| 1 comments ]
Waduh... waduh... lama sudah aku menyepi dari blog ini. Bukannya apa, aku sangat sibuk dengan urusan-urusan rasmi aku sepanjang Disember ini di samping aku telah terputus hubungan dengan dunia telekomunikasi selama seminggu.

Dalam entri ini, aku tak mahu menceritakan secara detail apa yang telah aku lakukan sepanjang cuti atau apa-apa yang seperti rakan-rakan aku yang lain telah ceritakan di blog-blog mereka. Aku hanya mahu memberikan rumusan apa yang berlaku sepanjang bulan ini.

1. MAMPAN
Mampan adalah Majlis Mahasiswa Anak Pahang yang aku terlibat dalam penganjuran Perhimpunan Mahasiswa Anak Pahang & Sambutan Sedekad MAMPAN yang akan diadakan di MMU, Cyberjaya.

Walaupun aku tergesa-gesa meninggalkan meja kerja aku, namun sepanjang aku berada di Sarawak juga aku telah menyiapkan beberapa 'promo' untuk sahabat-sahabat aku gunakan sebagai bahan promosi.

Nanti ada meeting lagi... dan lagi. Harap-harap, 16 Januari nanti akan berlalu dengan gemilangnya.

2. SeMAMPAN
SeMAMPAN ini pula sama seperti MAMPAN cuma ibarat 'cawangan' di UMP sahaja. Aku telah dicanang-canangkan untuk mengambil alih jawatan presiden dalam AGM yang akan datang. Bagi aku, ini adalah tugasan yang berat, namun aku akan tetap cuba melaksanakan tanggungjawab sekiranya aku dilantik menjadi presiden SeMAMPAN nanti.

3. UMP SAE Team
Sepatutnya sepanjang 20-24 Disember aku perlu ada untuk Bengkel CATIA dan Solidworks yang aku sendiri uruskan program ini, namun akibat kekalutan yang teramat sangat, aku terpaksa tinggalkan rakan-rakanku yang lain menguruskannya tanpa aku kerana aku perlu ke Sarawak.

Satu lagi, SAE-UMP Chapter ada program dengan Perodua pada 29 Disember tetapi aku tak dapat menghadirinya kerana jadual penerbangan aku ke KLIA adalah pada 28 Disember jam 9.30 malam dan perjalanan bas aku dari Puduraya ke Kuantan adalah pada 29 Disember jam 10.30 pagi.

4. Sarawak
Kali ini, pada hujung tahun tidak mengalami hujan sepanjang hari seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku pula terputus dengan hubungan luar terutamanya hubungan internet untuk aku mendaftar subjek aku untuk semester akan datang serta menghantar tugasan-tugasan yang berkaitan dengan MAMPAN.

Tak banyak masa untuk berjalan-jalan bersuka ria. Aku telah pergi ke kebun nenek aku. Tak ada banyak yang aku mampu belikan untuk kawan-kawan aku melainkan beberapa biji kek lapis yang tak seberapa. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu untuk aku kongsikan bersama-sama rakan-rakan aku. Lain kali, aku nak bawa mereka ke Sarawak sama-sama rasa 'keenakan' ulat sagu. Hehehe....

Makanan yang selalu diorder oleh aku dan keluarga adalah mi kolok dan laksa Sarawak. Nak rasa? Mai datang rumah aku, atau silalah ke Sarawak!

5. Wi-Fi Zone
Untuk menghantar tugasan-tugasan aku kepada rakan-rakan aku yang lain, aku terpaksa merayau-rayau di Shah Alam dan Pekan Bau untuk mencari zon Wi-Fi. Walaupun terpaksa menebalkan muka berulang alik dan terperap di tempat yang sama berulang kali untuk tempoh masa yang panjang, aku tak kisah asalkan tugasan siap diselesaikan.

6. Ekspres Sani
Alkisahnya beberapa hari sebelum perjalanan aku dari Puduraya ke Kuantan, berlaku kemalangan maut yang meragut 10 nyawa. Ini mengakibatkan perjalanan aku dibatalkan. Mujurlah ada dua tempat kosong oleh bas Transnasional yang menyababkan aku dapat menjejakkan kaki ke rumah aku yang tercinta.

7. UMP
Aku pulang lewat ke UMP. Aku berasa penat dan malam ini ada meeting.

*****

Berikut adalah beberapa gambar yang menarik untuk aku tayangkan di sini. p/s: aku tak banyak mengambil gambar. Jadi, tak ada harapanlah untuk aku menayangkan banyak gambar di sini.



Nasi Ayam Penyek yang boleh tahan juga rasanya.





Semua ini aku panggang. Ada banyak lagi.





Teh O Ais Lemon yang mantap.


1 comment:

  1. SalaAm..

    Sedap ke mi kolok tu? Dah lama tak makan.. Dulu masa kecil ayah bawa kami makan di kawasan Wisma Saberkas. Bangunan tu rupa dia macam bangunan Tabung Haji sikit.. Tapi lepas pindah ke Bintulu, susah nak jumpa.

    Laksa Sarawak? Whatever you do, don't order it at One Utama. Sebabnya? Masa pertama kali ke One Utama, adik HaWa sengaja pesan Laksa Sarawak. Cuba nak tengok apa orang Malaya tu buat pada orang yang teringin nak makan laksa tu. Nak tengok sejauh mana kejujuran dia. Bila makanan tu siap, kami tergelak. Sebab apa? Itu bihun kari. Bukannya laksa. Tapi sebab tak nak membazir, adik HaWa makan juga. Yalah. Siapa suruh gatal-gatal minta.

    Ulat sag? Pertama kali nampak di Tamu Bintulu. Sejak tu, tugas ke pasar, mak yang ambil alih. HaWa takkan turun ke tamu sebab fobia dengan ulat dan spesisnya. Apatah lagi penjual tu letakkan ulat mulung tu dalam besen-besen besar. Kalau jatuh dalam tu... Bayangkan saja ulat tong sampah tu dibesarkan berpuluh-puluh kali ganda.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.