tak ingat nama panjangnya). Kepada gadis-gadis di luar sana, jangan jealous ya! Haha....

Sambil-sambil tu apa lagi? Kalau aku dah jumpa perempuan, takkanlah aku setakat duduk buat dek ajer kan? Korang dah matang, fikir sendiri! Haahaha!!!

Sekali dia tembak aku semula daa.... Ni ayat dia kenakan aku semula, "eleh, macam manalah ko nak ada girlfriend... tak payahlah berangan... sikit-sikit asyik teringat kat 'dia' je, betul tak?"

Fuh... memang tepatlah dia ni. Walaupun kejadian dahulu tu berlaku dalam 3 tahun lepas, kadang kala aku memang masih teringat kepada 'dia'. Entah mengapa... aku pun tak tahu. Tambahan pula aku perasan ada budah perempuan yang aku terserempak Selasa lalu seperti identical twin dengan 'dia'. Huh... tolonglah jangan jadikan diri aku lebih bermasalah.

Apa pun, aku gembira kerana dapat berjumpa dengannya lagi. Walaupun terlepas dari tuduhan aku bercinta dengannya oleh 'dia' suatu ketika dahulu, namun dia kena jaga-jaga juga. Walaupun 3 tahun, ada beberapa perkara yang masih belum selesai. Jangan dia pula dituduh untuk kali ini. Kasihan kepada yang seorang lagi. Dia dituduh sebegitu rupa. Aku tak pernah terfikir untuk mengkhianati sesiapa pada masa itu. Apatah lagi kepada 'dia'.

Apa pun, aku dah boleh 'booking' Syaie untuk belanja aku makan bila-bila masa aku suka. Hahaha....

*****
Nota Kaki:
1. Selepas aku terima gelaran 'komunis' oleh mama (sila rujuk pos sebelum ini: KLIK DI SINI), aku mendapat gelaran baharu oleh Alif iaitu seperti orang asli.

1 comment:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.