| 3 comments ]
Untuk entri kali ini, aku nak maklumkan kepada korang semua yang aku nak dekat dengan korang. Eh, bukan dekat-dekat, peluk-peluk! Nanti tak tentu pasal aku kena kejar parang bapak korang.

Maksud aku dekat dengan korang adalah memudahkan aku melawat korang. Walaupun shoutbox aku ini ada banyak link, tetapi kalau dah ke belakang tak larat aku nak belek satu per satu. Oleh itu, aku ingin memperkenalkan satu formula terbaru dengan pro-enzime yang hebat iaitu... erm... aku tak tahu apa nama widget ni, tapi kalau nak tahu, tengok sidebar di sebelah kanan, nanti korang akan nampak sesuatu seperti ini:

Dengan sendirinya aku menamakan widget ini sebagai Jejak Pembaca. Skemanya nama. Lantaklah, aku tak pandai nak bagi nama yang hebat-hebat. Fungsinya mudah. Korang hanya perlu letak nama korang atau nama blog atau laman web korang, kemudian masukkan alamatnya sekali. Jangan alamat rumah, nanti tak terima pula. Kemudian, nama korang akan muncul di atasnya seperti nama Cutebabygirl yang korang nampak.

Dengan cara ini, mudahlah aku nak jalan-jalan ke blog korang.

Selain itu juga aku dah mewujudkan satu Facebook Page Profile untuk blog ini yang bernama Fadzrulhisyam: Blog. Ketika entri ini ditulis, memanglah nampak satu sahaja yang like page aku, sebab namanya pun baru diwujudkan. Untuk korang yang suka blog ini, bolehlah like tetapi yang tak suka pula, aku tak paksa... tetapi apa salahnya kita sama-sama menyokong sesama blogger tanah air kan?

Untuk menyukai page profile blog ini, bolehlah scroll hingga ke footer blog ini dan korang akan nampak sesuatu seperti ini:

Apa lagi, jangan ketinggalan untuk menyukai blog ini dan jangan ketinggalan meninggalkan jejak korang di blog ini! Kepada korang yang masih belum ada blog, buat cepat dan tinggalkan jejak korang. Gerenti aku melawat sekerap-kerapnya setiap jam, paling kurang pun sekali sehari, kalau tak pun selang beberapa hari, paling teruk pun sekali sebulan. Hehe...

*****
Nota kaki:
1. Aku cuba nak import RSS blog ini ke notes dalam page profile ni. Masih lagi tak berjaya. Katanya seperti ini:

Ada sesiapa boleh tolong?

[Kemaskini]: Feed untuk notes kini sudah berjaya berfungsi.

3 comments:

  1. Assalaamu`alaikum...
    saya rasa feeds yang saudara masukkan itu tak betul, selalunya kalau kita masukkan feeds yang betul dia akan terus detek..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam...
    Saya menggunakan feed Atom seperti biasa. Berfungsi untuk kegunaan lain-lain, tetapi tidak untuk notes. Mungkin ada cara lain...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.