Kembali Menghangat


 Pilihan Raya Kampus (PRK) semakin hampir. Apakah mahasiswa akan terus berjuang di medan perdebatan untuk meraih sokongan mahasiswa bagi menyuarakan isu-isu kebajikan mahasiswa? Masanya akan tiba!

PRK Universiti Malaysia Pahang sudah semakin tiba apabila pengumuman pengisytiharan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012 telah dibuat. Jentera PRK sudah dibentuk dan telah menjalankan tugas-tugas mereka. Kini, tinggal kesedaran mahasiswa sahaja yang sanggup ke hadapan untuk berdiri memimpin dan mewakili suara mahasiswa dalam merebut tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar.

Tampuk kepimpinan baharu akan dipilih dan dibentuk, apakah suara mahasiswa akan terus lantang kedengaran ataupun semakin sepi ditelan kesunyian? Kita nantikan jawapannya pada malam manifesto calon-calon MPP Sesi 2011/2012 nanti.

Segala maklumat tentang perjalanan PRK MPP UMP 2011 boleh diperoleh melalui:

Post a Comment

0 Comments