| 5 comments ]
Makluman kepada semua geng graduated INTEPianz 2006, dimaklumkan bahawa Maisarah Mohd iaitu bekas Ketua Asrama Puteri (Aspuri) 2006 dan bendahari Pengawas 2006 telah pulang ke tanah air sejak seminggu yang lalu. Hal ini telah dimaklumkan kepada aku oleh tuan punya badan sendiri setelah menelefon aku sebentar tadi yang juga memerangkap orang pertama di kalangan kawan-kawan INTEPnya yang dia hubungi (bangga sekejap...hehehe).

Setelah beberapa perbincangan, dia mungkin akan merantau ke kawasan yang ada banyak kawan-kawannya dahulu. Selain itu juga, dia nak bagi buah tangan dari UK yang dah diperam sejak setahun yang lalu. Mesti barang baik punya. Cuma ada satu perkara yang tak dapat dia penuhi order aku dari UK: awek minah saleh bagi setiap daerah di UK...haha. Tak apa, aku tak kisah. Asalkan lain kali kalau dia nak ke Old Trafford, dia kena ajak aku sekali. Penyokong Manchester United mana boleh tinggal penyokong lain. Ajaklah berseronok sekali.

Apa-apa pun, selamat pulang Maisarah dan raikanlah Hari Raya bersama keluarga tercinta setelah pernah kau terlepaskannya. Akhir sekali, aku nak duit raya dari kau. Tak banyak. Lima puluh sahaja... lima puluh Pound Sterling.

Ini muka lama dia, empat tahun yang lalu. Muka sekarang tak tahulah. Makin comel ataupun makin banyak jerawat.
*****
Nota Kaki:
1. Syaie, Ain, Qetak, Edham, Ammar, & Pesa. Di mana korang? Jom kumpul ramai-ramai.

5 comments:

  1. syam, aku la abndahari pengawas... dia s/u..... suke2 ko tukar jwtan org...

    ReplyDelete
  2. Ha...you! I silap! Itulah, I lupe...dah 4 thn, mane I ingat! hahaha....

    ReplyDelete
  3. you nie pemalas.... len kali rajen2 belajar... kan da salah...i cakar nk??

    ReplyDelete
  4. you degil.... i cakar you... haaa youuuu...!!!!!

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.