Trafik terkejut!

Ini ada kisah yang berlaku baru sahaja beberapa hari lepas. Kejadian ini berlaku akibat daripada blog aku jugalah. Ah, tak perlu lagilah aku nak ungkit. Dah bulan Februari pun. Kita buka buku baharu. Kalau ada lagi yang nak 'baca' buku lama, itu mereka punya sukalah. Tak pasal-pasal, kalau aku tambah note sikit sahaja lagi dalam buku lama, aku juga yang kena 'tibai' lagi. Sudah-sudahlah, ya. Aku hormati pendapat korang, aku dah terima 'ucapan' korang. Aku tak nak ungkit lagi.

Untuk kali ini, akibat kejadian itulah, trafik blog aku mengalami 'demam terkejut'. Macam manalah pula blog aku mengalami 'demam terkejut' ni? Demam terkejut ni berlaku pasal apa yang berlaku di blog aku inilah. Kepada sesiapa yang dah tahu, baguslah tahu, kepada yang tak tahu, buat-buat tahu sahajalah. Cuma jangan bawa tauhu ke blog aku sudah.

Blog aku mengalami 'demam terkejut' kerana jumlah trafik yang masuk ke dalam blog aku melambung mendadak-dadak. Situasi ini bukan sahaja berlaku dalam blog ini, juga berlaku di blog aku yang merah tu... Bicara Si Pemikir namanya. Bolehlah dikatakan blog yang kembar tapi tak seiras. Yang satu ni darah biru, satu lagi darah merah. Darah hijau sahaja belum ada. Yang ungu dan oren dah ada.

Balik kepada apa yang nak aku sampaikan, di sini aku nak tunjuklah beberapa gambar imej yang menunjukkan betapa ketaranya peningkatan trafik ke blog aku sehingga 1400% dalam masa sehari sahaja!

Klik untuk pembesaran bagi imej trafik Fadzrulhisyam: Blog

Klik untuk pembesaran imej trafik Bicara Si Pemikir

Kalau lihat kepada jumlah trafik Fadzrulhisyam: Blog, jumlah tertinggi yang pernah aku capai sepanjang lebih kurang dua bulan sebelum tercetusnya fenomena abnormal ini hanyalah 63 lawatan sahaja pada 30 Disember 2009. Bagi trafik Bicara Si Pemikir pula, rekod tertinggi adalah sebanyak 17 lawatan pada 9 Januari 2010.

Agak mustahil bagi blog yang tak pernah terniat untuk orang melawatnya, secara tiba-tiba melambung hingga lebih 400 lawatan dalam masa sehari! Memang demamlah kedua-dua blog aku pada ketika itu! Pada masa yang sama juga, aku pun 'demam' sebab dihentam bertubi-tubi.

Aku tak pernah terfikir pun aku akan menerima 'lawatan' yang begitu ramai. Nak buat open house pun tak cukup bajet dibuatnya aku. Kalau aku letak iklan pada blog aku yang mengira jumlah kehadiran pengunjung blog, pasti banyak untuk bagi aku pada ketika itu. Aku pun boleh redeem wang pendapatan iklan aku untuk beli telefon bimbit baharu yang dah tinggal seinci dua sampainya ajalnya.

Apa pun, tujuan aku untuk menayang jumlah trafik ini bukanlah untuk riak atau bangga dengan jumlahnya. Malah, aku tak berbangga langsung dengan fenomena ini kerana aku mengalami kepahitannya pada tempoh tersebut hinggalah kini. Tak pastilah bila boleh aku padamkan kepahitan itu dari diri aku sendiri juga dari diri orang lain.

Namun begitu, aku menerima keadaan ini sebagai dugaan Allah terhadapku. Aku sedang diuji dan Allah pasti takkan menguji hambaNya melampaui kemampuan hambaNya sendiri. Inilah asam garam kehidupan. Bak kata seorang kawan lama aku, kalau tak berani hadapi cabaran, jangan hidup, pergi mati sudah. Hehe... agak kasar bunyinya. Namun itulah hakikatnya. Kalau tak berani mengambil risiko, janganlah pandai-pandai berani nak mencuba.

Walau apapun, masa akan terus berlalu. Takkan menunggu lagi. Masa takkan mengajar kita erti kehidupan, tetapi pengalaman dalam sesuatu tempoh masa yang mendidik kita erti kemanusiaan. Bak kata cikgu aku, jangan belajar dari kesilapan, kerana yang silap itu tetap silap, namun belajarlah dari pengalaman membuat keputusan yang silap kerana pengalaman itulah yang akan mendidik kita membuat keputusan yang betul suatu hari nanti.

*****

Nota Kaki:
1. Pertama kali masak nasi goreng, hangit jadinya. Kali seterusnya, sudah pandai kawal api, nasi goreng pun jadi sedaplah. Lepas ni nak belajar buat kek pula.

Post a Comment

4 Comments

  1. haa...jangan belajar dari kesilapn 2 ustaz shamwil yg bgtau kan?...

    ReplyDelete
  2. Sama ada ust shamwil or bro mangkok yg kate...tp xkesah r...yg pasti mmg dr otai2 kite tuh yg bg tau...hehehe

    p/s: Bkn sbpi sini, tp sbpi kat afrika selatan tuh...

    ReplyDelete
  3. Yes indeed, in some moments I can phrase that I acquiesce in with you, but you may be considering other options.
    to the article there is still a question as you did in the fall delivery of this solicitation www.google.com/ie?as_q=ebay auction sniper pro edition 3.12 ?
    I noticed the phrase you suffer with not used. Or you partake of the pitch-dark methods of development of the resource. I have a week and do necheg

    ReplyDelete
  4. aah...bro yg bgtau ayat 2...silap la pulak...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)