Kisah Tepung dan Telur

Tanpa telur dan tepung dalam dunia ini, pasti tidak lengkap kehidupan kita. Iyalah, Secret Recipe tak boleh beroperasi, tak adalah Big Apple, nasi goreng Pattaya punt takkan wujud di dunia, cucur kodok a.k.a cekodok pun takkan ada untuk kita nikmati.

Bernilai sangatkah telur dan tepung ni? Kalau nak dibandingkan dengan emas dan wang, taklah seberapa. Namun begitu, dengan sekilo tepung dan sesarang telur boleh jadi amat berharga kepada mereka yang sangat memerlukan. Manakan tidak, apabila kerajaan menaikkan harga tepung dan telur, sudah ada piket sana sini. Habis semuanya dihentam katanya kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat.

Baiklah, marilah kita imbas renungi diri kita sebagai rakyat... dan manusia. Dari banyak tepung dan telur yang kita beli, berapa banyak sangat yang kita gunakan? Berapa banyak yang telah kita bazirkan?

Aku dapati bahawa ada di kalangan kita ini memang tidak pandai menghargai apa yang telah kita nikmati selama ini. Bukan nikmat harga tepung dan telur yang rendah, tetapi nikmat mendapat bekalan tepung dan telur. Ada jenis manusia, membeli tepung sehingga tujuh-lapan kampit tepung dan besarang-sarang telur hanya semata-mata untuk dibaling dan ditaburkan sahaja dalam majlis hari jadi sebagai contoh. Ini sungguh membazir! Lebih baik jika telur dan tepung itu dibuat kek besar-besaran dan diagihkan kepada semua rakan-rakan si penyambut hari lahir. Ini lebih berfaedah.

Ini baru sahaja satu perkara diceritakan. Walhal banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan pembaziran telur dan tepung di kalangan kita semua. Untuk kes-kes lain, pandai-pandailah fikir ya.

Kepada semua rakyat dan manusia di sana, tidak layak langsung kamu nak merungut jika harga telur dan tepung naik beberapa sen sedangkan kamu sanggup membayar berpuluh ringgit untuk membeli tepung dan telur yang semata-mata akan dicampak dan dibaling kemudiannya. Kepada yang masih tak faham, orang yang sukakan pembaziran begini, jangan merungut! Tidak layak untuk kamu berbuat sedemikian!

Peringatan ini juga bukan untuk telur dan tepung sahaja, malah untuk semua perkara. Jangan membazir.

Tepung dan telur jika dibuat kuih atau roti pasti enak. Lebih bermakna jika dapat disedekahkan kepada yang memerlukan.

Post a Comment

2 Comments

  1. manfaatkan penggunaan telur n tepung dengan sebaiknya...

    ReplyDelete
  2. halooo syam! lama x singgah mengomen. hehe,
    bagus jugak pandangan syam. mmg skunk org ske membazir dgn cr baling2 tepung n telur, bila jd camni, bebel nye x abes2..zzz

    papepun, jgn membazir pendek kata, peace! ;)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)