| 0 comments ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Universiti Malaysia Pahang bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pahang dan MUBARAK dengan kerjasama SeMAMPAN UMP akan mengadakan Program Jejak Warisan Negeri Pahang: Wacana Mengingati Sejarah Ke Arah Kecemerlangan Masa Depan Sempena Memuliakan Hari Keputeraan Ke-80 KDYMM Sultan Pahang seperti maklumat berikut:

Tarikh: 24 September 2010
Masa: 8.00 pg - 5 ptg
Tempat: Astaka UMP

Program ini adalah seminar warisan negeri Pahang yang melibatkan kehadiran nama-nama besar dalam bidang sejarah seperti Orang Kaya Indera Pahalawan, Dato' Wan Abdul Wahid bin Wan Hasan; YH Dato' Dr. Muhamed Najib bin Ahmad Dawa, Rektor ASWARA; Dr. James T. Collin, Pengarah Kajian Asia Tenggara Northern Illinois University; dan banyak lagi.

Selain itu, program ini juga adalah sebagai memuliakan Hari Keputeraan Ke-80 KDYMM Sultan Pahang pada 24 Oktober.

Bagi setiap peserta di kalangan pelajar dikenakan caj pendaftaran RM50 setiap seorang manakala kepada bukan pelajar/orang awam dicaj RM150 setiap seorang.

Namun demikian, anak-anak Pahang yang mendaftar untuk menjadi peserta seminar ini melalui SeMAMPAN UMP TIDAK akan dikenakan caj bayaran setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perlaksana Program.

Oleh yang demikian, SeMAMPAN UMP mengajak semua anak-anak Pahang di UMP untuk menyertai seminar ini. Kepada yang berminat, sila membalas mesej ini dengan menyatakan maklumat diri anda seperti berikut:

1. Nama Penuh
2. No. MyKad
3. ID Pelajar
4. No. Telefon
5. E-mel

Anda juga digalakkan untuk mengajak seberapa ramai anak Pahang untuk menyertai seminar ini. Anak Pahang dikategorikan seperti berikut:

1. Dilahirkan di negeri Pahang (pemegang MyKad berkod negeri 06, 32, & 33); ATAU
2. Ibu atau bapa atau kedua-duanya dilahirkan di negeri Pahang (pemegang MyKad berkod negeri 06, 32, & 33); ATAU
3. Pemastautin di negeri Pahang selama sekurang-kurangnya 10 tahun.

Tempat disediakan adalah terhad. Hanya 200 tempat sahaja disediakan secara percuma kepada mahasiswa anak Pahang UMP yang perlu berdaftar melalui SeMAMPAN UMP.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia program (SeMAMPAN UMP):
1. Hisyam (019-9311951)
2. Banu (014-8277188)
3. Syaie (013-9643138)
4. Ain (019-9933953)

- Setiap peserta yang terlibat akan diberikan merit.
- Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta.
- Makan dan minum disediakan semasa program.
- Pengankutan Pekan-Gambang-Pekan akan disediakan bagi peserta dari UMP Pekan.

Maklumat lanjut berkenaan program boleh didapati [di sini] dan [di sini]

Sekian, harap maklum.

Presiden SeMAMPAN UMP,
merangkap ahli Jawatankuasa Pelaksana (Wakil SeMAMPAN),
Program Jejak Warisan Negeri Pahang: Wacana Mengingati Masa Depan Sempena Memuliakan Hari Keputeraan Ke-80 KDYMM Sultan Pahang.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.