| 0 comments ]

Seperti yang telah aku maklum sebelum ini, aku menggunakan perkhidmatan Celcom 3G untuk aku memasuki ke dunia internet akibat daripada TM Homeline di kawasan aku ini mengalami masalah kerana tiada line. Oleh yang demikian, perkhidmatan Streamyx di kawasan aku juga tergendala dan keluarga aku sebagai pengguna yang telah membuat laporan sebanyak tiga kali - Ahad, Isnin, dan Rabu - kepada TM masih lagi tidak menerima apa-apa berita daripada mereka sedangkan janji mereka adalah untuk menyelesaikan masalaha dalam 48 jam dan memaklumkan kepada pengguna dalam 24 jam. Nampaknya, mereka tidak mematuhi piagam pelanggan yang mereka gariskan sebelum ini.

Jam 9.55 pagi nanti, tamatlah perkhidmatan Celcom Broadband harian aku setelah mencapai tempoh 24 jam. Jika aku merasakan wang itu tiada masalah bagi aku, pastinya aku akan melanggan semula perkhidmatan Celcom Broadband ini dan mungkin juga aku akan melanggan untuk pakej mingguan - memandangkan juruteknik TM tidur tak bertilam di pencawang-pencawang talian TM.

Apakah jika masih lagi tiada tindakan dan jawapan dari TM dalam tempoh minggu ini akan menyebabkan keluarga aku tidak lagi percaya kepada TM? Kami masih lagi percaya kepada Streamyx kerana perkhidmatan ini adalah paling stabil berbanding perkhidmatan lain, tetapi jika TM tidak berbuat apa-apa, maka semua perkhidmatan TM akan menerima kesan ketidakpercayaan keluarga aku terhadap TM. Jika keluarga aku menghentikan perkhidmatan TM, perkhidmatan apakah yang terbaik dan paling bernilai dengan wang yang dibayar? Buat masa ini, aku tertarik dengan Digi Broadband.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.