| 5 comments ]
"Ah, tiba juga aku di Bumi Kenyalang ini!" bermonolog aku keseorangan, puas setelah penerbangan selama satu jam setengah dari ibu negara. Bersama-sama dengan aku ketika itu ialah Paan, rakan seuniversiti aku. Aku dan Paan ke Sarawak atas satu program yang kami sama-sama hadir secara ad hoc.

"Paan, borang imigresen ni jangan kau hilangkan. Nanti nak keluar dari negeri ni, kau kena serahkan semula borang ni," aku peringatkan kepada Paan yang pertama kali menjejak kaki di Sarawak. Aku pula, ini bukanlah kali pertama aku menjejaki Bumi Kenyalang ini malah boleh dikatakan hampir setiap tahun aku menjejakinya.

"Kalau hilang macam mana?" tanya Paan.

"Nak hilangkan boleh, tak ada masalah. Cuma nanti bila nak keluar, susahlah kau nanti. Orang imigresen pun susah juga. Kalau nak dua-dua senang, baik jangan kau hilangkan," terang aku panjang lebar.


Setelah mengambil bagasi, aku dan Paan terus menuju keluar lalu aku ternampak seorang berjanggut sedikit memegang kertas bertulis nama program yang akan aku sertai, lalu aku dan Paan menuju kepada lelaki tersebut.

"Tunggu sekejap, ya. Kita tunggu kawan-kawan kita yang lain dahulu," kata lelaki tersebut.

*****

Hari pertama program ini, aku rasakan agak memenatkan. Maklumlah, dari satu conference, aku menyertai Paan dari Pahang terus ke lapangan terbang. Dalam mengejar masa, tak sempat aku berehat. Namun begitu, tak mengapalah. Asalkan aku masih boleh membuka mata dan menyegarkan diri, cukup untuk aku memberi tumpuan dalam aktiviti pertama aku.

"Pemimpin kena pandai berkata-kata," aku terdengar perkataan ini dari mulut peserta yang duduk di sebelah aku.
"Assalamualaikum. Syam. UMP. Kamu?" aku memperkenalkan diri.

"Waalaikumsalam. Saiful. USIM," balas lelaki tersebut.

"USIM? Kenal Abang Mat tak?" tanya aku kepadanya kalau-kalau dia mengenal Abang Mat, kawan sepersatuan dengan aku.

"Abang Mat? Senior aku. Mestilah aku kenal," balasnya. Kemudian, perbualan kami menjadi agak rancak sehinggalah tiba waktu aktiviti berkumpulan.

"Awal-awal lagi dah kena ingat nama orang yang aku tak kenal. Matilah aku! Aku ni bukannya jenis cepat ingat pun nama orang! Lagi-lagi kalau orang tu perempuan. Kena tunggu sebulanlah baru dapat aku ingat nama mereka!" keluh aku berseorangan sambil mengharapkan aku tidak ditunjuk untuk menyenaraikan nama rakan-rakan baharu aku untuk hari ini oleh fasilitator. Nampaknya, harapan aku termakbul. Untuk program kali ini, aku sudah menetapkan bahawa aku hanya ingin menjadi seorang yang berprofil rendah sahaja.

Beberapa ketika kemudian, aku dikejutkan dengan pencalonan diri aku untuk menjadi penghulu program. Kepala aku sudah memikirkan pelbagai perkara. Separuh hati menerima, separuh hati menolak. Mujurlah, pengundian aku pada waktu itu tidak mencukupi untuk mengalahkan calon penghulu yang lagi satu, Bert. Dia memenangi undian dan menjadi penghulu.

Dalam keseriusan aku untuk menyertai program ini, datang juga sikap nakal aku.

"Dari ramai-ramai ni, mana yang lawa?" berkata aku keseorangan sambil mata melilau melihat semua orang di sekeliling aku, terutamanya peserta wanita.

"Ah, teruklah kau ni, Syam! Buruk perangai. Dah, jangan nak main-main!" berkata lagi aku keseorangan menghalang diri aku daripada sikap main-main. Dalam masa yang sama, aku juga mencari-cari kalau ada orang sebangsa dengan aku dalam program ini. Maklumlah, apabila kembali ke bumi di mana asal keturunan aku, mestilah aku berminat untuk mengenali orang yang sama later belakang dengan aku.

"Baiklah, lepas makan semua boleh pulang ke bilik masing-masing," maklum fasilitator yang bertugas. Aku ditempatkan di bilik sama dengan Bert. Dengan segera aku menamakan bilik kami adalah bilik pemenang dan pengalah pilihan raya.

"Aku dah penat, aku nak tidur dahululah. Selamat malam, Bert! Eh, silap! Selamat malam penghulu!" seloroh aku sebelum memadam lampu bilik.

5 comments:

  1. ba syam..mana sambungan?? teror jgk ah ko mennulis ah... hahahhaa... gud2..keep it up... sy tgu smbungan....hahahaha.... - mycha melody myche (FB)-

    ReplyDelete
  2. Haha...nanti ada sambungan. Jangan risau. skarang nak minum pagi dulu...hehe

    ReplyDelete
  3. waa..hebat2 >.< pandai mengarang nie..syok jugak membaca walaupun br jak stat baca bahagian 2..keep it up =) vee ^^

    ReplyDelete
  4. Trimas...trimas... ni hasil amatur je. xpandai sgt pon menulis.

    ReplyDelete
  5. hik3.....novelis.Amalina Mary UMK

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.