| 1 comments ]
Tadi aku buka blog yang sangat hebat. Kemudian, aku baca pada shoutbox, ada satu berita bahawa aku kena tag. Dah lama aku tak kena tag sejak... sejak... sejak bila pun aku tak ingat. Inilah insan yang telah tag aku. Farah namanya. Memang kaki tag aku. Penah juga aku menganugerahkan award khas kepadanya sebab dia ni suka tag aku. Di bawah ini adalah soalan-soalan yang aku kena jawab:

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kamu?
- Keredaan dariNya. Juga: semua yang ada/hidup bersama aku. Laptop tak ketinggalan.

2. Benda yang terakhir kamu beli guna duit sendiri?
- Roti Gardenia.

3. Di manakah tempat kamu ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
- Masjid An-nabawi. Susah-susah pun Masjid Negeri Pahang pun cukup.

4. Adakah kamu sedang bercinta sekarang?
- Ya. Dengan semua yang aku cintakan.

5. Berapa lama kamu akan mencintai kekasih kamu?
- PadaNya, insya-Allah sentiasa. Padanya, ikut ketentuanNya.

6. Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamu beli?
- Oh, tak ingat. Rasanya buku berkenaan pendidikan kepimpinan kalau tak silap.

7. Apa nama penuh kamu?
- Mohd Fadzrul Hisyam bin Badarudin bin Abdul Manan bin Haji Hassan bin ...

8. Antara mak dan ayah mana yang kamu lebih mesra?
- Nak sembang-sembang, dengan mama. Kalau hal penting untuk masa depan negara, Papa.

9. Adakah kamu basuh baju sendiri?
- Kalau sehelai dua, ya. Kalau banyak sangat, mesin basuh tolong basuhkan. Siap bagi upah lagi.

10. Bila tarikh lahir kamu dan kat mana kamu sambut tahun lepas?
- 20 Mei. Tahun lepas sambut biasa-biasa sahaja. Malamnya, kawan-kawan 'culik' bawa ke McDonald's Teluk Cempedak.

11. Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamu?
- Kenal semasa di PLKN. Anak buah aku dalam kompeni Bravo.
- Aku sentiasa memikirkan dia ini tak cukup matang walaupun sebaliknya berlaku.
- Orang Kuantan.

Saya nak tag.
Sesiapa yang baca.

1 comment:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.