| 4 comments ]
Siapa di sini ada kamera video? Ada? Kepada yang tiada, pernah guna kamera video? Memang seronok, kan? Boleh rakam sana, rakam sini. Apabila dah rakam, bolehlah kita simpan rakaman itu untuk kenangan.

Namun begitu, aku pula lain ceritanya. Ini kisah semasa aku bekerja siang tadi. Ada dua jenis kamera yang perlu aku operasikan untuk projek multimedia yang perlu ditayang untuk Perhimpunan Mahasiswa Anak Pahang & Sambutan Sedekad MAMPAN pada 9 Januari nanti.

Masalahnya ialah segala apa yang diusahakan untuk mendapatkan video yang telah dirakam tak menjadi. Sampaikan terpaksa berulang alik ke bandar untuk mencari solusi kepada masalah yang menimpa.

Ketegangan bertambah lagi apabila tugasan bertambah-tambah dan bertimbun-timbun dengan masalah yang menjadi-jadi. Kegilaan ini hampir menyebabkan aku naik gila.



Sony Handycam DCR-HC46





Sony Handycam HDR-FX1E



Nasiblah kedua-dua kamera ini hak milik kerajaan. Terbataslah tindak tanduk gila aku.

Sesiapa ada perisian untuk operasian kamera Sony Handycam HDR-FX1E? Boleh cadangkan kepada aku?

4 comments:

  1. i have sony handycam camera.. but, ak x guna pon software dia bg klu nk muat turn video dr kamera ke komputer. guna movie maker pon boleh

    ReplyDelete
  2. Boleh eh? hurm...nanti siang aku try. Anyway, thanks.

    ReplyDelete
  3. biasanya, klu nk transfer video, kena guna firewire.. adik beradik usb.

    ReplyDelete
  4. erm...kenal dah tuh...
    tapi still ade masalah...
    even port pon mcm xde fungsi ajer...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.