Siapa bilang Proton tak menawan?

Sejak ditubuhkan, Proton telah mengalami pelbagai halangan dan cabaran. Tidak lupa juga kepada mereka yang rajin mengkritik produk-produk Proton. Tidak terlepas juga kepada mereka yang sering mengutuk dan merendah-rendahkan kemampuan Proton. Juga terdapat beberapa rakayat Malaysia yang gemar mengagung-agungkan jenama kereta luar berbanding Proton. Itu adalah hak mereka, untuk meluahkan pendapat masing-masing. Namun begitu, di mana pun Proton berada di sisi rakyat Malaysia yang lain, aku tetap akan menyanjung Proton sebagai sebuah jenama yang dibanggakan dari Malaysia.

Walaupun entri ini sudah agak terlewat empat hari, tetapi dengan rasa tanggungjawab aku menyayangi negara Malaysia tercinta ini, aku tetap akan maklumkan sesuatu yang mungkin tak rapai yang ambil tahu, malah ada yang jelik melihat Proton. Kali ini, aku akan pastikan mereka melihat sendiri di mana kedudukan Proton dalam industri automobil dunia. Aku ulang, kedudukan dalam industri automobil dunia. Bukan sekadar peringkat belakang kedai Pak Menawe seperti mana ceteknya pemikiran rakyat Malaysia yang langsung tiada semangat patriotisme dalam diri.

Pada 6 November yang lalu, pada itu aku masih behempas pulas untuk mentelaah bagi persediaan peperiksaan akhir aku pada semester ini, Proton juga berhempas pulas dengan 'peperiksaan' yang mereka sertai di United Kingdom. Proton menyertai satu pertandingan yang berkonsepkan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom) mempertaruhkan dua jentera keluaran Proton iaitu Proton Exora untuk kategori Extended Range Electric Vehicle dan Proton Saga BLM untuk kategori Electric Vehicle.

Dalam pertandingan itu, Proton Exora telah berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk EV - Electric Vehicle, Extended Range EV, dan Hybrid. Kejayaan Proton Exora ini telah menumpaskan syarikat pengeluar lain seperti Volkswagen, Toyota, General Motor dan lain-lain dalam kategori yang disertai. Dalam pertandingan ini, kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (96.5km).

Dalam pertandingan ini, Proton Exora telah berjaya mencatatkan perjarakan sejauh 136 batu bagi segelen petrol (57.8km bagi seliter petrol) berbanding kereta yang memenangi tempat kedua yang hanya mampu mencatatkan perjarakan sejauh 63 batu segelen petrol (26.4km seliter petrol). Keputusan yang dicatatkan Proton ini menunjukkan teknologi Proton adalah lebih baik daripada jenama-jenama lain. Selain itu, Proton Saga juga sepatutnya diumumkan sebagai juara dalam kategorinya tetapi keputusan itu telah diprotes oleh syarikat lain.

Selain daripada kejayaan ini, Proton juga berjaya mereka kenderaan elektrik dari asas Proton Exora dan Proton Saga tanpa mengganggu keluasan dalam kenderaan untuk meletakkan bateri tambahan dalam kereta. Malah, kedua-dua kenderaan ini boleh memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan ruang tempat letak barang (boot) yang masih mampu mengekalkan kapasiti biasa berbanding kereta lain yang terpaksa 'menggadaikan' ruang dalam kereta untuk meletak bateri tambahan.

Tahniah kepada Proton atas kejayaan ini. Nampaknya, segalah tohmahan dan cacian yang dilemparkan itu adalah tiada makna dan Proton telah berjaya membuktikan bahawa Proton sentiasa memberikan yang terbaik. Secara tidak langsung, ini juga membuktikan bahawa Malaysia mampu memberikan persaingan besar kepada negara-negara lain dalam industri automotif dan mereka ada sebab untuk risau akan peningkatan Proton.

Walau apa pun, aku akan terus menyokong Proton dalam setiap usaha mereka untuk meningkatkan mutu ekonomi negara dan memberikan peluang untuk setiap rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan sendiri. Syaba Proton!

*****
Nota Kaki:
1. Masalah power window masalah kecil, bukannya masalah tekan brek buat kereta lagi laju seperti yang terjadi kepada Toyota.
2. Tidak suka dengan Proton Inspira yang carbon copy dari Mitsubishi Lancer? Maka, janganlah dibanggakan dengan kereta-kereta dari jenama Daihatsu, Audi, Porche dan lain-lain.

*****
Sumber:
1. CheDet.co.cc
2. Gelombang Wangsa Maju
3. Utusan Malaysia
4. Brighton to London Future Car Challenge 2010
5. Brighton to London Future Car Challenge 2010 - Results

Post a Comment

1 Comments

  1. exora memang best dan besar. yang tak best bila nak mintak duit kat ayah nak bayar sewa rumah + duit balik ayah cuma mampu bagi 100 je. tolak rumah 80 tinggal 20. tak cukup nak balik perak =.="

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)