| 7 comments ]
Saban hari, banyak kita telah diperdengar dan diperlihatkan oleh beberapa entiti di sekeliling kita tentang betapa wang itu adalah segala-galanya (money is everything). Dalam konteks kehidupan zaman moden ini, wang merupakan suatu perkara yang amat penting kerana hampir setiap urusan dunia pada abad ke-21 ini memerlukan wang. Hatta 'menolong' pun perlu dibalas dengan wang.

Apakah wang itu segala-galanya dalam hidup kita sekarang? Bagi aku, wang itu bukanlah segala-galanya. Wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya. Walaupun hampir setiap perkara di dunia ini memerlukan wang, namun ada perkara yang wang tidak langsung mempunyai kuasa terhadapnya.

Kebahagian

Ada orang melihat kebahagiaan itu daripada berapa besarnya rumah mereka. Berapa banyak harta yang mereka ada. Tinggi mana pangkat dan kuasa yang mereka ada. Namun begitu, hakikatnya adalah itu hanya penanda sejauh mana kekayaan mereka. Bukannya kebahagiaan. Kebelakangan ini sering kita dengar berita tentang penceraian golongan-golongan berwang ini di mana-mana. Sehinggakan ada yang sudah bercerai sebanyak dua-tiga kali. Apakah mereka bahagia? Wang sudah banyak. Harta berjuta-juta. Namun, masih lagi tiada kebahagiaan. Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang. Kebahagiaan adalah sesuatu yang mampu berdiri sendiri bersama-sama manusia yang sentiasa memahami makna kebahagiaan sebenar.

Sedangkan keluarga yang sederhana masih mampu bersama-sama bahagia sehingga ke beberapa generasi walaupun tidak memiliki harta berjuta-juta. Paling mudah adalah seorang bayi. Apakah ia bahagia dengan wang? Tidak, ia langsung tidak mengerti apa itu wang. Ia bahagia apabila dipeluk erat oleh ibunya. Ia tenang apabila dicium dan dibelai oleh ibunya. Ia selamat apabila dilindungi oleh bapanya. Ini tidak boleh dibeli dengan wang.



Pengalaman

Wang juga sering dilihat mampu memiliki perkara-perkara yang tidak dapat diperoleh olrh orang lain, iaitu pengalaman. Mereka silap. Wang tidak boleh membeli pengalaman. Pengalaman adalah sesuatu yang diperoleh daripada sesuatu yang pernah kita alami sebelum ini. Bukan dengan mendapat pengalaman dengan wang. Pengalaman juga mampu mengajar kita erti kehidupan, bukannya wang. Bolehkah kita membeli pengalaman jatuh basikal dengan membayar wang? Pastinya tidak.

Sebenarnya, banyak lagi aku nak tulis dalam entri ni, tetapi datang pula rasa malas nak menyambung. Apa kata korang yang baca, tambah lagi apa yang duit tak mampu bagi pada kita. Sama-sama kita buktikan wang itu bukanlah segalanya walaupun penting dalam hidup kita.

*****
Nota kaki:
1. Orang gila jalanan pun boleh hidup tanpa duit. Inikan pula kita yang berakal.

7 comments:

  1. Salam,

    1.Saya cadangkan anda perlu cuba hidup tanpa wang??mula-mula cuba 3 hari,1 minggu,2 minggu lepas tu sebulan dan terus setahun..

    2.barulah anda akan dapat rasai perbezaan antara bahagia atau tidak hidup tanpa wang.

    3.Lepas dapat merasainya dan melalui pengalaman dari ujian tersebut barulah tuan sambung entri 'wang adalah segalanya'.

    4.Pengalaman aku jika tak bagi ibu bapa wang kita boleh dianggap tidak dapat membahagiakan mereka semasa di dunia.hanya doa anak soleh sahaja yang akan dapat bahagiakan mereka di akhirat kelak..

    5.Realitinya wang penting untuk kebahagian dunia (dengan wang kita beli syurga dunia).Dengan amal soleh untuk kita beli kebahagian hati dan balasan syurga akhirat.

    6.Bekerjalah kamu umpama kamu mahu hidup seribu tahun (mesti kumpul banyak wang untuk kebahagian di dunia) dan beramallah kamu umpama kamu mati esok (dengan duit dan masa yang ada kita beramal banyak2x supaya kita boleh beli kebahagian akhirat)

    'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

    ReplyDelete
  2. @Tanpa Nama,

    Wslm,

    Nampaknya TN tak membaca dan memahami konteks entri ini. Entri ini bukanlah menafikan terus kepentingan wang, dan bukannya meletakkan manusia perlu hidup tanpa wang.

    Entri ini menyatakan wang itu bukanlah segala-galanya. Wang itu penting, tetapi tidak boleh memenuhi segala-galanya yang kita impikan.

    Kebahagiaan ibu bapa bukan semata-mata memberikan wang kepada mereka. Kebahagiaan mereka adalah apabila anak-anak sentiasa menjaga kebajikan mereka, sentiasa mengambil peduli akan ibu bapa, dan kejayaan anak-anak juga merupakan kebahagiaan ibu bapa. Wang semata-mata tidak boleh membahagiakan ibu bapa.

    Benar, realitinya wang itu penting. Dan entri ini juga telah menyatakan bahawa wang itu penting. Namun, jika kekayaan berganda-ganda pun, masih belum tentu memberikan kebahagiaan dunia sepenuhnya. Antaranya adalah kasih sayang. Jika wang mampu membeli syurga dunia, pasti tidak akan ada manusia yang sibuk mencari pasangan dan melahirkan zuriat.

    Benar, nabi kita menyuruh kita berusaha untuk mengumpul harta, tetapi ingat juga ingatan baginda selepas itu, kumpul amalan seperti kita mati esok hari, dan kematian kita tidak akan membawa harta bersama melainkan amal jariah, ilmu yang berfaedah diturunkan kepada orang lain dan doa anak soleh.

    "Wang tidak boleh beli tiket masuk syurga" - Lirik lagu Miskin Kaya oleh Senario.

    ReplyDelete
  3. wang tak boleh beli tiket masuk syurga..tapi salah satu yg kita bawak masuk kubur nanti adalah sedekah, selain doa anak soleh dan amal jariah.maksudnya wang jugak berguna kalau kita perbanyakkan sedekah..

    segalanya perlukan duit, tp duit bukanlah segalanya..

    duit dapat membahagiakan manusia, tp duit tak dapat menjamin kebahagiaan..

    sebab tu islam menekankan konsep kesederhanaan..perlu ada benda tu, tp tidak berlebihan..

    ReplyDelete
  4. setuju dengan jejaka terhangat , segalanya perlukan duit , tp duit bukanlah segalanya..

    duit tidak dapat membeli kehabagian , tapi dgn duit dan redha Allah insyaallah kita boleh bahagia...

    ReplyDelete
  5. Aku tak pernah lagi tengok orang bahagia tanpa duit.. sedang kan nak buang air pun kena bayar..

    ReplyDelete
  6. Bagi aku bagi balance, cari wang dan cari keredhaan Allah, bahagia akan dtg sendirinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kadiaq_tajar. Jika mencari wang kerana Allah, Allah akan turunkan segala rahmat atas kuasa dan kemahuanNya.

      Delete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.