Kebosanan di bilik kosong.

Apa korang nak buat apabila korang keseorangan di bilik asrama korang tanpa laptop? Aku pun tak tahu. Malangnya, aku sedang mengalaminya. Kawasan ini ibarat tidak berpenghuni melainkan penjaga mini mart dan pekerja pembinaan. Ini menyebabkan aku mengalami kebuntuan dalam pemikiran seketika. Apatah lagi semua panggilan telefon yang penting-penting tak dijawab. Entri yang lepas menyatakan kemungkinan blog aku akan kesunyian selama dua minggu kerana tak dapat kemas kini blog ini. Namun dengan kemajuan teknologi memudahkan aku untuk mengemas kini blog aku menggunakan telefon bimbit. Entri ini sebenarnya aku hantar menggunakan telefon bimbit aku. Cuma, aku tidak dapat melihat hasilnya sepanjang aku tidak dapat online. Semoga aku dapat mengurangkan tahap kebosanan aku.

Post a Comment

0 Comments