Lotus Racing: Penantian Sudah Terjawab!

Setelah sekian lama, kereta untuk pasukan Lotus Racing telah dilancar dengan gemilangnya. Lotus Cosworth T127 ini telah dibangunkan dalam tempoh hanya lima bulan merupakan satu bukti kejayaan negara dalam bidang kejuruteraan serta dalam dunia automotif.

Seterusnya, amatlah diharapkan agar pasukan ini akan berjaya menyaingi pasukan-pasukan handalan dan seterusnya berjaya memenangi perlumbaan dan akhirnya hingga ke juara dunia. Tiada yang mustahil. Kita telah menunjukkan bahawa Malaysia Boleh dan kita boleh melakukannya.


Logo Lotus Racing

Logo di atas adalah Logo Rasmi terbaru pasukan Lotus Racing yang akan membawa semangat rakyat Malaysia di atas litar lumba. Selain itu, Lotus Racing juga melancarkan laman web baharu mereka serta Fan Page Facebook terbaru.



Marilah sama-sama kita menyokong harapan negara dalam dunia automotif dunia.

*****

Nota Kaki:
1. Tak sabar juga melihat jentera Lotus dan Mercedes yang kedua-duanya membawa nama Malaysia untuk bersaing di litar lumba.
2. Bilalah pula kereta aku nak siap. Harap dapat selesaikan masalah duit sebelum tamat bulan Mac.

Pautan berkaitan:
- Laman Web Rasmi Lotus Racing
- Twitter Lotus Racing
- Fan Page Facebook Lotus Racing
- Flickr Lotus Racing
- Youtube Lotus Racing

Post a Comment

0 Comments