| 2 comments ]
Ini bukanlah omong-omong kosong. Malah, media dan pengkaji barat mengiktiraf bahawa Menara Berkembar Petronas mampu untuk bertahan sehingga 500 tahun walaupun selepas ketiadaan manusia di dunia ini untuk membuat maintenance pada bangunan ini. Malah, walaupun 500 tahun selepas kepupusan manusia, Menara Berkembar Petronas akan terus kekal berdiri sebagai satu-satunya bangunan binaan manusia yang tertinggi di dunia yang tinggal menanti rebah. Fakta ini dipetik dari rancangan produksi History Channel yang mendokumentasikan apakah yang akan berlaku selepas kepupusan manusia.




Ini bukan propaganda kosong, ini adalah bukti kejuruteraan. Walaupun pernah dikritik semasa awal pembinaannya, namun Malaysia dan Menara Berkembar Petronas akan terus bertahan dan gagah berdiri sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!

*****
Nota kaki:
1. Aku rumuskan bahawa daya pemikiran Tun Dr. Mahathir bukanlah hanya setakat 50 tahun ke hadapan, tetapi sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!
2. Dari fakta kejuruteraan, memanglah akan bertahan selama itu, tetapi mampukah boleh bertahan sekiranya orang yang hanya kemaruk kuasa memerintah Malaysia? Mungkin tidak, apabila bangunan dijual kepada proksi-proksi Israel untuk berkuasa.
3. Nak berjaya seperti ini, jangan ambil orang suka 'main belakang'.

2 comments:

  1. aku dah share...ko bg x bg, aku kisah ape...hahaha

    ReplyDelete
  2. Haha...xpe amek, share... same2 kita banggakan kejayaan negara kita...hehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.