Sejuk, 800km, & RM5

Dah lama juga aku tak menulis. Entah kenapa, aku semakin ketandusan idea untuk menulis, mungkin stor simpanan kreativiti aku sudah kering dan perlu tambahan stok.

Apa pun, untuk minggu ni, aku hanya mahu membicarakan beberapa ringkasan ataupun rumusan aktiviti aku sahaja.

*****

Sejuk
Sepanjang minggu ini, aku kesejukan kerana cuaca hujan yang turun sepanjang hari selama 3 - 4 hari berturut-turut. Maka aku hidup dengan ketakutan kepada air dan memakai sweater sepanjang masa.

*****

Gotong royong
Jumaat lalu, aku ke UMP Pekan untuk mempersiapkan bengkel bagi projek aku tahun depan. Walaupun tak lengkap sepenuhnya, namun, sekurang-kurangnya adalah juga bayangan bengkel yang akan aku gunakan nanti.

Kesejukan bertambah terasa apabila keluar masuk tempat berhawa dingin. Aku terasa seakan-akan mahu demam setelah habis gotong royong.

*****

Menang
Setelah kekecewaan tewas kepada Chelsea yang golnya sepatutnya tidak berlaku jika pengadil tak melakukan kesalahan membuat keputusan membenarkan sepakan percuma kepada Chelsea, Manchester United menang 3-0 kepada Everton.

*****

Penat
Berulang alik ke UMP Pekan untuk mendapatkan tanda tangan Timbalan Dekan FKM dan membincangkan perjalanan program bengkel CATIA dan Solidworks yang akan diadakan pada bulan Disember nanti. Nampaknya, banyak kerja lain lagi yang kena disiapkan oleh Design Division untuk menjayakan projek yang sedang aku usahakan.

Markah Mechanical Lab aku selamat. Aku berjumpa Mr. Lee untuk confirm markah aku apakah akan selamat untuk dinaikkan kepada 70% daripada 69.9% yang aku peroleh. Jawapan dari Mr. Lee amat memuaskan hati aku.

800km dengan 1 liter petrol. Pasti tak percaya dengannya, namun itulah rekod yang telah dicatat. Mr. Lee tak percaya dengan rekod ini. Tak apalah, sasaran minimum untuk projek aku adalah sejauh 400km untuk seliter petrol.

*****

RM 5
Harga sepinggan nasi putih penuh, dengan sayur campur, beberapa ketul pedal ayam (banyaklah juga) dan seekor ikan keli bersama dengan segelas sirap bandung hanyalah RM 5. Tak percaya? Tanya Faris. Dia saksi aku. Dan silalah berkunjung di kafe KK4 untuk menikmati kadar jamuan terendah! Bonus terhebat dan dan ganjaran terhebat! Cesss... macam iklan operator telefon bimbitlah pula. Tak kisahlah, asalkan aku puas hati makan tengah hari tadi.

Post a Comment

4 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)