Tatacara menggunakan Jata Negeri Pahang

Baru-baru ini telah diungkit satu isu kesalahan penggunaan Jata Negeri Pahang yang telah dilakukan oleh satu parti politik yang bertanding di kawasan N28: DUN Kerdau di Pahang. Isu ini timbul apabila poster calon yang mewakili parti politik ini menggunakan Jata Diraja Negeri Pahang yang hanya boleh digunakan oleh institusi Diraja Negeri Pahang sahaja.

Berikut adalah Jata Negeri Pahang (kiri) dan Jata Diraja Negeri Pahang (kanan).


Mengikut peraturan dan undang-undang kerajaan negeri, Jata Diraja Negeri Pahang hanya boleh digunakan oleh institusi diraja sahaja manakala Jata Negeri Pahang boleh diguna oleh mana-mana organisasi mahupun jabatan dengan kebenaran kerajaan negeri.

Dalam konteks senario pilihan raya kecil di Kerdau ini telah menunjukkan ketidak prihatinan calon dan parti politik itu dalam menggunakan mana-mana simbol kerajaan negeri. Secara tidak langsung, ini juga boleh menyebabkan parti politik ini tidak menghormati institusi Diraja Negeri Pahang secara am dan tidak menghormati Sultan Negeri Pahang secara khususnya.

Sebagai sebuah parti politik utama di Malaysia, perkara ini seharusnya telah diketahui oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ahli politik dan pakar dalam perundangan negeri dan negara. Kelalaian ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan mereka. Secara tidak langsung juga ini menunjukkan tahap kredibiliti yang sangat lemah oleh calon dan parti politik itu sendiri. Jika isu ini yang sudah pasti mereka sudah mahir dan handal tidak boleh dielakkan, bagaimana pula untuk menangani isu-isu rakyat nanti? Jika orang begini dipilih mewakili rakyat, pasti akan terbiarlah rakyat jelata kerana calon ini tidak dapat mengenali perkara-perkata yang sepatutnya dia tahu.

Rasionalnya penggunaan jata yang berbeza ini juga sama seperti di negeri Perak seperti contoh di bawah iaitu Jata Negeri Perak (kiri) dan Jata Diraja Negeri Perak (kanan):


Negeri-negeri lain juga mempunya jata yang berbeza bagi kegunaan Diraja dan bukan Diraja. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah peduli dengan perkara-perkara seperti ini supaya tidak menyebabkan perselisihan di antara pihak yang berbeza.

Post a Comment

0 Comments