| 4 comments ]
Banyak peribahasa Melayu mengkilaskan kerbau dengan kehidupan kita. Ada yang baik, ada juga yang kurang baik. Namun, apa yang aku nak bawa dalam entri ini bukannya tentang peribahasa, tetapi kisah kejadian yang berpunca dari kerbau yang berkeliaran di jalanan yang menyebabkan beberapa kerugian. Sebelum aku ceritakan kisahnya, jom kita berkenalan dengan spesies kerbau-kerbau di Malaysia.

Kerbau dengan nama saintifiknya Bubalus bubalis carabanesis merupakan sejenis haiwan yang bentuknya seakan-akan lembu, bersaiz besar, berwarna hitam dengan bulu berwarna keputih-putihan dan mempunyai tanduk yang besar apabila sudah matang. Kerbau kebiasaannya diternak oleh petani-petani tradisional dalam menjalankan aktiviti membajak tanah dan kebanyakannya terkenal dengan kerja-kerja membajak sawah padi. Tabiat semulajadinya adalah gemar berkubang di dalam lumpur ataupun mana-mana kawasan berair.

Kewujudan kerbau ini juga memberi kesan dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak berkurun lalu. Antara kesan yang terbesar adalah kerbau merupakan haiwan rasmi Negeri Sembilan kerana haiwan ini begitu penting kepada masyarakat Negeri Sembilan yang terarah kepada adat pepatih. Kesan seni reka bentuk bangunan juga merupakan kesan daripada pengaruh kerbau. Sebagai contoh, reka bentuk bumbung seakan-akan tanduk kerbau.

Selain itu juga, kerbau juga memberi pengaruh dalam peribahasa Melayu. Antara peribahasa yang terkenal adalah "seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit", "seperti kerbau dicocok hidung", dan macam-macam lagi. Pengaruh-pengaruh ini membuktikan betapa pentingnya kerbau dalam kehidupan masyarakat Melayu terutama yang lebih kepada adat pepatih.
Berbalik kepada tajuk, ada kisah yang agak menyayat hati beberapa rakan-rakan aku. Tidaklah menjadi punca kematian, tetapi menyebabkan kerugian dan jika nasib tidak baik, pasti boleh membawa maut.

Rakan-rakan sekelas aku menuju pulang ke kampus berkonvoi tiga kereta setelah keluar hujung minggu ke bandar Kuantan. Masa kejadian adalah waktu malam, dan aku tidak pasti masa yang tepat. Semasa berkonvoi dengan halaju kereta kira-kira 70km/j, kereta yang berada di hadapan sekali tiba-tiba membrek secara mengejut. Sejurus kemudian, kereta kedua di belakangnya juga membrek secara mengejut. Malangnya, walaupun brek ditekan, kereta tersebut masih lagi sliding dan tuan punya kereta hanya sempat mengelak sedikit sahaja sebelum merempuh kereta di hadapannya. Kereta ketiga tidak mengalami apa-apa 'kecederaan'.

Mereka bagai kerbau terkejut oleh gong. Seketika kemudian, barulah mereka sedar bahawa ada beberapa ekor kerbau melintas di hadapan mereka tanpa amaran. Dengan warna kerbau yang gelap serta laluan jalan raya yang gelap tanpa lampu jalan, ini mengundang kemalangan. Mujurlah kereta di hadapan sekali sempat membrek. Jika tidak, pasti akan berlaku kejadian yang lebih teruk.

Akibat dari kejadian tersebut, kedua-dua kereta mengalami kerosakan pada badan kereta masing-masing. Instrumen dalaman tidak mengalami masalah serius.


Kejadian itu memberi aku pengajaran supaya sentiasa berwaspada apabila mahu pulang ke kampus. Bukan kerana hantu atau jembalang, tetapi kerana lembu dan kerbau. Kambing pun tidak kurangnya.

Malam tadi, aku juga nyaris-nyaris kemalangan apabila satu objek tidak dikenali tiba-tiba melintas di hadapan motosikal aku yang sedang aku tunggangi dalam kelajuan kira-kira 80km/j. Sama ada objek itu kucing, atau kelawar, atau toyol aku pun tak pasti. Apa yang pasti adalah objek itu melintas dalam kelajuan yang agak tinggi dan mungkin mustahil bagi kucing untuk mencapai kelajuan sedemikian rupa. Aku cuba mengelak dari melanggar objek tersebut lega kerana motosikal aku masih dapat dikawal walaupun dalam keadaan kelajuan sedemikian. Walau apa pun objek itu, aku perlu lebih berhati-hati lain kalinya.

Kepada kawan-kawan dan staf-staf UMP yang tinggal ataupun yang berulang alik di UMP kampus Pekan, berhati-hatilah semasa dalam perjalanan pulang dan pergi terutamanya pada waktu malam. Pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. Jangan biarkan hidup anda diselubungi... misteri.

*****
Nota kaki:
1. Aku tertarik dengan peribahasa yang berkaitan dengan kerbau ini:
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.
Fikir-fikirkan, renung-renungkan.

4 comments:

  1. Kdang2 sakit ati dengan tuan empunya binatang..kedekut nk buat kandang luas2, tu yang main lepas binatang peliharaan diorang. Pernah sekali, kawan nak terjatuh sebab elak lembu. Yang kelakarnya, lembu tu seberangi jalan balik ke tempat asal..huhu dah nama binatang..bengong sikit~

    ReplyDelete
  2. sembelih jer lembu2 beliau tue... haha

    ReplyDelete
  3. @IN
    Penternak patut bertanggungjawab...

    @paan
    betol gak tuh...buat sup pon sodap

    ReplyDelete
  4. serius sgt kenal kete tuuuuuu! :(
    siannye PHX..wuaaaaaa :((

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.