| 0 comments ]
Dua minggu - satu tempoh yang agak lama setelah aku meninggalkan dunia teknologi canggih dan kembali ke dunia yang agak jauh dari kecelaruan kemajuan yang bersimpang siur. Seperti yang sedia maklum, dari 2-14 Disember lalu aku telah menyertai Program Kembara Kepimpinan IPT (PROKKIPT II) di Sarawak yang merangkumi lokasi program dari Kuching, Bau, Sri Aman, Kapit dan Miri di samping menyinggah beberapa lokasi lain seperti Sibu dan Bintulu.

Aku akan menceritakan pengalaman aku sepanjang program ini berlangsung dalam entri yang lain. Untuk entri ini, aku hanya mahu mengucapkan salam setelah aku meninggalkan blog ini untuk sekian lama. Apa pun, tidak terlewat juga untuk aku mengucapkan selamat Awal Muharam kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Harap tahun baru ini akan memberikan kejayaan bermakna kepada semua umat Islam untuk meneruskan perjalanan hidup dalam dunia Tuhan yang indah ini.

Buat masa ini, TM Homeline di kawasan perumahan aku mengalami masalah dan Streamyx tidak dapat digunakan langsung. Untuk sementara ini, aku hanya bergantung kepada sebuah telefon bimbit dan liputan Celcom untuk aku berhubung di dunia internet ini. Diharapkan bahawa juruteknik TM bertindak pantas untuk mengatasi kerugian pelanggan-pelanggan mereka yang membayar ratusan ringgit untuk perkhidmatan mereka.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.