| 0 comments ]
Jumaat hingga Ahad lalu merupakan hari yang besar bagi aku iaitu program Konvensyen Anak Pahang dan Mesyuarat Agung Takunan MAMPAN kali ke-6.

Kehidupan aku bersama MAMPAN tidaklah lama, tetapi tetap meninggalkan kesan di dalam hati. Kemesraan ahlinya yang ibarat satu keluarga meninggalkan pengalaman yang sangat menarik. Selain itu, MAMPAN jugalah yang memperkenalkan aku kepada bangunan Yayasan Pahang sebagai rumah kedua aku.

Ahad lalu, setelah melepaskan tanggungjawab kepada Majlis Kerja MAMPAN yang baharu, perasaan aku bercampur baur kerana melepaskan sesuatu yang disayangi amatlah sukar dirasakan. Namun begitu, aku tetap memikirkan, ini adalah untuk kebaikan MAMPAN itu sendiri.

Tahniah kepada Paan dan Dila yang berjaya memenagi kerusi Presiden dan Setiausaha Agung MAMPAN dalam Pilihan Raya MAMPAN yang lalu. Semoga MAMPAN akan menjadi lebih gemilang dengan jawatankuasa MKM yang baharu.






0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.