| 2 comments ]
Saban hari, semakin banyak pengguna Facebook memohon untuk menjadi rakan aku di dalam laman sosial ini. Buat masa ini, masih terdapat lebih 75 permohonan masih dalam status menunggu untuk diterima atau ditolak daripada tersenarai di dalam senarai rakan-rakan Facebook aku. Pada masa entri ini ditulis, aku sudah mempunyai 1863 rakan dalam senarai rakan Facebook aku. Sesuatu yang tidak aku sangka-sangka untuk mempunyai rakan seramai itu.

Oleh yang demikian, aku akan melakukan operasi membersihkan friend list aku supaya sesiapa yang tinggal hanyalah mereka yang benar-benar ada kaitan dengan aku. Aku telah menetapkan beberapa kriteria untuk mengekalkan mereka yang sudah tersenarai dan menerima permohonan, dan juga kriteria untuk mereka yang sudah tersenarai dibuang dan menolak permohonan.

Sebelum aku menyenaraikan kriteria untuk terus diterima atau dibuang, aku akan menyenaraikan kategori rakan-rakan yang ada dalam senarai:
  1. Rakan Tahap 1 - Mereka yang mempunyai hubungan di dalam Facebook dan dunia realiti dan masih berhubung dengan cara selain daripada Facebook. Mereka ini adalah orang yang benar-benar aku kenal dan tahu kewujudannya.
  2. Rakan Tahap 2 - Mereka yang merupakan aku kenali melalui Facebook dan mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan aku. Kebiasaannya, mereka ini adalah rakan/junior/senoir sama sekolah, kolej, universiti, dll.
  3. Rakan Tahap 3 - Mereka yang merupakan aku kenali di realiti dan kemungkinan mereka kenal aku ataupun tidak. Mereka ini adalah tergolong daripada ahli koporat, ketua jabatan kerajaan, menteri mahupun kenalan politik, NGO dan lain-lain yang sama kategori.
  4. Rakan Tahap 4
    • 4(a) - Mereka yang tidak tersenarai dalam mana-mana tahap di atas tetapi dikenali melalui rakan-rakan dari mana-mana kategori di atas. Mereka ini adalah yang telah dikenalkan oleh mereka dalam mana-mana senarai tahap 1-3.
    • 4(b) - Mereka yang aku kenali melalui laman sosial lain (Friendster, Myspace, Tagged, dll) atau blog dan aku sedang/pernah mempunyai hubungan baik dengan mereka.
  5. Rakan Tahap 5
    • 5(a) - Mereka yang aku tidak kenali tetapi menjadi rakan dalam Facebook aku tanpa ada perkaitan langsung mahupun tidak.
    • 5(b) - Mereka yang aku tidak kenali dan menggunakan profile facebook mereka semata-mata untuk menjalankan aktiviti promosi dan jualan dalam talian.


Berikut adalah kriteria untuk aku terus mengekalkan atau membuang mereka yang sudah ada di dalam senarai termasuk kepada mereka yang membuat permohonan untuk menjadi rakan:
  1. Profile picture yang diletak yang merupakan gambar sendiri akan dikekalkan.
    • Profile yang melibatkan bukan manusia (persatuan, jabatan, dll.) adalah dikecualikan.
    • Tidak meletak gambar watak kartun atau artis.
    • Tidak meletak lain dari gambar sendiri (pokok bunga, laut, langit, burung, dll) kecuali ada gambar sendiri diletakkan di dalam mana-mana album gambar.
    • Rakan Tahap 1 adalah dikecualikan dari kriteria ini.
  2. Mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung.
    • Kepada yang tidak berkaitan langsung, jumlah featured friends akan diambil kira untuk pertimbangan.
    • Anak/adik-beradik/saudara/ibu/bapa kepada Rakan Tahap 1-3 dipertimbangkan.
  3. Rakan Tahap 4(a) dan Tahap 4(b) akan dikaji semula kedudukan mereka. Ini dilihat berdasarkan kekerapan berhubung.
  4. Rakan Tahap 5(a) akan dikaji dan dipertimbangkan semula relevan dan rasional mereka berada di dalam senarai.
  5. Rakan Tahap 5(b) akan dibuang mandatori.
  6. Mana-mana profile yang meletakkan perkara yang tidak senonoh di dalam profile mahupun feed news mereka akan dibuang dengan serta merta.
  7. Mana-mana profile yang menjengkelkan (menggunakan aplikasi yang membuat auto photo tagging dengan terlalu kerap akan dikaji semula kedudukan mereka dalam senarai rakan.
  8. Mana-mana profile yang menjadi rakan semata-mata untuk bermain permainan dalam talian hingga menyebabkan rasa tidak selesa dan menjengkelkan akan dibuang mandatori.
  9. Mana-mana permohonan yang tidak tersenarai dalam Rakan Tahap 1-3 akan dipertimbangkan dan dikaji untuk diluluskan.
  10. Mana-mana kes yang tidak dinyatakan adalah berdasarkan pertimbangan hati budi aku sendiri.
Sekiranya ada mana-mana korang yang tersenarai di dalam status bakal terbuang, maka silalah penuhi Kriteria 1 kerana Kriteria 1 adalah yang paling utama dalam menentukan kelayakan korang dalam senarai rakan aku. Jika Kriteria 1 dapat dipenuhi, maka mudahlah untuk aku mempertimbangkan agar korang dikekalkan.

    2 comments:

    1. Kalau dah kenal, xde masalah. Walaupun logo, kalau kenal logo tuh xde masalah. Ape pon last2 depend on budi bicara gak. About ur logo, rasenye xde masalah sbb dah well known.

      ReplyDelete

    P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.