Di sebalik PRK MPP UMP 2009/2010

Bahang Pilihan Raya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang masih lagi belum hilang. Malah, ia masih lagi membara sepserti baru semalam bermulanya kempen oleh calon-calon yang bertanding. Kehangatan ini tampak lebih membara dengan spekulasi-spekulasi yang mewarnai PRK kali ini.

Aku juga tak terkecuali terkena bahangnya. Malah akulah yang paling teruk 'dibakar' oleh bara kehangatan PRK ini. Mungkin juga disebabkan kelalaian aku, mungkin juga aku disabotaj dan mungkin juga memang sudah ada perancangan yang sememangnya mahu menjatuhkan aku dari awal.

Konspirasi mengawal keputusan MPP untuk sesi akan datang ini sudah lama pun dirancang. Cuma tak ramai yang tahu. Aku juga antara orang yang cuba ditarik menyertai kumpulan yang merancang pelan ini. Namun begitu, aku berjaya menghidu permainan ini dan aku bermain bersama mereka dengan membuat setiap keputusan yang bertentangan dengan pelan perancangan mereka. Aku tak akan menjadi boneka mereka! Aku bukan insan hina yang boleh dikawal dan dijadikan boneka sesuka hati oleh mereka! Mula pada itulah mereka cuba untuk 'membunuh' aku dalam permainan mereka sendiri.

Aku keseorangan menentang mereka yang cuba merancang perpindahan kuasa ini. Sememangnya aku tiada sokongan dari orang lain. Sepanjang perjalanan ke dunia politik aku, aku sentiasa ditembak dan diserang agar aku tumpas, namun mereka buntu dan mati akal. Malah aku masih mampu menyerang mereka semula dan membuat mereka menelan air liur yang suah kekeringan.

Malangnya, mereka telah berjaya 'membunuh' seorang demi seorang mangsa yang tidak bersalah dalam permainan ini. Nampaknya, mereka cuba bermain bersungguh-sungguh. Aku tak boleh mendiamkan diri. Kalau mereka nak bermain, pastikan aku juga bermain bersama!

Aku mula mencari sekutu dalam perjuangan aku untuk memecahkan penguasaan mereka. Ya, aku memang dalam keadaan lemah pada ketika itu. Tetapi, aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku harus tegakkan kebenaran dan singkirkan pelan mereka.

Di sinilah aku memuakan langkah sedikit demi sedikit. Aku bukanlah boneka sesiapa. Aku membina sedikit demi sedikit kekuatan daripada seorang yang tidak langsung dikenali (unknnown) di dalam UMP kepada seorang yang mula dikenali dan dipercayai oleh sebilangan besar pelajar UMP.

Aku dianggap ancaman terbesar oleh mereka yang mahu menguasai MPP. Apa perlu mereka takut? Aku hanya berseorangan. Aku tak miliki kumpulan seperti mereka. Aku tak kuat pun seperti mereka. Aku tak miliki peminat pun seperti mereka. Namun, mengapa aku ancaman terbesar bagi mereka? Kerana mereka sudah tersalah langkah. Aku yang mereka sangka boleh diperalatkan kini menentang kembali.

Hari pertama, kedua dan ketiga aku jalani dengan tiada masalah besar. Malah, aku telah membina satu empayar penyokong aku sendiri. Penyokong aku semakin bertambah dan bertambah. Pada masa yang sama juga, provokasi demi provokasi terhadapku juga bertambah. Namun begitu, aku masih gagah memanjat tangga takhta yang mereka inginkan itu. Mereka terasa tergugat.

Lalu, dilemparkan provokasi-provokasi kepada sekutu-sekutu aku. Malah, salah seorang sekutu aku juga diintip dan diserang oleh orang-orang kumpulan pakatan yang aku tentang itu.

Mujurlah provokasi terhadap sekutu-sekutu aku itu hanyalah seketika. Strategi aku menjadi. Mereka sudah kehabisan isu untuk menjatuhkan aku.

Akhirnya, pada hari keempat, mereka berjaya juga mencari sesuatu untuk menjatuhkan aku dengan dasyat sekali - dengan melontarkan fitnah terhadap aku. Mereka ingat aku tak tahu siapa yang merancang semua ini? Aku tahu. Aku tahu siapa yang sanggup 'menyelongkar' blog aku sehingga yang bertarikh empat bulan yang lepas. Megapa perkara empat bulan yang lepas juga sanggup mereka gunakan untuk menjatuhkan aku? Nampak sangatlah permainan kotor mereka ini. Hati mereka sudah bernanah dengan kebencian terhadapku. Provokasi-provokasi terus menyerangku. Mereka terus mengapi-apikan pelajar dari Kelantan yang menyatakan aku menghina ulama. Padahal, aku melontarkan kritikan. Bukannya penghinaan dan cacian. Kalau aku nak hina semata-mata, tak perlulah aku meletakkan dalil-dalil dan kisah sirah Rasulullah dalam penulisan aku itu.

Nampaknya, mereka menyiram minyak ke dalam bara. Mereka seperti tak takut apa yang akan berlaku. Mereka sangkakan apabila aku telah diprovok dengan dasyat, dan diserang dengan serangan-serangan peribadi, aku tak berani berhadapan dengan semua orang? Mereka silap. Aku tak takut dengan semua itu. Aku tetap berdiri menunjukkan bahawa aku masih berdiri gagah untuk berjuang hingga ke akhirnya. Aku berjuang demi MAHASISWA UMP, bukannya atas ideologi politik, bukan kerana aku benci ulama, dan bukannya kerana mahukan kuasa. Aku berjuang atas perjuangan nasib MAHASISWA. Aku mahu membimbing MAHASISWA untuk berjaya. Berjaya dengan usaha dan kegigihan diri sendiri. Bukannya dengan menghasut dan menjatuhkan orang lain.

Mereka sangka aku lemah. Mereka sangka aku ini lembik. Tidak.... Mereka ini yang sebenarnya lemah dan lebmik. Takutkan bayang-bayang sendiri. Sanggup memperalatkan rakan-rakan sendiri untuk kepentingan sendiri. Sanggup meninggalkan rakan-rakan sendiri semata-mata mengejar kekuasaan. Inilah mereka. Menggunakan tiket agama untuk menunjukkan mereka ini 'bersih'. Bersih sangatkah mereka semua ini? Jika aku lontarkan sahaja bukti-buktinya, dengan sekelip mata imej dan maruah mereka akan rosak ibarat diperkosa.

Wahai sahabat sekalian. Sedarlah wahai sahabat. Mereka bertindak seperti merekalah "Freemason" di dalam UMP. Merekalah yang cuba merancang segala-galanya. Janganlah kamu semua terpedaya dengan mainan kotor mereka. Aku sudah menjadi mangsanya. Namun, aku tetap akan memperjuangkan kebenaran.

Siapakah mereka? Siapa konco-konco mereka? Apakah mereka? Tak perlulah aku huraikan. Rahsia ada di dalam genggamanku. Sekali ia tersebar, maka musnahlah kau semua. Kau fikir aku boleh dijatuhkan lagi? Fikirlah... jangan sampai kau yang terjatuh. Masa depan kau ada di dalam tangan aku. Jangan kau ganggu lagi mereka semua. Jika sekali kau cuba campur urusan mereka, maka teruklah padahnya. Musuh lamamu akan kembali menegakkan perjuangan kebenaran.

Allahu Akbar!

Post a Comment

11 Comments

  1. steady je syam.. bia je mereka dan golongan mereka 2.. kpd yg mmg merancang sume ni.. korang ni mmg memalukan tol la.. bg la peluang stdent ump utk dcide sndri spe diorg nk sbg pemimpin tnpa dipengaruhi ssape.. tp korang gne pengaruh korang smpi sume jd haru biru... hmmm.. igt2 la... korang lg pndai agama dari aku.. org yg mnyalahgunakan kuasa.. lg teruk akibatnya nnt..

    ReplyDelete
  2. btol tu kucai... dah la menjatuhkan sesama saudara sendiri... brainwash student ump lak tu... kotor sungguh.

    ReplyDelete
  3. pehal la diorg nk bongkarkan blek bnde2 lame ni..mmg sengal sgt..cm xyah pon xpe la..xde org perfect kot...tersalah silap tu mmg bnde normal la...mcm la yg bongkarkan bnde alah tu perfect sgt..wat keje mcm puake..xyah nk lbey2 sgt kot...sengal ah die..xpe la syam...skang ko tgglkan j la bnde ni..fokus ngn sae je ek...bnde ni biar la ALLAH judge mgkok tu kat akhirat nnti..cmne pon die bahan ko, ingt...kitorg yg knal ko ni stil ad,..bkan takat kat blakang, kat dpan, kiri n kanan...
    troskan idop syam..idop syam!=]

    ReplyDelete
  4. Anyway, thanks friends! Aku hargai sokongan korang. Tanpa korang yg bg sokongan, belum tentu aku dapat terus berdiri. Apa pun, perjuangan aku masih belum selesai. Banyak kerja yang masih perlu aku perhati dan selesaikan.

    ReplyDelete
  5. bro..gua tw..stress level mereka sume kurang didedahkan cm geng kita yg elite n ulang alik pekan ne. tgok la 2, 3 bulan lg..terumbang ambing nk manage..haha..kita tgok la der..caya la..mmg xleh keje lam extream condition tue..haha

    7

    ReplyDelete
  6. ske ati ko la nk tlis pe pn yg pntig ko happy, n ni hasil tulisan ko, ko tlis la n bogkar la, supaya orng thu ulama or orng blk ulama yg btul or slah. truskan usaha ko syam 4 bongkarnye

    ReplyDelete
  7. aiyo abg hisyam..yg abg hsym ckp ulamak tu sewel npe??

    ReplyDelete
  8. btol2 anon d atas... (n_n)
    ak pon ade bce yg abe hise ni ade ckp 'mr. nick' tu sewel..then 2nd entri pulok abe hise kata xpnah guna kata2 kesat kat 'mr nick'..selama aku belajar, xpnh ag aku diberi tahu sewel tu bukan kata2 kesat..

    ke nk kena copy paste balik aper yg dah ditulis???

    msa baca 1st entry xder ah aku marah sgt..sebab normal la manusia wat silap..

    bila mitak maaf pn aku ok jer..tp bila dah mitak maaf, abe hise wat xngaku gtu knpa lak..itu lah yg jd kemarahan kpd sume pnghuni hutan...
    mksud ak pnghuni utan tu pon mrah gk kot klu thu ko ckp mcm keling...
    ayoyoyoy...

    0_o

    ReplyDelete
  9. SalaAm..

    Tak apa. Biasalah tu. Dugaan.

    Kat kampus ni lagi pelik. Kitorang yang nak masuk mengundi esok diherdiknya. Last2 pakat satu kelas tak undi budak tu. Dahlah satu fak je yang kena prk. Fakulti lain semuanya menang tanpa bertanding. Orang yang datang mengundi pula tak sampai 50%. Mungkin pengaruh sebab hari tu antara hari yang paling banyak kuliah. 28/250 mesti banyak pengaruh, kan?

    Ada juga manusia yang macam tak nak diundi dalam dunia ni...

    ReplyDelete
  10. abe syam..jwpla npe abe ckp mr nick sewel..sy nk tau ni..bkn kata2 hinaan ke sewel tu..pliz abg..sy nk tau..klu abg nk jadi pmimpin xleh cmni..kna jwp..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)