Ceriakan Firefox Dengan Personas

Firefox kini melangkah maju dengan versi Firefox terbaru iaitu Firefox 3.6 yang mempunya lebih banyak aplikasi dan kelajuan layaran yang lebih pantas. Apa yang menjadikannya lebih menarik adalah Firefox kini dilengkapi dengan satu aplikasi baharu iaitu Personas. Apa yang dimaksudkan dengan Personas ini adalah kita boleh 'menghias' browser anda dengan apa-apa imej yang anda gemari.

Aplikasi ini sungguh menarik dan semestinya dapat menghilangkan 'kebosanan' dalam melayari internet dan sekaligus juga mengurangkan kelesuan browser yang digunakan. Applikasi ini serupa dengan aplikasi yang pernah digunakan oleh sebuah pembangun aplikasi yang dinamakan Hotbar untuk digunakan pada Internet Explorer 4 dan 5 malah tetingkap Windows Explorer sedekad yang lalu.

Kembalinya aplikasi ini juga mengembalikan kenangan semasa Internet Explorer masih menjadi tetingkap pelayar yang paling popular di samping Windows 98 merupakan sistem operasi yang paling gemilang pada zamannya.


Tetingkap Internet Explorer semasa zaman Hotbar.


Laman web Hotbar sedekad yang lalu.

Applikasi ini masih diteruskan semasa sistem operasi yang lebih terbaru diperkenalkan seperti Windows 98 SE, Windows ME dan Windows 2000 sehinggalah diperkenalkan Windows XP yang sekali gus menguburkan aplikasi ini. Setelah sedekad berlalu, Firefox pula menghidupkan kembali aplikasi ini dengan nyawa yang baharu yang dinamakan Personas.


Mozilla Fifox 3.6 dengan Personas.

Gambar di atas adalah Firefox yang aku gunakan pada laptop aku. Banyak lagi corak dan pilihan yang boleh dipilih. Cuma perlu ke laman web Personas untuk memilih daripada lebih 35, 000 pilihan! Kini, apa lagi. Cubalah sekarang!

*****

Pautan berkaitan:
- Personas for Firefox

*****

Nota Kaki:
1. Kepada peminat Lotus Racing, bolehlah guna Personas yang telah aku cipta dan kongsikan. [Klik di sini] untuk dapatkan hiasan Lotus Racing di browser Firefox korang! Banyak lagi yang akan aku kongsikan nanti!

Post a Comment

5 Comments

  1. wow! thanx a lot syam for sharing this item.this is really cool.da x bosan da menghadap firefox yg dull..hehe

    ReplyDelete
  2. bagus2... personas memang cun... aku dah pakai last year, tapi mungkin tak sesuai ngan spec laptop aku, tu yang memberatkan firefox aku... tapi firefox the best! skang aku pakai memang basic firefox laa... ngee~

    ReplyDelete
  3. @Nad - Hehe...pas nih leh letak muke bf Nad lak kat browser....lagi xbosan...hehe

    @Adeq - Aku dah try gak yg last version punyer, bkn masalah spec laptop, tapi Firefox 3.5 xcukup power nak support. Skang ni utk Firefox 3.6, Personas really make me terpesona!

    ReplyDelete
  4. ye ea? orait!!! skang install firefox 3.6! ngee~

    ReplyDelete
  5. smart2...dulu aku pkai theme google chrome..skrg ni pkai personas r pulak...nanti ko buat la personas yg mcam2 lagi k...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)