| 2 comments ]
Hari ini, aku pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku ternampak peti surat berisi dengan surat. Aku fikirkan, biasalah - bil Astro, TM, Celcom dan lain-lain. Kemudian, aku diberitahu ada surat dari Google. Aku pelik. Surat dari Google?

Buang tabiat Google menghantar surat kepada aku. Aku ini bukanlah pemilik mahupun pekerja syarikat Google. Pemegang saham apatah lagi. Kepala aku mulalah fikir yang macam-macam. Mungkin Google nak minta aku jadi salah seorang programmer di kawasan Asia Pacific. Maklumlah, selepas mereka membaca resume aku yang sangat menarik perhatian.

Ish, berangan sahaja semua itu! Sejak bila pula aku hantar resume ke Google. Nak bukak laptop pun aku tak pandai, inikan pula nak jadi programmer Google. Laptop aku ni pun Pak Karut jiran sebelah rumah aku yang tolong bukakan.

Nah, kalau korang tak percaya, aku tunjukkan surat yang sampai ke rumah aku.




Hah, kan betul apa aku bagi tahu! Google memang menghantar surat kepada aku, tetapi bukan sebagai bakal programmer, tetapi sebagai Pengurus Pemasaran atau dalam bahasa Inggeris berbunyi Advertising Manager.

Tak sangka-sangka Pak Cik Google ingat aku lagi sejak dia kali terakhir jenguk aku semasa aku berkhatan dulu. Lepas ini, surat yang aku terima nak kena berjawatan Pengurus Eksekutif ataupun Executive Manager pulalah. Apa-apa pun, ada can aku nak mengorat anak Pak Cik Google ni. Tapi nak kejar saham Google dululah.

2 comments:

  1. haha
    same la kite
    pakcik google anta gk
    tp ingt nk ajak date
    rupe2nye ajak bBISNES
    sobs3~

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.