Pelancaran buku biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sumber: MPH Online.
Semalam, buku biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilancarkan di Mid Valley, Kuala Lumpur yang mengandungi kisah kehidupan beliau sejak kecil hingga beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Semasa hari pelancaran, beliau telah menanda tangani 50 naskah pertama yang dijual. Sepanjang hari pelancaran, sebanyak 500 naskah buku setebal 844 muka surat ini telah berjaya dijual dan dijangkakan buku ini akan terjual dengan laris untuk sepanjang tahun 2011.

Secara ringkasnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa buku ini memberi nilai bahawa 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan menambah bahawa beliau adalah seorang doktor biasa yang tidak diajar dan dilatih secara formal tentang ilmu pentadbiran, kepimpinan, ekonomi dan sebagainya untuk menjadi pemimpin negara tetapi sekiranya ada kemahuan, segalanya tidak menjadi halangan untuk beliau berusaha untuk mempelajari dan mempraktikkannya dalam pentadiran beliau. Tambahnya lagi, buku ini mengambil masa sehingga lapan tahun untuk dilengkapkan dan beliau sendiri menulis buku ini dengan tangan dan bukan ditaip sehinggalah buku ini dicetak dan dipasarkan.

Sumber: MPH Online.
Buku biografi ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama berhampiran atau boleh dibeli dengan pesanan dalam talian di laman web MPH Online.

*****
Nota kaki:
1. Aku nak beli senaskah. Tunggu ada wang sedikit.

Post a Comment

0 Comments