Hobi Atau Tabiat? III

Jika ada di antara korang pernah membaca entri aku sebelum ini, pasti akan pernah ketemu dengan entri Hobi Atau Tabiat I dan Hobi Atau Tabiat II. Kedua-dua entri ini memaparkan kisah aku yang gemar menyimpan duit syiling. Kepada yang masih belum pernah melayan entri-entri tersebut, rajin-rajinlah klik pada tajuk entri itu.

Nak dipendekkan cerita, untuk tahun ini, aku masih lagi menyimpan duit syiling. Malah, jumlah simpanan untuk kali ini meningkat daripada tahun sebelumnya. Berikut adalah 'laporan' kewangan syiling aku.

*****

Kadar pertumbuhan pendapatan syiling pada tahun ini meninggkat mendadak berbanding tahun sebelumnya. Statistik ini diambil berdasarkan tempoh setiap setahun pengajian iaitu setiap dua semester. Berbanding jumlah pendapatan pada tahun lepas, jumlah keseluruhan yang diperoleh untuk di UMP sahaja pada tahun ini meningkat sehingga 66.65%.

Kadar peratus pertumbuhan yang besar ini adalah disebabkan kadar perolehan yang tinggi dalam urusan jual beli di dalam dan luar kawasan. Walaupun pada tahun ini dunia mengalami kegawatan ekonimi global dengan kadar pertumbuhan defisit, namun kegawatan ekononi global ini tidak memberikan kesan yang besar dalam pertumbuhan perolehan tampatan.

Selain aktif dalam urusan jual beli dan dagangan, pertumbuhan perolehan pada tahun ini juga adalah disebabkan oleh kebijaksanaan untuk mendapatkan baki syiling secara maksima. Tambahan pula, banyak urusan dagangan melibatkan pertukaran wang baki yang memerlukan penggunaan syiling. Oleh sebab itulah proses dagangan ini telah menjadi salah satu agen utama pertumbuhan pandapatan syiling pada tahun ini.

Hasil audit tahun ini mendapati, jumlah hasil terkumpul setiap nilai syiling adalah seperti berikut:

1. 50 sen = RM86.00
2. 20 sen = RM61.20
3. 10 sen = RM40.90
4. 5 sen = RM0.70
5. 1 sen = RM0.27
----------------------
Jumlah = RM189.07
----------------------

Sasaran hasil pendapatan untuk tahun ke hadapan dijangka meningkat sekitar 5-10% dan peningkatan ini juga adalah berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi negara dan juga dunia serta keaktifan dalam operasi perdagangan.

*****

Semua syiling yang disusun.

Bekas tempat aku simpan kesemua syiling aku.

*****

Nota Kaki:
1. Berapa banyak dah aku berbohong kepada cashier di seluruh Malaysia yang aku ini tak ada syiling di dalam poket, sedangkan kalau dikocak poket, gerenti penuh dengan syiling.
2. Patutlah duit rasanya selalu cepat habis. Ke sini rupanya.

Post a Comment

4 Comments

  1. wow...byknye duti syiling da bertmbh...kalu aku ade time ko berdagang pasni, aku gtau cashier2 kt msia yg ko ske tpu dorg...hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..hebat2...sedekah sket..hehhe :P

    ReplyDelete
  3. @fazliana
    Haha...jgn...xbek bg tau...aku nak kumpul lg byk syiling ni...

    ReplyDelete
  4. @Nadzirah
    Hehehe...utk pe? basoh baju? ngeee....sayang kat syiling2 ni...huhu

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)