Debaran Lotus F1 Team

Kalau nak pilih antara Mercedes GP Petronas dengan Lotus F1 Team, pasti yang akan alami dilema terbesar dalam hidup mereka yang sangat cintakan Formula 1. Kedua-dua pasukan ini boleh diibaratkan nadi kehidupan Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia pasti berasa sangat berbangga dengan kemajuan sukan permotoran negara seperti yang telah kita kecapi sekarang. Namun begitu, dalam dilema yang dirasai, pastinya kita takkan melepaskan kedua-dua pasukan kesayangan kita. 25 Januari lalu telah menjawab segala persoalan tentang jentera Mercedes GP Petronas iaitu dengan pelancaran kereta pertama mereka iaitu MGP W01 yang akan dipandu oleh Michael Schumacher dan Nico Rosberg. Seterusnya pula, pada tarikh hari ini pula yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, kereta pertama Lotus F1 Team akan dilancarkan di The Royal Horticultural Hall, London.

Pelancaran kereta pertama pasukan ini juga menjadi penantian peminat-peminat pasukan Lotus F1 Team yang bakal memberi saingan kepada pasukan handalan seperti Vodafone McLaren Mercedes, Scuderia Ferrari, dan lain-lain.

Namun begitu, pada 9 Februari yang lalu, Lotus F1 Team telah menjalankan satu sesi ujian tertutup di litar Silverstone buat pertama kalinya. Dalam ujian itu juga, satu gambar spy telah ditangkap oleh sebuah laman web 'ermotoran. Gambar ini juga merupakan satu-satunya gambar yang berjaya 'diseludup' keluar dan dihebahkan di internet.


Warna hijau gelap dan kuning menjadi warna utama kereta pertama Lotus F1 Team.

Gambar ini ditangkap ketika Fairuz Fauzy memandu uji kenderaan pertama pasukan ini.

Kita nantikan sesi pelancaran kereta pertama Lotus F1 Team dalam beberapa jam sahaja lagi.

Sumber:
- Autosport.com

Post a Comment

0 Comments