Conjunctivitis dan Surat MC

Kisahnya mula berlaku pada malam tadi. Setelah aku tersedar dari lena jam 3.00 pagi di kala rakan serumah aku baru pulang dari menjamu selera, aku dah tak boleh tidur sehinggalah jam 4.30 pagi. Pada ketikanya untuk aku kembali ke dunia fantasi aku, mataku mula meradang, gatal semacam sahaja. Nak tidur pun tak ada nikmat. Namun, aku biarkan sahaja. Aku sedar yang mataku pedih dan mula berair.

Lalu apabila sudah paginya, aku pun cubalah untuk membuka mataku. Nak buka, bolehlah tetapi untuk buka luas-luas tak boleh. Mata berair dan membengkak. Aduhai, ini akan menyusahkan aku untuk hari ini. Sudahlah banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang aku masih belum dapat selesaikan lagi. Mata mula nak ada masalah pula.

Lalu aku pergi ke pusat kesihatan pelajar. Jumpa doktor yang pernah dahulu aku jumpa semasa aku demam di kala gelombang H1N1 menyerang tanah air. Perjumpaan dengan doktor ini menyebabkan beberapa perkara terjadi:

- Aku pergi jumpa doktor dengan sukarela tanpa paksaan sedangkan aku ini liat untuk berjumpa dengan doktor,

- Aku dapat surat MC daripada doktor di kala aku tak memerlukannya,

- Aku perlu dikuarantinkan selama seminggu,

- Aku meredah hujan dengan berjalan kaki sejauh lebih 2 kilometer.


Aku tak perlukan surat MC kerana aku masih ada banyak perkara dan kerjakerja yang perlu diselesaikan. Kalau aku bercuti, terkuburlah seminggu masa yang amat berharga dalam hidup aku ini! Sampai bila pun projek takkan dapat disiapkan.



Lokasi kejadian. Mata kanan sihat wal afiat.



Artifak yang aku tak perlukan dikala waktu begini. Lainlah jika waktu sesi pengkuliahan.

Hari ini, Conjunctivitis mengganggu hidupku. Aku harap, tiada apa lagi yang mengganggu urusan kerjaku untuk hari-hari yang akan datang.

Aku tak perlukan cuti, dan aku takkan bercuti, dan aku tak mahu bercuti. Ada siapa yang masih belum jelas? Cuti hanya merugikan masa kerja aku!

*****
Nota Kaki:
1. Ejaan Conjunctivitis yang betul hanya aku peroleh apabila aku meng-Google nama penyakit ini. Lalu aku mendapat cadangan dari Mr. Google. Mr. Google hebat!
2. Untuk berjumpa dengan doktor, aku berlu berbahasa Inggeris. Maka, aku sempat menggunakan Google Translate untuk mencari perkataan bengkak dalam bahasa Inggeris. Malangnya, aku terlupa perkataan air mata dalam bahasa Inggeris semasa aku berjumpa dengannya.
3. Bahagia hidup bersama Mr. Google.

Post a Comment

3 Comments

  1. wuuuuuuuu..tanak pandang mata die..takot...nanti jangkit...tamo...tamo...!
    huhu...nasib baik dah p klinik cecepat kan..kan..

    ReplyDelete
  2. sebab apa boleh kena gtu ek? red eyes ek..takut nak tgk mata tue.

    ReplyDelete
  3. @cik aidacomei
    hehe... nak pandang jugak! hehe... mmg g klenek tros pon...walau xsuke g klenek...

    @Miss Eyda
    ntah ler...xtau nape...red eyes ni ble dah jadi watak jahat...hehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)