Mujur aku lewat 3 saat

Apa yang mahu aku ceritakan di sini bukan lagi kisah cerita karangan Darjah 3 yang kononnya aku menolong orang kemalangan mahupun kebakaran. Sebaliknya, kisah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku di hadapanku dan aku terlibat sekali dalam operasi menyelamatkan mangsa kemalangan yang berlaku di Jalan Pintasan Kuantan (Kuantan Bypass) pada 12.15 tengah hari semalam.

Aku tiba di kawasan kejadian kira-kira 3 saat selepas berlakunya kemalangan itu dengan bermotosikal di dalam hujan. Aku terfikir kembali, mujurlah aku lewat 3 saat. Mungkin lampu isyarat di simpang masuk ke lapangan terbang 'melambatkan' aku untuk tiba di tempat kejadian. Jika tidak, pasti Proton Persona yang terpusing dan terhumban ke dalam parit akan menyeret aku sekali bersama.

Setibanya aku di tempat kejadian. Orang ramai baru sahaja menoleh muka untuk melihat apa yang terjadi di jalan raya tersebut. Aku pula pada masa itu telah memperlahankan motosikalku kerana melihat kereta-kereta di hadapanku memperlahankan kenderaan mereka secara tiba-tiba. Lalu apabila aku lihat dua buah kereta remuk dan salah satunya terhumban ke dalam parit, aku terdetik mahu memberhentikan motosikalku di tepi jalan.

Pada asalnya, aku terkaku tak tahu nak buat apa, tetapi aku mewaraskan diri dengan menelefon 999 sambil aku menjawab soalan yang operator tanya. Aku pelik juga, operator ni bukan ada pusat operasi di kuantan ke? Apabila aku kata di hadapan SK Bukit Rangin dan jalan Kuantan Bypass dia tak tahu mana tempatnya. Nak marah, mungkin juga aku yang terbelit-belit perkataan aku.

Selesai kerja menelefon, aku bergegas ke Proton Persona yang terhumban ke dalam parit untuk menyelamatkan sesiapa yang harus aku selamatkan. Sampai sahaja aku ke kereta tersebut, tiga kanak-kanak dan dua dewasa telah berjaya diselamatkan manakala pemandunya tersepit. Aku cuba membantu untuk mengeluarkan pemandu tersebut dan akhirnya, pemandu itu berjaya dikeluarkan.

Pemandu dan penumpang Proton Persona mengalami kecederaan ringan dan mereka dihantar ke hospital. Kisah sebaliknya berlaku kepada pemandu Proton Saga yang juga terlibat dalam kemalangan itu. Keretanya hancur dan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian. Apa yang menyeramkan aku lagi adalah apabila melihat cecair merah pekat di atas jalan raya dan mayat manusia yang pada asalnya aku terfikir, tak rimaskah orang ini ditutup muka dan seluruh badannya? Kemudian barulah aku sedar bahawa dia telah meninggal dunia.





Proton Saga yang remuk.

Proton Persona yang terhumban ke dalam parit.

Semasa kejadian ini, boleh dilihat beberapa jenis manusia yang boleh kita kata mereka ini perihatin ataupun tidak. Kepada mereka yang sanggup menghulurkan bantuan kepada mangsa, tahniah dan syabas atas keperihatinan anda. Mungkin aku tak banyak membantu sekadar menghulurkan tangan dan membuka ruang yang lebih baik untuk menyelamatkan pemandu yang tersepit, namun kesanggupan dan keberanian mereka untuk menghadapi risiko kereta akan terbakar ataupun meletup tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi mereka, menyelamatkan mangsa adalah lebih utama.

Ada juga yang aku tak pasti mahu kategorikan sebagai apa. Ada yang hanya berhenti, melihat, mengambil gambar, dan pergi tanpa menghulurkan apa-apa bantuan. Inilah yang mengecewakan kerana tiada inisiatif untuk mereka lakukan bagi membantu mangsa kemalangan. Mamat-mamat Bangla yang bekerja di stesen Shell yang terdekat lebih mulia hati mereka kerana sanggup melintas jalan raya yang bahaya dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang mahu menyelamatkan mangsa kemalangan.

Kejadian ini mengingatkan aku kepada hilangnya kepercayaan aku terhadap geseran tayar dan jalan raya di kala dalam hujan. Sehingga kini, aku akan mengambil tindakan keselamatan 150% sekiranya memandu di dalam hujan.

Mungkin ada yang dah biasa dengan kejadian kemalangan ini. Mungkin ada yang dah biasa dengan mayat di depan mata, dan ada yang dah biasa dengan perasaan yang tegang dan menakutkan ini. Namun, pengalaman ini mengajar aku untuk lebih peka dengan keselamatan diri aku. Sedangkan orang yang berada di dalam kereta boleh mati, inikan aku yang menunggang motosikal. Pastinya akan menjadi lebih teruk.

*****

Nota kaki:
1. Kepada semua bakal pembeli kereta, Proton Persona adalah salah satu kereta terbaik untuk korang. Badan dan casisnya adalah kuat dan ini terbukti dalam kejadian ini. Apa pun, belilah yang kategori hi-line untuk perlindungan keselamatan maksimum.

2. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

Post a Comment

6 Comments

  1. ini yang masuk paper tu kan??
    ish3.

    papepun syabas untuk ko yang cepat ambil tindakan. kalau aku mybe aku still tercengang lg...

    ReplyDelete
  2. takutnye aq dga..

    -anne-

    ReplyDelete
  3. ngerinya :( this is why I takut sangat kalau naik keta time hujan esp hujan lebat. huhuu..

    ReplyDelete
  4. waa..syabas2..
    tp still ngeri tgk picture itu

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)