Hari Keputeraan

Hari ini 24 Oktober 2010. Ada apa dengan tarikh ini? Mai sini dekat-dekat aku nak cerita. Disebabkan hari ini jugalah esok pun aku bercuti. Maaflah, ya kawan-kawan di negeri lain. Pahang sahaja yang menikmatinya. Apa pun, sebelum aku berceloteh panjang, aku nak cerita apa kaitannya dengan hari ini?

1. Hari lahir papa.

Nama penuh Badarudin bin Abdul Manan. Dilahirkan pada 24 Oktober 1951 kini mempunyai 6 orang anak dan seorang isteri. Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat Leftenan Kolonel dan kini bekerja sebagai jurutera berjawatan senior manager di Aerospace Technology System Corporation (ATSC). Suka mi bandung masakan Mak Long, tauhu sumbat, dan pecal. Kalau balik kampung suka bakar ayam, danging dan ikan untuk dimakan beramai-ramai. Hobi di rumah suka main Solitaire ataupun Spider Solitaire. Nak hebat lagi, kadang-kadang layan Facebook - boleh pantau anak-anak tak pun ber-chatting dengan mama kalau masing-masing berjauhan. Hehe....

2. Hari keputeraan KDYMM Sultan Ahmad Shah.

Baginda dilahirkan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan Pahang. Menaiki takhta Kesultanan Negeri Pahang pada 7 Mei 1974 dan pernah menjadi Yang DiPertuan Agong ke-7 pada 29 Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda merupakan seorang sultan yang dekat dengan rakyat,  sperti kata-kata yang selalu digelarkan, 'raja rakyat berpisah tiada'.

Ada sesiapa lagi yang hari lahir bapanya sama dengan hari lahir sultan mana-mana negeri?

Selamat hari lahir papa.
-----

Hari ini juga aku nak umumkan pelancaran blog terbaru aku yang dinamakan Ahli Karut. Blog ini akan aku jadikan tempat aku mengarut sakan tak ingat dunia. Kepada yang berminat nak jenguk, mai la tengok.

Post a Comment

0 Comments